Tuesday, November 8, 2011

[Gambar] Apabila Anak Mantan Perdana Menteri Ke-4 Sokong Seksualiti Merdeka 2011

AMBIGA (kiri) diiringi Irene Fernandez (tengah) dan Marina Mahathir (kanan) bercakap kepada pemberita selepas memberi keterangan kepada polis di Petaling Jaya, Selangor, semalam.

KUALA LUMPUR 7 Nov. - Polis mengambil keterangan seorang daripada penganjur program kontroversi Seksualiti Merdeka 2011 di pejabat Tenaganita, di sini hari ini.

Empat anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields mengambil keterangan Pang Khee Teik kira-kira 4 petang tadi.

Turut diambil keterangan ialah bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga serta aktivis wanita, Maria Chin Abdullah dan Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez.

Khee Teik ketika ditemui pemberita berkata, beliau turut menyerahkan sepucuk surat kepada anggota polis berkenaan untuk disampaikan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

''Kami memohon untuk bertemu Ketua Polis Negara bagi menjelaskan matlamat kami dan juga menunjukkan kami tidak lakukan apa yang didakwa media," kata Khee Teik.

Aktivis Datin Paduka Marina Mahathir yang turut berada di pejabat Tenaganita, mempertahankan penganjuran program itu dengan alasan program bertujuan mempertahankan hak asasi manusia.

"Dua tahun lepas saya melancarkan program ini, namun tidak timbul sebarang masalah. Sebenarnya program itu bertujuan memberi pendidikan kepada kumpulan yang terpinggir," katanya. — BERNAMA

Amz Campro berkata:

Tak tahu dah aku nak kate ape. Senang citelah, korang tak payah lah support benda dah memang haram dalam agama. Memang ikutkan banyak kita kena tentang. Judi kat Genting tu patut di tentang jugak. Cuma isunya janganlah kita support benda2 macam ni... Kalau anak bekas PM pun support, nak kate ape? Sendiri mau ingatlah. Tergolek doglah BN pasni,kahkahkah...kenapalah susah sangat...




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...