Friday, September 13, 2013

[Gambar] Isu Analisis Penggunaan Minyak Dalam Sebulan Daripada Seorang 'Menteri' Di Astro AWANI

Analisis penggunaan minyak rakyat dalam sebulan seperti terpapar di Asto AWANI

Tersebar luas gambar yang di snap di kaca televisyen berkenaan analisis penggunaan minayk RON95 oleh rakyat Malaysia sebulan daripada seorang balaci rakyat bergelar menteri dan dianugerah Datuk iaitu Datuk Ahmad Maslan. Apa yang dipaparkan adalah hanya mengikut tahap pendapatan isi rumah yang dipecah menjadi 2 kategori iaitu RM3000 dan ke bawah dan RM5000 dan keatas.

Analisis yang dijalankan ini seperti seolah2 tidak masuk akal malah menjadi bahan gelak ketawa orang ramai yang rata2nya boleh mencongak dengan kepala sahaja. Dari mana ia diperolehi? Bagaimana mereka2 ini mengiranya? Analisis aku pulak ikut kepala dan logik akal aku jugaklah,heheh...

Aku anggap mereka ini hanya menggunakan kenderaan yang kereta biasanya mempunyai 1500cc ke bawah seperti VIVA,Saga dan Myvi dan yang berkerja mungkin seorang. Kalu berkerja 2 orang pun, paling tinggi seorang gajinya RM1500. Kereta sebijik dalam cc yang disebutkan tadi biasanya menggunakan minyak bergantung kepada pergerakan kenderaan. Kalau kita bergerak jauh tapi berterusan, minyak RM50 atau lebih kurang 26.3 liter (ni sebelum naik 20sen) biasanya boleh guna +- 350km. Tapi kalau main jalan bandar dengan jem lah, trafic lite lah, melayan keta2 sengal dijalan raya lah, biasanya kita leh guna pun maksimum 200km sahaja.

Simple calculation : Aku boleh masuk dalam kategori untuk RM5000 dan ke atas sebab laki bini kerja so kiraan ringkas aku begini :

Aku guna RM50 seminggu = 23.8 liter untuk kereta 1600cc.
Maka, sehari  aku guna 3.4 liter. Ini rutin perjalanan setakat ini,tak termasuk jalan2 makan angin.
Makanya, sebulan aku guna 30 X 3.4 liter = 102 liter bersamaan dengan RM214.20 lebih kurang. Nak kira mudah RM 50 X 4 minggu pun dah RM200 sebulan. So,untuk kategori kedua ade logiknya bagi certain2 kes dan tempat. Tapi ade certain2 kesnya, ia tak logik juga.

Bagi kategori RM3000 dan ke atas pula lebih kepada TIDAK LOGIK dek akal. Majoritinya aku rasa analisis ini mengira secara purata dan responden yang digunakan tidak cukup dan  ia memberikan hasil yang tidak munasabah. So, mana datangnya RM132 sebulan seperti menteri tersebut katakan? Aku leh anggap mudah, pengguna ini mungkin menggunakan kenderaan bermotosikal semata-mata untuk ke tempat kerja dan mungkin menggunakan kenderaan seperti kereta pada ketika hujung minggu sahaja. Itu mungkin logik tapi kite dah boleh nampak kesusahan dan ketidakselesaan rakyat dalam menanggung kos perjalanan setiap hari.

Kesimpulannya, analisis yang ditunjukkan kan ini kurang cerdik sebenarnya. Sepatutnya hasil dapatan ini di pukul canang juga dan bagaimana ia diperolehi. Kalau setakat responden seribu ke 2 ribu jer, ia tidak valid digunakan. Responden sepatutnya mengikut tempat kerja, komitmen pekerja (hantar anak sekolah,tadika,tuisyen,rumah pengasuh dan sebagainya) kenderaan yang digunakan selain dari isi rumah sahaja. Sekian.


Thursday, September 12, 2013

[Gambar] Anak Kesayangan Maut Di Langgar Kereta

Parit Buntar: “Saya meluru ke belakang kereta dan sebak apabila melihat anak saya dalam keadaan melutut sambil memegang selipar manakala kepalanya terhimpit di dinding rumah.

“Apabila kereta digerakkan ke depan, tubuhnya jatuh dan kepalanya berdarah. Selepas diperiksa, saya dapati dia sudah tidak bernyawa.”

Keadaan bapa mangsa yang masih tergamam tentang apa yang berlaku
Demikian kata Mohd Ali Hussin, 53, ketika menceritakan tragedi kematian anak bongsunya selepas seorang lagi anaknya yang baru berusia empat tahun cuba memandu kereta miliknya.

Kejadian berlaku di rumah keluarga berkenaan di Taman Kerian, di sini, jam 12.30 tengah hari semalam dan mangsa, Mohd Adam, berusia dua tahun maut di tempat kejadian.

Jelas kelihatan tempat kejadian dimana kesan percikan darah di dinding
Mohd Ali berkata, sebelum kejadian, anak keempatnya, Aiman Yasin, dipercayai mengambil kunci kereta miliknya tanpa disedari ahli keluarga lain.

Keadaan mangsa yang maut ditempat kejadian
Sumber : myMetro

Amz Campro berkata :

Takziah diucapkan kepada keluarga ini kerana kehilangan anak kesayangan mereka yang baru berusia 2 tahun dek kerana tindakan diluar jangkaan abangnya yang baru berusia 4 tahun yang bertindak mengambil kunci kenderaan ayahnya dan menghidupkan enjin kenderaan tersebut lalu menyebabkan kejadian ini berlaku.

Bagi aku, perkara begini kerap berlaku dan kadang2 kita terlepas pandang tentang kecuaian yang mungkin berlaku. Pengalaman aku pun,anak aku yang berusia 4 tahun pun dah pandai start enjin kereta sendiri dan tahu tentang gear auto yang biasa kita gunakan. Perkara macam ni yang sentiasa merisaukan kita. Oleh itu,elakkan meninggalkan anak2 kecil kite duduk bersendirian dalam kenderaan kite. 

Jika ade penjaga dlm kereta sekali pun, pastikan mereka tidak bermain di bahagian pemanduan dan enjin kereta mesti dimatikan. Budak2 sekarang sudah bijak. Mereka belajar dari pergerakan kite. Imaginasi mereka juga semakin tinggi. Hanya kita sahaja yang mampu cuba mengelak dari sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Yang lain,kite berserah pada Nya/ Al-Fatihah.

Wednesday, September 11, 2013

QS World University Rankings 2013/2014- Komen Amz Campro

Heboh sekarang ini,ramai yang mempertikaikan kredibiliti universiti-universiti tempatan terutamanya berstatus IPTA yang semakin merudum rankingnya didunia. Kenapa jadi begini? Universiti tertua yang ada di Malaysia pun di ranking 167 dunia. Hanya ada 7 sahaja IPTA yang masuk ranking ini.Itupun jauh tertinggal. Bagi aku yang jahil ini,tidak bertitle,tidak berPhD,tidak berstuts profesor mahupun keahlian profesional dalam akademik,aku boleh nampak beberapa perkara yang banyak mengganggu kepada peningkatan taraf universiti kita di Malaysia ini. Antaranya adalah :
  • Jumlah bilangan tenaga pengajar dan penyelidik yang mempunyai tahap pendidikan tertinggi masih rendah. Kalau entitle PhD atau profesor pun boleh dinilai kualitinya.
  • Terlalu dikongkong oleh dasar2 kerajaan yang sememang jumut dan di sekat oleh mentaliti politik yang kadang2 menjengkelkan.
  • Apabila ada ahli akademik yang berkualiti dan sedaya upaya cuba membangunkan kualiti sesuatu universiti itu,ia disekat oleh mentaliti pekerja2,pensyarah2 bawahan yang sudah selesa dibawah yang hanya menunggu gaji tiap2 bulan dan bonus yang sentiasa di mohon CUEPACS..heheh...
  • Elaun dan kerja admin yang dilakukan ahli akademik yang tidak setimpal dengan kerja yang dikerah oleh orang atasan juga menjadikan langkah pembangunan taraf universiti ini terbantut.
  • Kekurangan hasil penyelidikan yang menjadi rujukan dunia (citation) juga menjadi faktor. Aku nampak,sesetengah ahli akademik di Malaysia ini cukup KEDEKUT dengan ilmu yang mereka ada. Mereka terlalu susah untuk berkongsi ilmu.
  • Penyelidikan yang dijalankan seolah2 sia2 sahaja kerana tidak di komersialkan atau dipukul canang di selruh dunia. Sepatutnya,ada badan atau kerajaan sendiri bertindak dalam memabntu perkara2 berkaitan dengan merealisasikan hasil2 penyelidikan ini. Kita mampu menyelidik dan merekabentuk setanding dengan penyelidikan luar tetapi dipandang sepi dinegara sendiri.
  • Minda dan pergerakan pelajar/mahasiswa di Malaysia tidak perlu dikongkong dengan hal2 berkaitan politik sahaja.Ia perlu diterjemahkan dalam hakikat sebenar dan mampu diguna pakai apabila tamat pengajian kelak.
Itulah serba sedikit komen aku yang jahil ini. Mungkin betul,mungkin tidak. Kita ade hak untuk mengkritik dan menegur. Bukan hanya menerima bulat2 sahaja. Jadikan tahun2 mendatang sebagai penilaian yang terbaik dalam meningkatkan kualiti universiti kita. Sebelum mengakhiri celoteh ini,saksikan ranking terbaru tersebut di sini :


Friday, September 6, 2013

[Video & Gambar] Jam Tangan Pintar SAMSUNG Galaxy Gear Akhirnya Lahir Ke Dunia


BERLIN - Syarikat teknologi terkemuka dunia dari Korea Selatan, Samsung semalam memperkenalkan gajet yang ditunggu-tunggu ramai iaitu jam tangan pintar. Jam tangan digital itu didedahkan beberapa minggu lebih awal berbanding pesaing utamanya, Apple yang dijangka menawarkan peranti hampir sama.


Dikenali sebagai Galaxy Gear, ia diperkenalkan di sini, pada acara pameran elektronik tahunan Internationale Funkausstellung (IFA) kelmarin. Menurut Samsung, Galaxy Gear boleh bertindak sebagai peranti tambahan kepada telefon pintar. Ia berfungsi memberitahu pengguna mengenai panggilan dan mesej yang diterima menerusi paparan skrinnya bersaiz 1.63 inci.

Pengguna juga boleh membuat panggilan tanpa perlu mengeluarkan telefon pintar mereka.
Galaxy Gear dilengkapi satu kamera asas. Ia juga boleh menggunakan aplikasi seperti Twitter dan RunKeeper. Peranti yang dikuasakan oleh Android itu akan mula dijual mulai 25 September depan di kebanyakan negara pada harga AS$299 (RM988) seunit. Para penganalisis teknologi berpendapat jam tangan pintar itu akan menjadi hadiah yang mesti dimiliki pada musim cuti pada tahun ini. - AP

Thursday, September 5, 2013

[Gambar] Bila Kereta Ini Nak Jual?


DAEJEON, Korea Selatan - Dengan hanya satu klik pada telefon pintar anda, kereta prototaip elektrik, Armadillo-T buatan Korea Selatan mampu memarkir dan melipatkan dirinya di ruang tempat letak kereta, sekali gus memberi lebih ruang di bandar-bandar yang sesak.


Kereta unik berkapasiti dua tempat duduk itu dinamakan sempena nama tenggiling. Prototaip itu bagaimanapun mungkin tidak dikeluarkan. Ia dihasilkan sebagai sebahagian daripada trend pembangunan kenderaan mesra alam untuk kawasan bandar. Kereta tersebut mampu bergerak sejauh 100 kilometer selepas dicaj selama 10 minit dan boleh memecut selaju 60 kilometer sejam.

Apabila hendak diparkir, bahagian hadapan Armadillo-T mampu melipatkan diri sehingga mencecah ukuran 1.65 meter. "Kereta ini boleh diletakkan di setiap sudut di jalan raya dan bangunan sama ada pangsapuri, pusat beli-belah atau pasar raya," kata Profesor Suh In-soo dari Institut Sains dan Teknologi Lanjutan Korea yang mengetuai pembangunan kereta berkenaan.

In-soo menggantikan cermin sisi dengan beberapa buah kamera digital kecil yang memaparkan bahagian belakang dan sisi kereta.
Satu sistem komputer berasaskan aplikasi Windows akan berkomunikasi dengan telefon pintar pemandu. Ini membolehkan kereta unik itu meletakkan dirinya di tempat letak kereta yang disediakan. - Reuters

Wednesday, August 21, 2013

Waktu Operasi dan Harga Masuk Kolam Renang Wisma Belia Indera Mahkota,Kuantan,Pahang 2013

Aku dah lama sebenarnya tunggu nak pergi balik kolam renang kat Wisma Belia Indera Mahkota Kuantan ni tapi semenjak ditutup berpunca daripada proses menaiktaraf untuk SUKMA, aku rasa ada juga 3-4 tahun dia tutup. Ini satu2nya kolam renang dibuka untuk public dan masih dikategori murah untuk disertai. Dan selepas SUKMA, akhirnya kolam renang ini dibuka semula untuk public. Aku tak pasti bila die bukak semula, betul2 lepas SUKMA atau pun tunggu beberapa bulan pas SUKMA baru bukak.
Apa2 pun sekarang die dah bukak balik dan aku nak share kan masa operasi dan harga yang ditetapkan. Tempatnya aku rasa korang tau, area stadium hoki dan wisma belia indera mahkota. Dekat dengan Kolej Universiti Shahputra dan terminal bas baru Kuantan. So, ape lagi,mari berenang,heheh...


Thursday, August 1, 2013

[Gambar] Pemain Hoki Negara Chua Boon Huat Maut Dalam Kemalangan

Pemain hoki kebangsaan, Chua Boon Huat, 33, maut selepas terlibat dalam kemalangan apabila kereta dinaikinya melanggar sebuah lori di Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) dekat Kelana Jaya di sini, pukul 3 pagi tadi. Beliau berusia 33 tahun. Berasal dari Bukit Cina, Melaka, Huat antara pemain hoki paling lama bermain untuk negara dengan mula beraksi untuk skuad kebangsaan sejak berusia 17 tahun pada 1998. 

Kehilangan beliau amat dirasai dalam kita sedang berusaha untuk melayakkan diri ke Piala Dunia hoki dan karisma beliau sangat2 di kagumi oleh atlit2 sukan yang lain. Takziah diucapkan pada keluarga beliau.

Keadaan kereta mendiang selepas berlaku kemalangan

Keadaan mendiang yang cedera parah dan maut ditempat kejadian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...