BERLIN - Syarikat teknologi terkemuka dunia dari Korea Selatan,
Samsung semalam memperkenalkan gajet yang ditunggu-tunggu ramai iaitu
jam tangan pintar. Jam tangan digital itu didedahkan beberapa minggu lebih awal
berbanding pesaing utamanya, Apple yang dijangka menawarkan peranti
hampir sama.
Dikenali sebagai Galaxy Gear, ia diperkenalkan di sini, pada acara
pameran elektronik tahunan Internationale Funkausstellung (IFA)
kelmarin. Menurut Samsung, Galaxy Gear boleh bertindak sebagai peranti tambahan
kepada telefon pintar. Ia berfungsi memberitahu pengguna mengenai
panggilan dan mesej yang diterima menerusi paparan skrinnya bersaiz 1.63
inci.
Pengguna juga boleh membuat panggilan tanpa perlu mengeluarkan telefon pintar mereka.
Galaxy Gear dilengkapi satu kamera asas. Ia juga boleh menggunakan
aplikasi seperti Twitter dan RunKeeper. Peranti yang dikuasakan oleh
Android itu akan mula dijual mulai 25 September depan di kebanyakan
negara pada harga AS$299 (RM988) seunit. Para penganalisis teknologi berpendapat jam tangan pintar itu akan
menjadi hadiah yang mesti dimiliki pada musim cuti pada tahun ini. - AP
No comments:
Post a Comment