Parit Buntar: “Saya meluru ke belakang kereta
dan sebak apabila melihat anak saya dalam keadaan melutut sambil
memegang selipar manakala kepalanya terhimpit di dinding rumah.
“Apabila kereta digerakkan ke depan, tubuhnya jatuh dan kepalanya
berdarah. Selepas diperiksa, saya dapati dia sudah tidak bernyawa.”
Keadaan bapa mangsa yang masih tergamam tentang apa yang berlaku |
Kejadian berlaku di rumah keluarga berkenaan di Taman Kerian, di sini, jam 12.30 tengah hari semalam dan mangsa, Mohd Adam, berusia dua tahun maut di tempat kejadian.
Jelas kelihatan tempat kejadian dimana kesan percikan darah di dinding |
Keadaan mangsa yang maut ditempat kejadian |
Amz Campro berkata :
Takziah diucapkan kepada keluarga ini kerana kehilangan anak kesayangan mereka yang baru berusia 2 tahun dek kerana tindakan diluar jangkaan abangnya yang baru berusia 4 tahun yang bertindak mengambil kunci kenderaan ayahnya dan menghidupkan enjin kenderaan tersebut lalu menyebabkan kejadian ini berlaku.
Bagi aku, perkara begini kerap berlaku dan kadang2 kita terlepas pandang tentang kecuaian yang mungkin berlaku. Pengalaman aku pun,anak aku yang berusia 4 tahun pun dah pandai start enjin kereta sendiri dan tahu tentang gear auto yang biasa kita gunakan. Perkara macam ni yang sentiasa merisaukan kita. Oleh itu,elakkan meninggalkan anak2 kecil kite duduk bersendirian dalam kenderaan kite.
Jika ade penjaga dlm kereta sekali pun, pastikan mereka tidak bermain di bahagian pemanduan dan enjin kereta mesti dimatikan. Budak2 sekarang sudah bijak. Mereka belajar dari pergerakan kite. Imaginasi mereka juga semakin tinggi. Hanya kita sahaja yang mampu cuba mengelak dari sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Yang lain,kite berserah pada Nya/ Al-Fatihah.
No comments:
Post a Comment