Wednesday, September 11, 2013

QS World University Rankings 2013/2014- Komen Amz Campro

Heboh sekarang ini,ramai yang mempertikaikan kredibiliti universiti-universiti tempatan terutamanya berstatus IPTA yang semakin merudum rankingnya didunia. Kenapa jadi begini? Universiti tertua yang ada di Malaysia pun di ranking 167 dunia. Hanya ada 7 sahaja IPTA yang masuk ranking ini.Itupun jauh tertinggal. Bagi aku yang jahil ini,tidak bertitle,tidak berPhD,tidak berstuts profesor mahupun keahlian profesional dalam akademik,aku boleh nampak beberapa perkara yang banyak mengganggu kepada peningkatan taraf universiti kita di Malaysia ini. Antaranya adalah :
  • Jumlah bilangan tenaga pengajar dan penyelidik yang mempunyai tahap pendidikan tertinggi masih rendah. Kalau entitle PhD atau profesor pun boleh dinilai kualitinya.
  • Terlalu dikongkong oleh dasar2 kerajaan yang sememang jumut dan di sekat oleh mentaliti politik yang kadang2 menjengkelkan.
  • Apabila ada ahli akademik yang berkualiti dan sedaya upaya cuba membangunkan kualiti sesuatu universiti itu,ia disekat oleh mentaliti pekerja2,pensyarah2 bawahan yang sudah selesa dibawah yang hanya menunggu gaji tiap2 bulan dan bonus yang sentiasa di mohon CUEPACS..heheh...
  • Elaun dan kerja admin yang dilakukan ahli akademik yang tidak setimpal dengan kerja yang dikerah oleh orang atasan juga menjadikan langkah pembangunan taraf universiti ini terbantut.
  • Kekurangan hasil penyelidikan yang menjadi rujukan dunia (citation) juga menjadi faktor. Aku nampak,sesetengah ahli akademik di Malaysia ini cukup KEDEKUT dengan ilmu yang mereka ada. Mereka terlalu susah untuk berkongsi ilmu.
  • Penyelidikan yang dijalankan seolah2 sia2 sahaja kerana tidak di komersialkan atau dipukul canang di selruh dunia. Sepatutnya,ada badan atau kerajaan sendiri bertindak dalam memabntu perkara2 berkaitan dengan merealisasikan hasil2 penyelidikan ini. Kita mampu menyelidik dan merekabentuk setanding dengan penyelidikan luar tetapi dipandang sepi dinegara sendiri.
  • Minda dan pergerakan pelajar/mahasiswa di Malaysia tidak perlu dikongkong dengan hal2 berkaitan politik sahaja.Ia perlu diterjemahkan dalam hakikat sebenar dan mampu diguna pakai apabila tamat pengajian kelak.
Itulah serba sedikit komen aku yang jahil ini. Mungkin betul,mungkin tidak. Kita ade hak untuk mengkritik dan menegur. Bukan hanya menerima bulat2 sahaja. Jadikan tahun2 mendatang sebagai penilaian yang terbaik dalam meningkatkan kualiti universiti kita. Sebelum mengakhiri celoteh ini,saksikan ranking terbaru tersebut di sini :


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...