Untuk mendapatkan maklumat tentang calon-calon yang bertanding di 2 Bukit dan 1 Batang ini,sila klik dibawah untuk makluman lanjut lebih-lebih lagi 13 pencalonan bebas di Bukit Selambau yang entah siapa entah aku pun tak kenal.
Monday, March 30, 2009
2 Bukit, 1 Batang Menjadi Tumpuan Sekarang
Untuk mendapatkan maklumat tentang calon-calon yang bertanding di 2 Bukit dan 1 Batang ini,sila klik dibawah untuk makluman lanjut lebih-lebih lagi 13 pencalonan bebas di Bukit Selambau yang entah siapa entah aku pun tak kenal.
Friday, March 27, 2009
Inilah Muka Baru MT UMNO (2008-2011) Yang Telah Dipilih,bolehkah Dipercayai?
YANG BERJAYA GEMBIRA
Pengerusi Tetap
Datuk Paduka Badruddin Amiruldin – 2272 undi
Timbalan Pengerusi Tetap
Datuk Mohamad Haji Aziz
Presiden
Datuk Seri Najib Razak (menang tanpa bertanding)
Timbalan Presiden
Tan Sri Muhyiddin Yassin - 1,575 undi
Naib Presiden
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi - 1,592 undi
Datuk Seri Hishammuddin Hussein - 1,515 undi
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal - 1,445 undi
Majlis Tertinggi
Datuk Mustapa Mohamed (2,259 undi)
Datuk Noh Omar (2,084)
Datuk Seri Musa Aman (2,084)
Datuk Azian Osman (2,060)
Datuk Zainal Abidin Osman (2,054)
Datuk Mohd Zin Mohamed ( 1,854)
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (1,838)
Datuk Lajim Ukin (1,804)
Datuk Shaziman Abu Mansor (1,705)
Dr Mohd Puad Zarkashi (1,700)
Datuk Tajuddin Abdul Rahman (1,685)
Datuk Idris Haron (1,658)
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (1,624)
Datuk Seri Jamaludin Mohd Jarjis (1,622)
Datuk Saifuddin Abdullah (1,619)
Datuk Dr Norraesah Mohamad (1,611)
Datuk Seri Mahadzir Khalid (1,580)
Datuk Ahmad Husni Mohd Hanadzlah (1,529)
Datuk Hamzah Zainuddin (1,518)
Datuk Bung Mokhtar Radin (1,517)
Datuk Dr Awang Adek Hussin (1,481)
Datuk Zulhasnan Rafique (1,431)
Datuk Ahmad Shabery Cheek (1,377)
Datuk Seri Idris Jusoh (1,275)
Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (1,265)
YANG GAGAL TERSUNGKUR
Kalah Timbalan Presiden UMNO
Muhd Taib mendapat 916 undi.
Kecundang Naib Presiden:
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin - 1,397
Datuk Seri Rais Yatim - 491
Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad - 432
Datuk Syed Hamid Syed Jaafar Albar - 410
Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik - 192
Tewas MKT:
Menteri Pelancongan, Datuk Azalina Othman Said
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad
Timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Johari Baharum
Timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Hasan Malek.
Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman
Menteri Besar Pahang Datuk Adnan Yaakob
Menteri Besar Perlis Datuk Seri Md Isa Sabu
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan.
Keputusan pemilihan UMNO telah diketahui,aku pun sebenarnya tidak berapa amik port pemilihan ini,cukup sekadar mengetahui siapa bertanding,siapa menang dan siapa kalah. Ketika berlangsungnya pemilihan ini,aku dan segerombolan staff dari Kuantan turut sama ke Kuala Lumpur dan menginap di Vistana Hotel atas urusan akademik dan bukannya politik. Kira sambil menyelam minum air,kami seolah-olah bergerak sama dengan perwakilan dari pantai timur sebab bila berhenti ingin meneguk segelas air diperhentian LPT Temerloh,bas berjujuk-jujuk menghala ke ibu kota turut sama beristirehat.
Kami menjadikan pemilihan yang kebetulan berlangsung sama dengan bengkel akademik kami sebagai bahan borak lawak gelak kosong atau bahan menganjing dan bergurau senda,perli memerli sehingga pecah perut terguling-guling.So,di Vistana,kami berebut pendaftaran check-in bersama-sama perwakilan,dah macam join sama jer.Sempat juga kami menjenguk ke PWTC ingin melihat sendiri perhimpunan yang berlaku sambil membeli-belah.Ini bukan kerana kami taksub kepada mereka,sekadar mencuci mata melihat puteri-puteri berbaju pink...hahaha...
Diharapkan mereka yang terpilih lebih sedar diri dan tanggungjawab dalam memelihara agenda memertabatkan Islam dan Melayu khasnya,dan Negara umumnya.
Monday, March 23, 2009
60 Earth Hour : Kempen Tutup Lampu Seluruh Dunia,Tips dan Kesannya
Earth Hour.Org
Untuk makluman lanjut,boleh layari web rasmi kempen ini di Earth Hour.Org dan Andiza.Net.- PASTIKAN KESELAMATAN DIRI DAN KELUARGA DIJAGA DAHULU.
- KEMPEN 60MINIT INI MUNGKIN AKAN DIJADIKAN TEMPOH BERHARGA KEPADA PENJENAYAH UNTUK MEROMPAK,MENYAMUN,DAN SEBAGAINYA.
- PASTIKAN JANGAN TERLALU BERSUNGGUH MENGIKUTI KEMPEN INI,KALAU BERSUNGGUH PUN,AT LEAST PASANG LILIN KE APA,JANGAN LAH GELAP SANGAT.
- PIHAK BERKUASA PERLU MEMBUAT RONDAAN KESELURUHAN KAWASAN YANG BERISIKO TINGGI DALAM JENAYAH.
- PIHAK BERKUASA AGAMA TURUT SAMA TERLIBAT MEMBUAT RONDAAN,SEMESTINYA PELUANG YANG ADA DALAM 60MINIT DIJADIKAN PELUANG MELEPASKAN NAFSU BINATANG BUDAK-BUDAK SOSIAL.
- KEMPEN INI JUGA WAJAR DISAHUT KERANA IA MUNGKIN AKAN MEMBERIKAN STATISTIK YANG BERGUNA KEPADA ORANG-ORANG PENTING DALAM MENJAGA BUMI INI.
- DAN DIHARAPKAN STATISTIK NEGATIF JANGAN PULA NAIK KETIKA KEMPEN INI BERJALAN.SILAP-SILAPA RAMAI YANG DAPAT ZURIAT PADA TARIKH YANG SAMA..HEHEHE
Friday, March 20, 2009
Konflik di Perak : Ada Kaitan Dengan Isu Ini Tak?

TAIPING 19 Mac - Hampir 60 peratus atau kira-kira 1.3 juta penduduk di negeri ini mengalami masalah berat badan berlebihan atau obesiti, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beliau berkata, antara penyebab kepada masalah kegemukan tersebut ialah berikutan kurang melakukan senaman atau aktiviti fizikal selain tabiat pemakanan yang tidak sihat.
''Statistik menunjukkan 59.5 peratus rakyat Perak mempunyai berat badan berlebihan dan masalah obesiti
''Ini bermakna seramai 1,309,000 daripada 2,200,000 penduduk negeri ini termasuk dalam kategori mereka yang mempunyai berat badan berlebihan dan masalah obesiti," katanya.
Beliau berucap sempena melakukan lawatan kerja ke Klinik Kesihatan Changkat Jering di sini, hari ini.
Tiong Lai berkata, rakyat wajar mengamalkan budaya hidup sihat bagi menggelakkan mereka dihidapi pelbagai penyakit berbahaya.
Selain itu, katanya, mereka juga perlu mencari ruang untuk melakukan senaman atau aktiviti fizikal lain kerana selain dapat menyihatkan badan, ia juga berupaya mengurangkan tekanan.
Sumber : UtusanMalaysia
AmzCampro berkata :
Adakah isu politik di Perak berkaitan dengan kajian kesihatan yang dilakukan di Perak ini berkaitan dengan obesiti? hahaha...manalah tau kan,bila tekanan tinggi,semua jadi tak betul.Terburu-buru ikut nafsu. Nafsu makan dah tentu dah,tu yang jadi gemuk tu,kemudian nafsu terus menular ke bahagian politik pulak.hahaha...tepuk dada tanya seleralah eh? Just renungan dan gurauan...huhu
Wednesday, March 18, 2009
Politik Wang + Rasuah + Korupsi + Makan Suap = Tak Selamat Dunia Akhirat
Malaysia tak sunyi daripada hal-hal berkaitan dengan masalah-masalah yang jelas-jelas telah termaktub di dalam Al-Quran tentang HARAM nya sesuatu aktiviti atau perkara itu yang masih dilakukan. Sehinggakan aku rasa ia akan berkekalan sampai Kiamat selagai manusia m
empunyai NAFSU syaitan.Isu politik wang atau rasuah ini selalu menjadi mainan dibibir dan hati orang-orang politik jika ingin terus menjadi orang yang berwibawa dalam kepimpinan.Tapi hakikatnya ia seolah-olah dibibir sahaja.
Tak kiralah parti apa pun,haluan apa pun,sokong apa pun. Ia masih menjadi trend orang-orang politik dan orang-orang besar yang terus mengaut keuntungan peribadi sehingga memberi kesan kepada masyarakat. Itu belum lagi kes RIBA' atau skandal-skandal lain yang hampeh lagi memburukkan? RASUAH ada banyak bentuk dan definasinya. Berikut adalah maksudnya :
Perkataan “rasuah” berasal daripada perkataan Arab yang berbunyi “al-risywah”. Dalam Al-Quran rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perbuatan jenayah lain seperti merompak, memeras ugut dan menipu. “rasuah” ataupun “corruption” dalam Bahasa Inggeris, tidak diberi definisi di dalam undang-undang Malaysia.
Walau bagaimanapun ada beberapa definisi yang telah diberi oleh beberapa pihak yang pakar dalam bidang ini. Di dalam kamus Concise Law Dictionary. P. G. Osborne memberi definisi “bribery and corruption” sebagai perbuatan “giving or offering any reward to any person to influence his conduct; or the receipt of such reward” John B. saunders pula dalam kamus Mozley and Whiteley’s Law Dictionary memberi definisi “the Taking or giving of money for the performance or non-performance of a public duty”.
Jenayah rasuah adalah satu tegahan agama. Allah s. w. t. berfirman yang bermaksud:- “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim- hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)”.
Aku rasa diaorang buat-buat tak faham atau tak tahu apa itu rasuah secara lebih terang dan jelas. Ataupun diaorang dah tahu cuma buat-buat tahu atau dalam kata lain menempah ke TIKET NERAKA lah. Nak jadi pemimpin bukan senang. Hidup kena betul-betul sempurna dari segi fizikal,mental,ilmu duniawi,ilmu akhirat dan semua yang memerlukan jati diri yang kuat. Kalau dah dalam meeting pun tido,ape ke hallnye yeop?
Korang klik lah link kat bawah ini untuk DEFINASI RASUAH yang lebih jelas. Walaupun ia sedikit tapi ia mudah difahami dan dihayati :
Politik Meletihkan : Sudahkah Anda Mendaftar Sebagai Jurutera Siswazah?
Siapa yang bergraduat dari bidang Kejuruteraan,daftarlah dengan Lembaga Jurutera Malaysia ini,sekurang-kurangnya ia menjadi sesuatu yang di sahkan statusnya sebagai seorang Jurutera (walaupun aku bukan dalam industrial field) oleh badan-badan utama Kejuruteraan selain IEM.
Daftar jangan tak daftar?!





