Monday, October 10, 2011

Fukushima Bergegar Lagi, Loji Nuklear Stabil

A worker checks the status of the water level indicator at the Unit 1 reactor building at the Fukushima Dai-ichi nuclear power plant in Okuma town, Fukushima prefecture, northern Japan.. (AP Photo/Tokyo Electric Power Co.) AP

TOKYO: Gempa bumi bermagnitud 5.5 melanda Fukushima, Jepun, hari ini, di mana pihak berkuasa negara itu mengesahkan loji nuklear yang lumpuh akibat gempa bumi dan tsunami Mac lalu, kekal stabil. Jabatan Kajiselidik Geologikal Amerika Syarikat (USGS), berkata gempa yang melanda di luar pesisir itu dikesan pada jam 11.45 pagi dengan kedalaman 30.2 kilometer.

Sementara itu, Agensi Meteorologikal Jepun, berkata kejadian terbaru itu dijangka tidak menyebabkan Tsunami dan tiada laporan kerosakan diterima. Pengendali loji nuklear, Tokyo Electric Power Co (TEPCO), berkata loji nuklear Daiichi Fukushima dijangka stabil. - AFP





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...