Thursday, October 6, 2011

[Gambar] Ahli Parlimen Ibrahim Ali Tidur Dalam Dewan Rakyat?

Nak tergelak pun ada bila tengok gambar ni. Mana taknya, orang duk sibuk berdebat di Dewan Rakyat, die boleh pulak tertidur...hahaha...tidur bukan main lagi gayanya, macam kat rumah pun ada. Aku pun bukannya tak penah tertidur kat dalam meeting atau perhimpunan ape-ape tapi pandailah cover, at least tak nampak muka tu. Ini dah teruk sangat, terbungkang macam hape dah. Hilang terus kePERKASAannya.


Hari ini, Ibrahim Ali telah menjawab isu gambar ini yang mula tersebar luas sekarang. Nak tau ape die jawab? Baca petikan di bawah dai Utusan ini:

Setelah gambarnya tertidur semasa Dewan Rakyat bersidang semalam disebarkan dalam Internet, Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) hari ini menjelaskan bahawa beliau terlelap seketika akibat mengambil ubat disebabkan demam dan tidak sihat.

"Saya tertidur dua tiga minit sahaja tapi gambar itu tersiar di seluruh negara seolah-olah saya ini selalu tidur di Dewan Rakyat.

"Punyalah tidak ada modal untuk menyerang saya dan begitu marah dengan Perkasa (yang dipimpinnya), saya tertidur dua tiga minit pun mahu diambil gambar,” katanya pada persidangan dewan itu hari ini.

"Kalau nak burukkan saya pun carilah isu yang munasabah, tetapi apa pun serangan, ini merupakan penghormatan kepada saya,” katanya sambil tertawa. Perbuatan mengambil gambar Ibrahim itu mendapat perhatian Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee, yang berkata ianya adalah satu kesalahan.

Ha...logik jugaklah jawapan die. Memang betul beb, makan ubat batuk ke,ubat selesema ke, memang ngantuk kalau tak kena gaya. Makan panadol pun boleh lentok tau...hahaha...Cuma apa yang nak di tekankan di sini, beliau sepatutnya lebih berjaga-jaga. Kalau betul tak sihat, atau mata memang tak tahan, gunakanlah langkah cover yang lebih nampak sopan. Sekian.





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...