Sunday, October 30, 2011

Pelajar Libya Di UTHM Pulang Curah Bakti

BATU PAHAT: Dua graduan warga Libya bertekad menggunakan kelulusan dan kemahiran mereka dalam bidang Kejuruteraan Elektrik bagi membangunkan tanah air tercinta, selepas menyaksikan kehancuran tanah kelahiran mereka akibat perang saudara selama lapan bulan.

Yonis M Yonis Buswig dan Ibrahim Mohamed Ali, kedua-duanya berusia 26 tahun, menerima Ijazah Sarjana Kejuruteraan Elektrik, antara 2,244 graduan yang menamatkan pengajian dan menerima ijazah bidang masing-masing pada Majlis Konvokesyen ke-11 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), semalam.

Yonis berkata, beliau pulang ke Libya untuk bertemu keluarga selepas tamat peperiksaan di UTHM bulan lalu dan terkejut melihat kemusnahan di negara yang terkenal dengan keindahan oasis dan padang pasir.






“Banyak infrastruktur rosak teruk akibat peperangan dan saya berasa terpanggil untuk pulang ke Libya bagi membangunkan semula apa yang dihancurkan, manakala kehidupan keluarga porak-peranda kerana kehilangan insan tercinta.

“Saya rela pulang ke Libya untuk berkhidmat serta membawa kemahiran yang saya peroleh di Malaysia supaya kehidupan masyarakat di sana kembali seperti sebelum ini,” katanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...