Wednesday, October 12, 2011

Kematian Steve Jobs Buat iPhone 4s Laku Giler Babi


NEW YORK: Walaupun bermula dengan perlahan, produk terbaru Apple, iPhone 4S kini menjadi buruan komuniti teknologi di seluruh dunia.

Menurut laporan, dalam tempoh beberapa jam, status iPhone 4S di laman sesawang Apple berubah daripada “Kini dijual” kepada “Akan ada di pasaran satu atau dua minggu lagi”.

Apple juga mengesahkan, jualan iPhone 4S kini begitu tinggi - sebanyak sejuta unit - dan mengalahkan peralatan dikeluarkan sebelum ini, iPhone 4 yang dijual sebanyak 600,000 unit.

Ia juga menjadi produk paling pantas dijual dalam sejarah, mengatasi iPad, iPhone dan setiap versi Macintosh yang pernah dikeluarkan.

Permintaan tinggi untuk produk terbaru Apple dipercayai mendorong peningkatan jualan luar biasa itu.

iPhone 4S adalah produk terbaru Apple dikeluarkan dalam tempoh 15 bulan.

Berdasarkan kecenderungan semasa, tidak mustahil jualan iPhone 4S mencecah 100 juta unit tahun depan. - DM





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...