Tuesday, October 4, 2011

Terkini! Kren Terbalik Hempap Rumah,1 Maut

Inikah gambar kejadian?

PULAU PINANG 4 Okt. – Seorang warga emas maut manakala tiga lagi parah selepas sebuah kren pembinaan sebuah hotel 20 tingkat tumbang dan menghempap sebuah rumah kedai dua tingkat di Jalan Sri Bahari di sini tengah malam tadi.

Kren itu turut mengenai bangunan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang terletak di belakang deretan rumah tersebut.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.15 tengah malam itu, Liang Yit Kwang, 65, seorang pekerja kedai pengimpal besi maut dihempap kren itu ketika tidur di sebuah bilik di tingkat dua rumah kedai tersebut. – Utusan






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...