Monday, October 10, 2011

Rekod Malaysia 2011 : Persembahan Ghazal 24 Jam

Di Johor Bahru, persembahan ghazal mencatat sejarah dalam "The Malaysia Book Of Records' apabila berjaya mencatat masa 24 jam persembahan tanpa henti. Cabaran disertai tujuh kumpulan ghazal sempena program '"Sound Of Johor".

Temuramah dalam segmen di MHI TV3


Temuramah dalam Klasik Nasional.fm


Persembahan ghazal ini bermula 9:00 malam semalam, berakhir 24 jam kemudian, malam tadi. Acara berlangsung di perkarangan Taman Merdeka Johor Bahru. Cabaran itu julung kali diadakan di Johor, juga pertama kali dianjurkan dalam skala besar.

Majlis disaksikan lebih 10 ribu pengunjung. Turut diadakan pelbagai pameran kesenian dan persembahan program tiga hari, berakhir hari ini.





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...