Sunday, October 30, 2011

[Video&Gambar] Sharbinee Allawee Mohon Maaf

KUALA TERENGGANU 30 Okt. – Penjaga gol Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee memohon maaf kepada seluruh rakyat negeri Terengganu khususnya penyokong dan peminat bola sepak negeri itu.

Bekas penjaga gol kebangsaan ini mengakui kesilapan yang dilakukan kerana tidak menjaga rapi pintu gol telah memberikan kemenangan kepada pihak lawan seterusnya menghampakan kesemua penyokong setia sang penyu.

"Saya memang kecewa kerana semasa perlawanan penting, terjadi insiden yang tidak diduga ini, perlawanan memang sengit, bola itu datang secara tiba-tiba dan saya gagal membuat keputusan yang tepat hingga memberikan gol mudah kepada pihak lawan,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, di sini, hari ini.






Jelas pemain yang berusia 25 tahun itu, kerana kesilapan inilah mereka telah terlepas peluang untuk menjulang piala yang diidam-idamkan dan kekecewaan jelas tergambar di wajah bapa kepada seorang anak ini.

Bagaimanapun kesilapan dan kekecewaan ini telah mengajar beliau dan rakan sepasukan dan ia memberi pengalaman yang cukup berguna dan menjadi titik permulaan untuk terus maju pada perlawanan akan datang. – Bernama

INILAH DETIK-DETIK PEMUSNAH HARAPAN SELURUH TERENGGANU

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...