Monday, January 9, 2012

MasterChef Malaysia Banyak Kekurangannya



Kita semua sedia maklum, Dr. Ezani menjadi MasterChef pertama Malaysia semalam. Kejayaan Dr. muda ini sebenrnya bagi aku, akan mengejutkan kerana Wahidan lebih menyelah dan kreatif dalam masakannya. Memandangkan pula,niatnya menceburi rancangan ini adalah untuk meningkatkan taraf hidupnya dengan dunia masakan. Pekebun dari Sabah dan seorang doktor gigi berkelulusan Australia, satu perbezaan taraf pendidikan dan hidup yang sangat berbeza.

Kecewa jugak, kerana terpancar jelas di muka Wahidan, kekecewaan dan harapan yang ingin menjulang taraf hidup keluarganya sekadar mendapat tempat kedua.Teringat kata-katanya selepas diumumkan siapa pemenang :


" Mak,Wahidan telah buktikan, walaupun tanpa segulung ijazah, Wahidan mampu melakukan sesuatu yang membanggakan keluarganya..." lebih kurang gitulah ayatnya.






Banyak kekurangan pada final yang aku rasa sepatutnya tidak menimbulkan keraguan pada penonton. Antaranya adalah :
  • Sepatutnya, finalist ini tidak perlu memsak sehingga perlu menghidangkan sehingga 40 tetamu. Pulak tu, bantuan diperoleh dari 5 orang bekas peserta. Walaupun mereka tidak memasak cuma mendapat arahan dari finalist, kesan dari bantuan ini sebenarnya mampu memberi kesan secara tidak langsung kepada hasil masakan.
  • Jemputan yang terlalu ramai, pandangan yang semakin terlalu subjektif turut boleh mengganggu finalist.
  • Tiada pula penjelasan dari 'chef' iaitu finalist tentang masakan yang dilakukan? Masakan mereka terus dihidangkan kepada tetamu tanpa penjelasan seperti sebelum2 ini. Ini juga boleh menimbulkan keraguan pada pengkritik.
  • Jelas menunjukkan mereka perlu menghidangkan makanan jam 7:30 mlm seperti dikhabarkan oleh juri. Tidakkah mereka menghormati waktu maghrib ketika itu? Sensitiviti ini perlu dijaga sebenarnya walaupun ada sesetengah menganggap ini hal kecik.
Jika Wahidan menang, kita akan nampak kepuasan pertandingan ini, yang hidup miskin atau sederhana dapat meningkatkan taraf hidupnya. InsyaAllah Wahidan akan dapat mempertingkatkan bakatnya lagi, mana tahu selepas ini dia bekerja sebagai chg atau membuka restoran, siapa tahu?

Saksikan final yang lepas selepas ini :




Komen dan harapan finalist : Dr. Ezani :




Komen dan harapan finalist : Wahidan :

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...