Thursday, February 28, 2013

[Video] Tragis : Detik Belon Udara Panas Meletup!

KAHERAH - Imej rakaman amatur yang disiarkan stesen televisyen Al-Jazeera menunjukkan detik-detik sebuah belon udara panas meletup yang menyebabkan 19 orang terbunuh termasuk pelancong asing di Luxor, 510 kilometer dari sini kelmarin.

Kejadian itu berlaku kurang dua minit semasa ia membawa 20 pelancong dari Perancis, Britain, Belgium, Jepun dan Hong Kong.Belon itu meletup 300 meter dari lokasi pendaratan.Hanya dua orang terselamat dalam kejadian tersebut iaitu seorang pelancong Britain dan pengendali belon berkenaan dari Mesir. Kedua-dua mereka yang melecur teruk dirawat di sebuah hospital.

Menurut siasatan awal, belon tersebut meletup semasa ia dalam proses untuk mendarat pada pukul 7 pagi waktu tempatan. Bagaimanapun, terdapat kabel yang tersangkut di sekitar tiub helium menyebabkan berlaku kebakaran, menurut seorang penyiasat dengan pejabat pendakwa raya.

Seorang pengawai keselamatan berkata, kebakaran itu meletupkan tangki gas dan belon tersebut jatuh dari ketinggian 300 meter di sebuah ladang tebu dekat Kampung Al-Dhabaa di Luxor.
"Saya menyaksikan beberapa pelancong terbakar dan mereka melompat keluar dari belon," kata seorang petani, Hassan Abdel-Rasoul.Menurutnya, salah seorang mangsa itu ialah wanita hamil. - Agensi

Wednesday, February 27, 2013

Jadual Peringkat Suku Akhir Piala FA Pada 6 dan 16 April 2013

Akhirnya Piala FA 2013 Liga Malaysia telah capai ke peringkat pertengahan pertandingan di mana penentuan 8 pasukan terbaik hampir lengkap dipenuhi. Ketika artikel ini ditulis,tinggal satu sahaja lagi perlawanan iaitu antara Kelantan dengan PKNS Selangor yang tidak berlangsung dek kerana hujan lebat yang menganggu permukaan padang di Kota Bharu.
7 pasukan yang telah layak ke suku akhir adalah Sarawak, Selangor, Pahang, Terengganu, N.Sembilan, Sime Darby FC, dan Johor Darul Takzim. Hanya menunggu sama ada Kelantan ataupun PKNS Selangor yang akan turut sama menyertai kelompok 8 pasukan terbaik Piala FA musim 2013 kali ini.

Berikut adalah jadual perlawanan suku akhir yang akan berlangsung secara timbal balik pada 6 April 2013 dan 16 April 2013 :


[Gambar] Lembu Paling Berat Di Dunia?


PARIS - Seekor lembu jantan berusia lima tahun menjadi haiwan paling berat yang dipamerkan pada Pameran Pertanian Antarabangsa di sini kelmarin. Lembu jantan yang bernama Chabal itu seberat 1,790 kilogram.
 Kira-kira 4,000 ekor haiwan dipamerkan pada pameran tersebut yang berlangsung pada 23 Februari lalu hingga 3 Mac depan. Nama Chabal itu diberikan kepada haiwan tersebut sempena nama bekas pemain ragbi pasukan Perancis, Sebastien Chabal. - AFP
 
Sumber : KOSMO

Monday, February 25, 2013

[Gambar] Siti Saleha Tayang Korset Seksi


Hohoho...pakaian dalam dah pakai kat luar dah sekarang, siap muka depan majalah lagi tu. Mampuh lah,terbang kopiah. Tang macam ni takde plak orang nak larang2 dan bising2 kan? dah terang2 orang tu kita dah tau agamanya apa tapi....hmmm...kalau nak tengok lebih detail,korang beli lah majalah ni,kahkahkah...

Sumber : Oh Bulan.com

Wednesday, February 20, 2013

[Gambar] Gempar! Stadium Sultan Mizan,Kuala Terengganu Runtuh Lagi

 Keadaan runtuhan pertama pada tahun 2008

Dulu kita telah dikejutkan dengan runtuhan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang memalukan dan mengerikan kita. Menjengkelkan pun ade gak. Runtuhan memalukan,stadium tak sampai beberapa tahun digunakan dah runtuh. Sempat guna untuk SUKMA jer. Isu ini sangat panas tapi telah disarungkan dengan baju panas kulit tebal. Beberapa tahun kemudian, proses membersihkan stadium bermula, dan pembaikan baru-baru ini juga baru bermula tapi tak semena-mena berita yang mengejutkan buat kali kedua terjadi lagi. Petikan dari artikel Berita Harian dibawah :

KUALA TERENGGANU: Kerangka struktur bumbung Stadium Sultan Mizan, Gong Badak yang dalam kerja baik pulih runtuh menyebabkan tiga pekerja parah dalam kejadian pada jam 11.30 pagi tadi.  

Ketika kejadian, seramai 12 pekerja sedang menjalankan kerja pemotongan kerangka lama bagi menggantikan yang baru. Akibat kejadian itu, dua adripada tiga mangsa patah kaki dan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah. 

Anda rasa? hahaha...memalukan, kontraktor mana agaknya bertanggungjawab buat stadium ni sejak dari awal kewujudannya sehinggakan proses membaik pulih pun gagal lagi. Korang layankan gambar-gambar aneh dibawah :
 
Keadaan runtuhan 2013 (sekarang)

[Gambar] Fizz Fairuz Kena Buatan Orang?


Beberapa minggu yang lalu kita dikejutkan dengan pertunangan pelakon sensasi Fizz Fairuz denga seorang wanita yang dikatakan berasal dari Pelindung Damai,Kuantan. (dekat dengan rumahaku gak tu) hehe...Bukan apa,katenya dia ni duk bercinta dengan Almy Nadia yang juga pelakon sensasi yang tak perlu lagi diperkenalkan tapi aleh2 die tunang dengan orang lain. Yang lagi hampehnya,dia sendiri yang sarung cincin tunang,kejadahnye?


Tup2,dengar berita dia dah putus tunang pulak setelah seminggu bertunang. Tak sempat si wartawan nak tau cerita bakpe die bertunang dengan orang lain,aleh2 dah putus pulak.Kenapa? Mari kita ikuti penjelasan beliau ini dari laporan sebuah akhbar tempatan Harian Metro dimana Fizz Fairuz mengaku bahawa hubungannya bersama wanita yang dikenali sebagai Azlyn Massiela kini telah berakhir kerana merasa tertipu apabila mengetahui status sebenar wanita tersebut :


“Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang.
“Khamis lalu, saya menerima mesej dari kawan kepada adik wanita tersebut dan menjelaskan status sebenar. Malah saya juga sudah berjumpa dengan suami wanita itu pada Sabtu lalu”
Berikutan daripada kontroversi tersebut, Fizz turut memohon maaf kepada Almy Nadia secara terbuka.
“Kepada semua, saya mohon maaf terutamanya Almy Nadia. Saya tertipu dan sakit sekarang. Ini ujian terbesar sepanjang bergelar anak seni.
“Saya turut berasa pelik kerana tujuh tahun mengenali Almy Nadia, saya sukar mengikat tali pertunangan tetapi setahun bersama wanita itu saya terus bertunang.”

Haa,ko faham tak apa maksud die? Dia ingin menjelaskan seolah-olah die terkena buatan orang atau senang cerita terkena minyak senyonyong perempuan yang dia tersalah tunang tulah. Hmmm,tak mustahil itu berlaku cuma kita kena lebih berhati2 lah. Macam-macam style orang sekarang,asalkan die dapat ape dia nak.

Tuesday, February 19, 2013

[Gambar] Amah Indonesia Dera Bayi 4 Bulan Dihukum!

Akhirnya manusia bangang kelahiran Indonesia yang menggemparkan negara baru-baru ini telah dijatuhkan hukum. Aku rasa hukuman ini antara yang paling cepat penah aku dengar tapi sememangnya ia patut dihukum sekeras2 kerasnya dan di adili dengan cepat. Menurut sumber dari Beriha Harian seperti petikan dibawah :

KUANTAN: Seorang pembantu rumah warga Indonesia dipenjara 20 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan menghempas dan menganiaya bayi berusia empat bulan, Jumaat lalu.
Untuk tuduhan pertama, dia dipenjara dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun manakala tuduhan kedua selama 5 tahun. Bagaimanapun, hukuman berkenaan berjalan serentak. 
   
Hukuman yang dijatuhkan ini bagi aku nampak berbaloi tapi bila direnungkan balik nasib bayi terbabit yang masih menjadi tanda tanya dan masih dalam pemerhatian dan rawatan, aku rasa masih tidak berbaloi. Aku rasa minah ini perlu dilambung dari KLCC ke bawah,baru berbaloi. Sekian (tengah marah ni...)

Friday, February 15, 2013

[Video] Gempar! Meteor Jatuh Di Rusia dan Ulasan

YEKATERINBURG/CHELYABINSK: Kira-kira 400 penduduk mengalami kecederaan apabila tahi bintang luruh dari angkasa di tengah Russia hari ini menyebabkan bola api menimpa bumi dan memecahkan tingkap serta mematikan sistem penggera kereta.
Dalam kejadian jam 9.20 pagi waktu tempatan Moscow itu, penduduk yang dalam perjalanan ke tempat kerja di Chelyabinsk terdengar bunyi seperti letupan, ternampak cahaya cerah dan kemudiannya terasa gelombang.Tahi bintang itu menyeberangi ufuk menyebabkan laluan putih panjang yang boleh dilihat kira-kira 200 kilometer di Yekaterinburg.

Penggera kereta mati, tingkap pecah dan talian telefon bimbit hanya berfungsi sekejap-sekejap.

Pihak berkuasa bandar Chelyabinsk berkata, kira-kira 400 orang mendapatkan rawatan terutama kecederaan ringan akibat terkena serpihan kaca yang berterbangan. - Reuters.

AmzCampro berkata :

Sejak akhir-akhir ini kita selalu dikejutkan dengan berita-berita pelik dan gempar di seluruh dunia dan terbaru kesah meteor jatuh di Rusia ni. Keadaanya tidak ubah seperti dalam filem Deep Impact atau Amergaddon. Cuma mereka lebih bernasib baik sebab meteor itu sempat musnah dan hancur sebelum sempat menjejak bumi. Kalau tidak,sudah tentu ia memberikan impak yang lebih teruk.

Walaubagaimanapun, letupan dan gegaran yang didengar dan dirasai oleh penduduk itu betul-betul memberikan kesan agak trauma kepada mereka. Dengan keadaan cahaya yang begitu terang dan bunyi letupan yang aku percaya adalah terjadi daripada letupan meteor yang hancur akibat pembakaran atmosfera bumi. Letupan itu dekat dengan permukaan bumi dan itu memungkinkan gegaran kuat dan impak letupan dapat dirasai.

Kekuasaan Allah SWT semakin dilihatkan kepada mansia melalui kejadian-kejadian aneh dan misteri dari alam semesta. Semoga kita dibawah lindunganNYA. Amin

Benarkah Harga Minyak Malaysia Kelapan Termurah Di Dunia?

Harga minyak di Malaysia, iaitu pada RM7.29 segelen atau RM1.90 seliter yang kelapan paling murah di dunia, demikian mengikut kajian dibuat oleh agensi berita kewangan antarabangsa, Bloomberg.

Mengikut kajian bertajuk ‘Highest & Cheapest Gas Prices by Country’ itu, harga petrol di negara ini dalam dolar Amerika Syarikat (AS) adalah pada AS$2.36 segelen, juga paling murah di Asia Tenggara.
Kajian dibuat berdasarkan himpunan profil data daripada Associates for International Research Inc (AIRINC); portal pemantau tenaga Eropah, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF); dan Energy Information Administration dari Amerika Syarikat (AS). 

Bloomberg dalam kajiannya membabitkan 60 negara itu menyenaraikan Venezuela sebagai negara dengan harga petrol paling murah di dunia, diikuti Arab Saudi, Kuwait, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Iran, Nigeria, Malaysia, Mexico dan AS.

Turki disenaraikan sebagai negara dengan harga petrol paling mahal di dunia, diikuti Norway, Belanda, Itali, Portugal, Greece, Sweden, Belgium, Perancis dan Denmark.

Dalam kalangan negara di Asia Tenggara, Indonesia berada di tempat ke-11, Thailand (13), Filipina (17) dan Singapura ke-22).

Harga petrol di Singapura dijual pada AS$6.26 atau RM19.43 segelen; Indonesia (AS$3.66 atau RM11.31 segelen); Thailand (AS$4.42 atau RM13.65 segelen); dan Filipina (AS$4.87 atau RM15.05 segelen).
Purata 1.17 liter sehari

Bagi Malaysia, kajian Bloomberg itu menyatakan, seorang rakyat di negara ini perlu membelanjakan 7.5 peratus daripada purata gaji harian mereka, iaitu AS$32 (RM98.90) sehari untuk membeli segelen petrol.

Mengikut kajian itu, secara purata seorang penduduk negara ini menggunakan 0.31 gelen (1.17 liter) petrol sehari.

Sebagai perbandingan di rantau ini, seorang penduduk di Indonesia dengan purata pendapatan harian AS$11 (RM33.99) perlu membelanjakan 33 peratus, manakala di Thailand yang penduduknya memiliki purata gaji harian AS$17 (RM52.53) pula 25 peratus.

Rakyat Filipina dengan pendapatan harian AS$7.11 (RM21.96) perlu membelanjakan purata 69 peratus, sementara penduduk Singapura yang memperoleh purata pendapatan harian AS$139 (RM429.5) sehari sebanyak 4.5 peratus.

Berbanding sembilan negara dengan harga petrol paling murah pula, yang mana kecuali Mexico adalah dalam kalangan 20 negara yang memiliki rizab minyak terbesar, penduduk Venezuela dengan purata pendapatan harian AS$31 (RM95.79) hanya perlu membelanjakan 0.2 peratus, manakala penduduk Arab Saudi dengan purata pendapatan harian AS$64 (RM197.76), sebanyak 0.7 peratus.

Penduduk Kuwait pula dengan purata pendapatan harian AS$123 (RM380.07) perlu membelanjakan 0.7 peratus; sementara penduduk Mesir dengan purata pendapatan harian AS$9.04 (RM27.93) pula sebanyak 13 peratus.

Di UAE, penduduknya dengan purata pendapatan harian AS$180 (RM556.20) perlu membelanjakan satu peratus dan penduduk di Iran dengan purata pendapatan harian AS$18 (RM55.62), sebanyak 12 peratus.

Penduduk di Nigeria yang memiliki purata pendapatan harian AS$4.74 (RM14.64) perlu membelanjakan 49 peratus, manakala penduduk Mexico dengan purata pendapatan harian AS$29 (RM89.61) sebanyak 11 peratus. Penduduk di AS dengan purata pendapatan harian AS$140 (RM432.60) pula perlu membelanjakan sebanyak 2.4 peratus.

Berbanding Turki, rakyatnya yang berpendapatan purata AS$30 (RM92.70) sehari pula perlu membelanjakan purata 33 peratus daripada gaji mereka untuk membeli segelen bahan api itu.

Kerja sehari setengah

Sementara itu, rakyat Pakistan dengan purata pendapatan harian sekitar AS$3.55 (RM10.96) sehari, iaitu paras paling rendah dalam kalangan 60 negara dikaji, terpaksa bekerja kira-kira sehari setengah hanya untuk membeli segelen petrol.

Negara yang dipilih dalam kajian Bloomberg itu adalah negara yang memiliki purata pendapatan individu minimum AS$3.50 (RM10.81) sehari, manakala harga petrol yang dinyatakan pula berasaskan pada harga segelen petrol biasa tanpa plumbum dalam nilai dolar AS.

Harga yang diambil kira pula ialah yang paling murah bagi setiap negara berikutan gred petrol berbeza mengikut negara.

Maklumat data negara yang terbabit dalam kajian itu diperoleh agensi berita itu daripada CIA World Factbook dan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD). 
Sumber : Berita Harian

Thursday, February 14, 2013

[Video] Gempar! Cahaya Misteri Dari UFO Di Jerman?

Aku tak pasti kejadian ini betul-betul berlaku atau tidak tapi ia mampu memberikan anda perasaan yang agak mengerikan. Satu kejadian yang asalnya disangka kemalangan biasa berlaku di lebuhraya di Stuttgart,Jerman ini akhirnya terbongkar setelah satu rakaman CCTV dari lebuhraya itu menemukan fenomena luar biasa.

Satu cahaya terang dari langit seolah-olah mengangkat dan menyedut sebuah lori kontena yang sedang melalui lebuhraya tersebut. Kejadian ini disokong dengan beberapa saksi yang menggunakan lebuhraya tersebut malam itu. Keadaan lori kontena tersebut juga sama seperti apa yang telah dirakamkan CCTV tersebut. Adakah ini angkara UFO? Adakah ini kejadian benar atau dusta dizaman sains dan teknologi semata-mata? Anda tentukan.Kita layan vieo tersebut.


[Gambar] Jual Jersi Johor Darul Takzim FC dan Johor FA 2013

Jersi Home Johor DT

Sesiapa berminat untuk mendapatkan jersi baru (Home, Away dan Jersi ketiga pink) pasukan Harimau Selatan Johor Darul Takzim dan Johor FA gred ori Thailand (lebih nampak kualiti dari gred AAA),boleh buat tempahan sekarang!. Berikut adalah gambar pandangan hadapan dan belakang jersi dalam keadaan full spec sama seperti player pakai. Boleh juga tempah jersi kosong (tanpa nameset dan logo liga super) atau logo liga super sahaja di lengan kanan.

Harga yang ditawarkan :

  • Full spec jersi (nameset,no dan patch liga super-sama macam player pakai) = RM105.00
  • Jersi dengan patch liga super sahaja di kanan lengan = RM90.00
  • Jersi kosong (tanpa nameset, no dan patch liga super) = RM80.00
Harga termasuk kos penghantaran. Apa-apa pun,harga tertakluk pada perubahan pengedar dan akan dimaklumkan jika ada perubahan. Jika ingin membuat tempahan,sila e-mail pada amz_jb83@yahoo.com atau SMS 019-9793212 maklumat berikut :

  • Nama penuh
  • No HP
  • Alamat untuk dipos (guna Pos Laju)
Pembayaran boleh dibuat di akaun CIMB Bank berikut 0605-0052406-52-4 (Nama : Mohd Hamisa)
Jersi Ketiga Johor DT

Jersi Home Johor DT
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...