Showing posts with label semasa agama. Show all posts
Showing posts with label semasa agama. Show all posts

Wednesday, November 30, 2011

Haramkan Juga Fotografi Pra Perkahwinan Di Malaysia

Contoh foto pra perkahwinan artis kite yang menjadi ikutan

Di Indonesia sudah di haramkan isu berkaitan foro pra perkahwinan yang menjadi trend masyarakat Islam sekarang. Aku pernah ulas dulu isu ini cuma tertarik bia negara jiran kita sudah mula mengharamkan sesi itu. Kita bile lagi? Nak buat Akta Murtad pun terhegeh2, inikan pulak benda yang di anggap kecik bagi mereka.

JAKARTA 28 Nov. - Foto pra-perkahwinan pasangan pengantin baru Islam yang merakamkan aksi intim sebelum majlis akad nikah, dikategorikan sebagai budaya haram di sisi Islam. Kelaziman bakal pengantin beragama Islam merakamkan foto secara intim termasuk berpelukan dan berbaring di atas katil sebelum sah bergelar suami isteri daripada segi hukum adalah bertentangan dengan ajaran Islam. Sehubungan itu, Institut Kebudayaan Melayu Jambi mengeluarkan kenyataan bahawa budaya berkenaan harus dicegah seiring dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI) berhubung isu yang sama.
Contoh foto pra perkahwinan artis kite yang menjadi ikutan

Menurut pengerusi bahagian kajian dan pembangunan institut berkenaan, Djunaidi T. Noer, amalan merakamkan foto pra-perkahwinan bukanlah budaya masyarakat Jambi dan tersasar daripada hukum Syariah. "Kami menyeru agar semua pasangan yang bertunang dan pengantin beragama Islam supaya tidak merakamkan foto pra-perkahwinan seperti berpeluk, berbaring antara satu sama lain di katil dan sebagainya. Ia merupakan haram," tegas Djunaidi seperti dilaporkan akhbar The Jakarta Post, hari ini.






Bagaimanapun, beliau memberitahu bahawa pengambilan foto pra-perkahwinan tanpa aksi-aksi intim tidak menjadi masalah. "Yang menjadi isu ialah sentuhan antara lelaki dan wanita yang belum berkahwin adalah haram kerana pasangan itu bukan muhrim kerana mereka belum sah dinikahkah," jelasnya.

Sumber : Utusan

Saturday, November 5, 2011

[Video] Sungai Di Dalam Lautan,Kebesaran Allah SWT






Friday, November 4, 2011

Maksud Tersirat Di Sebalik Lafaz Akad Nikah






Tuesday, October 25, 2011

Kepada PM : Namawee PM Boleh Layan, Isu Akidah Umat Islam Macam Mana?


Dah sampai masanya, kerajaan pimpinan PM kita ni Datuk Seri Najib supaya buka mata, buka hati, buka minda dan terima hakikat. Jika kerajaan ini tak mampu untuk menjalankan Hukum Hudud, jalankanlah kewajipan anda seserius yang boleh dalam membela Agama Islam ini. Ulama-ulama di Malaysia telah lama sedar tapi pemimpin kita masih ego dan terus menerus seolah-olah menunggu bala dari Allah kerana tidak menjalankan kewajipan sepatutnya dalam membela Islam. Kekecewaan ulama di Malaysia sebenarnya sudah tidak terbendung lagi. Artikel Utusan di bawah menjadi antara luahan mereka :

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam kepada Orang Islam belum cukup kuat bagi membendung gejala memurtadkan umat Islam.

Katanya, enakmen itu bukan sahaja tidak menyeluruh, malah hukuman yang dikenakan juga adalah ringan di samping ketidakmampuan jabatan agama Islam negeri dalam aspek siasatan dan tenaga kerja.

"Saya sendiri telah memaklumkan kepada Perdana Menteri mengenai keperluan undang-undang sekatan terhadap gejala dan kegiatan memurtadkan umat Islam dengan berpaksikan Perlembagaan dilaksanakan di peringkat Persekutuan dan dimasukkan dalam undang-undang Kanun Keseksaan,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Sehubungan itu, Harussani berkata, amat penting bagi kerajaan melaksanakan deklarasi 10 tuntutan Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang berlangsung pada Sabtu lepas.

"Ia mesti jadi keutamaan. Selepas ini Himpun akan bergerak ke setiap negeri. Kita mahu setiap umat Islam memahami dan menyuarakan bantahan,” katanya.

PM kita sedar ke tidak agaknya? Namawee yang terang-terang petualang negara, lebih celaka dari orang yang menghina pejuang Bukit Kepong boleh berjumpa PM dan di layan kerana ayat 1 Malaysia nya? Inikan pula sedara sesama Islam yang telah lama sejak dari dahulu lagi, ingin memperjuangkan akta tentang akidah Islam yang semakin di perlekehkan. Sedarlah pada mereka-mereka ini, jangan sampai tak terhantuk baru terngadah.





Thursday, October 6, 2011

UPDATE Komen Wardina! Bila Artis Komen Pasal Hukum Hudud : Nauzubillah!

Aku dapat keratan tenatng komen artis megenai isu Hukum Hudud ni pun di tag pada Facebook. Majalah mana, aku tak pasti tapi yang penting adalah majalah ini telah menemuramah 5 artis untuk memberi komen ringkas tentang Hukum Hudud ini. Apa yang penting, jawapannya yang diberikan memalukan dan boleh dikategorikan seolah-olah memperlekehkan hukum dan suruhan Allah SWT yang telah termaktub dalam Al-Quran.

Cara jawapannya seolah-olah dia lebih mengetahui dari penciptaNYA. Nauzubillah. Aku baca komen dieorang ni boleh menggigil kepala lutut ni. Bukan sebab marah tapi sebab takut dengan apa yang di katakan. Takut sebab mulut badan binasa. Sedih dan kecewa,komen diberikan oleh orang Islam sendiri seolah-oleh memperlekehkan salah satu suruhannya. Ibarat kita mengatakan :

"Alah, buat apa nak solat sampai 5 kali sehari, zaman sekarang ni komitmen banyak, kadang-kadang tak sempat on time, qada' pun boleh..."

Ayat dia atas tak jauh bezanya dengan komen yang diberikan dieorang tapi itulah hakikatnya. Di sini, aku tulis semula komen-komen dieorang tentang isu ini. Harap korang semua beristighfar banyak-banyak :

Ayu Raudah
Rasanya ramai terkejut mendengar berita, jika ia benar-benar dijalankan di negara kita ini satu masa nanti. Hukum Hudud memanglah sudah termaktub dalam undang-undang Islam, tetapi susah juga kalau kita nak ikut. Banyak perkara perlu di ambil kira kalau hukum hudud dilaksanakan nanti, macam mana pun kita tak boleh halang sekiranya ia berlaku.

Enot
Memang zaman dulu orang Islam mengamalkan hukum hudud kepada mereka yang membuat kesalahan,contohnya bagi mereka yang berzina, hukuman sula akan dikenakan. Tapi rasanya sekarang, ia tidak lagi sesuai. Malah, kita wajar memberi peluang kepada pesalah untuk berubah. Kalau hukum hudud dijalankan, pesalah terbabit terpaksa hidup dalam keadaan yang tidak sempurna seperti tiada tangan, tiada kaki dan sebagainya. Bagaimanapun, semua ini tidak menjamin mereka akan insaf sepenuhnya.

Alif Satar
Bila bercakap tenatng perlaksanaan hukum hudud ini sebenarnya tidak ada salah dari segi undang-undang Islam, lagipun ia memang diamalkan masyarakat Islam yang masih berpegang teguh kepada hukum tersebut. Cuma perlaksanaan disini tetap ada kesan positif dan negatifnya, maksudnya kepada mereka yang melakukan kesalahan berat seperti meminum arak, bolehlah disebat dan sebagainya mengikut syariat Islam supaya mereka sedar tentang kesalahan yang dilakukan.Bagaimanapun ia hanya sesuai dijalankan kepada umat Islam sahaja, bukan kepada penganut lain.

Cat Farish
Hukum hudud sebenarnya bukanlah tak sesuai dilaksanakan pada masa kini, lebih-lebih lagi undang-undang sedia ada pun sudah cukup rasanya, tetapi ia amat baik dikenakan kepada penjenayah tegar seperti perompak, perogol, peragut dan lain-lain.Dengan cara ini mungkin ia memberi kesedaran dan pengajaran, bukan sahaja kepada mereka yang melakukan kesalahan sebaliknya juga kepada orang lain. Jadi bagi saya tidak salah ia dijalankan tetapi biarlah kena pada masa dan tempatnya.

Datuk Aziz Satar
Bagi saya, bila isu ini mula diperkatakan, rasanya ramai tidak setuju untuk melaksanakan hukum hudud sekarang. Memang tidak dinafikan hukum hudud sudah tertulis dalam agama kita,tetapi tidak wajar ia dilaksanakan terus. Mungkin ia boleh dicuba terlebih dahulu oleh pihak berkenaa, contohnya mereka boleh laksanakan di sesebuah negeri dahulu, jika dilihat baik dan memberikan banyak manfaat barulah diteruskan, tetapi jika sebaliknya pihak berkenaan perlu menghentikan hukum tersebut. Lagipun banyak penganut agama lain yang menetap di sini, rasanya hukuman sebegini tidak boleh dilaksanakan kepada mereka lagipun kita sama-sama hamba Allah SWT yang diberikan peluang berubah.

Heliza AF
Kalau nak laksanakan hukum hudud, banyak perkara yang perlu diberikan pertimbangan dan penilaiannya. Kita kena lihat keberkesanan hukum ini dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia, mungkin di negara Arab ia sesuai dijalankan kerana mereka sudah biasa mengamalkannya sejak dahulu lagi. Tetapi jika kita baru hendak melaksanakannya di sini, pasti ramai tak dapat terima. Bagaimanapun, hukum hudud ditetapkan dalam agama Islam dan perbezaan zaman banyak meninggalkan impak terhadap hukuman ini.

Begitulah sedikit komen dari 5 orang artis ini. Itulah bila artis menjadi idola, menjadi bahanrujukan, jawapan yang diberikan sangat-sangat mengecewakan seolah-olah telah mengabaikan Rukun Iman yang ke-3 iaitu beriman dan percaya kepada kitab-kitabnya (Al-Quran).Kepada yang menyoal, anda sebenarnya juga melakuan sesuatu perkara yang memalukan.

Siapa kita nak menidakkan kebijaksanaan Allah SWT? Adakah mereka sedar apa yang mereka katakan ini? Itulah akibatnya. Sepatutnya lebih baik diam dari berkata-kata kepada perkara yang kita sendiri jahil kerana kesannya kelak boleh memesongkan akidah. Semoga kita mengambil pengajaran dalam kejadian ini.

Dalam pada itu, aku dapat maklumat dari Abang Nara kita yang mengatakan, Wardina telah membalas kenyataan rakan artisnya dengan jawapan yang cukup mudah. Saksikan :






Monday, August 8, 2011

Penghina Agama Islam Di FB dan Blog Sudah Dikesan



Isu seorang manusia yang telah menghina Islam secara terbuka di laman blog dan FB sejak akhir2 ini amat membimbangkan dan yang terbaru seorang wanita yang dikatakan telah menghina Islam secara membabi buta dan terbuka betul2 boleh menyebabkan ketegangan di negara kita ini. Aku rasa cukup terkejut dan sedih. Kenapa sampai begini? Betulkah perkara ini sedang terjadi? Macam2 persoalan timbul. Minah ini dikatakan telah murtad dan memang asalnya seorang yang beragama Islam.

Mereka menghina seolah-olah tiada undang-undang. Mengucap panjang aku membaca komen minah ini dalam FB nya dan blognya (yang aku rasa dan di block). Tapi identiti minah ini berjaya di bongkat oleh seorang hackers Gaysec.Banyak bukti yang telah dikumpul oleh Gaysec ini dan aku rasa sudah sampai masanya kerajaan dan alim ulama di Malaysia ini bersatu padu membanteras isu penghinaan Islam ini. Korang boleh search dalam google tentang FB minah ini dan blognya jika ada lagi.







Sunday, August 7, 2011

Bersatulah Pemimpin Melayu Islam Kita : Di Eropah Islam Semakin Berkembang Tapi Di Sini?

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Pemimpin Melayu sepatutnya bersatu dalam isu akidah, bukannya melatah sehingga menyalahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam isu pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, jika benar tindakan itu dibuat demi menyelamatkan akidah orang Islam.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, contoh yang ditunjukkan segelintir pemimpin Melayu dalam isu tersebut adalah tidak betul kerana tegasnya, selaku Muslim adalah wajib memelihara dan mempertahan akidah umat Islam yang lain.

Menurutnya, walau apa sekalipun pendirian politik setiap pemimpin berkenaan, mereka perlu meletakkan kepentingan Islam melebihi segalanya dalam isu berkenaan, kerana tindakan JAIS itu berhubung kait dengan dakwaan berlakunya penyebaran agama Kristian kepada orang Islam.

"Kalau benar dakwaan itu (penyebaran agama Kristian) wujud, kita (Pemuda Pas) memandang berat perkara ini kerana selain menyalahi Perlembagaan Persekutuan, ia membabitkan soal akidah. Jadi wajib ke atas semua Muslim termasuk JAIS untuk menyelamatkan akidah umat Islam.

"Kita kena letak agama di depan. Islam kena melebihi segala kepentingan lain dan adalah tidak betul kalau pemimpin (Islam) tertentu terlalu cepat melatah dalam perkara ini. Sepatutnya kita bersatu dalam soal agama," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia, di sini hari ini.

Friday, July 22, 2011

Minuman Malta Barbican Bukan Arak


KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan minuman malta berperisa buah-buahan jenama Barbican dibolehkan untuk diminum umat Islam di negara ini.

Keputusan tersebut diperoleh menerusi sepucuk surat yang dihantar kepada pengedar minuman berkenaan selepas jawatankuasa itu bersidang pada 16 hingga 18 Jun lalu.

Kandungan surat tersebut menyatakan, minuman ringan malta seperti Barbican dan sebagainya yang diproses bukan untuk tujuan pembuatan arak dan alkohol yang terkandung dalam minuman tersebut juga bukan terhasil daripada proses pembuatan arak dan dengan kadar yang sedikit.

Jadi, minuman itu didapati tidak memabukkan dan dibolehkan meminumnya bersesuaian dengan keputusan muzakarah sebelum ini.

Menurut surat itu lagi, muzakarah juga menasihatkan pihak pengeluar minuman tersebut tidak menggunakan label, jenama dan sebagainya yang boleh menimbulkan keraguan kepada pengguna khususnya umat Islam.

Kosmo! sebelum ini melaporkan minuman tersebut menimbulkan isu kerana mempunyai kandungan alkohol sehingga 0.5 peratus melebihi kadar yang dibenarkan untuk pengguna Islam.

Amz CamPro berkata :

Kalau tengok botol pun boleh keliru.Walaupun tak haram tapi aku rasa, jauhkan dari rupa-rupa yang menghampiri arak tu.Takut orang salah faham dan boleh menimbulkan fitnah pulak!


Minuman malta Barbican bukan arak
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...