Tuesday, October 25, 2011

Kepada PM : Namawee PM Boleh Layan, Isu Akidah Umat Islam Macam Mana?


Dah sampai masanya, kerajaan pimpinan PM kita ni Datuk Seri Najib supaya buka mata, buka hati, buka minda dan terima hakikat. Jika kerajaan ini tak mampu untuk menjalankan Hukum Hudud, jalankanlah kewajipan anda seserius yang boleh dalam membela Agama Islam ini. Ulama-ulama di Malaysia telah lama sedar tapi pemimpin kita masih ego dan terus menerus seolah-olah menunggu bala dari Allah kerana tidak menjalankan kewajipan sepatutnya dalam membela Islam. Kekecewaan ulama di Malaysia sebenarnya sudah tidak terbendung lagi. Artikel Utusan di bawah menjadi antara luahan mereka :

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam kepada Orang Islam belum cukup kuat bagi membendung gejala memurtadkan umat Islam.

Katanya, enakmen itu bukan sahaja tidak menyeluruh, malah hukuman yang dikenakan juga adalah ringan di samping ketidakmampuan jabatan agama Islam negeri dalam aspek siasatan dan tenaga kerja.

"Saya sendiri telah memaklumkan kepada Perdana Menteri mengenai keperluan undang-undang sekatan terhadap gejala dan kegiatan memurtadkan umat Islam dengan berpaksikan Perlembagaan dilaksanakan di peringkat Persekutuan dan dimasukkan dalam undang-undang Kanun Keseksaan,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Sehubungan itu, Harussani berkata, amat penting bagi kerajaan melaksanakan deklarasi 10 tuntutan Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang berlangsung pada Sabtu lepas.

"Ia mesti jadi keutamaan. Selepas ini Himpun akan bergerak ke setiap negeri. Kita mahu setiap umat Islam memahami dan menyuarakan bantahan,” katanya.

PM kita sedar ke tidak agaknya? Namawee yang terang-terang petualang negara, lebih celaka dari orang yang menghina pejuang Bukit Kepong boleh berjumpa PM dan di layan kerana ayat 1 Malaysia nya? Inikan pula sedara sesama Islam yang telah lama sejak dari dahulu lagi, ingin memperjuangkan akta tentang akidah Islam yang semakin di perlekehkan. Sedarlah pada mereka-mereka ini, jangan sampai tak terhantuk baru terngadah.





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...