Thursday, October 6, 2011

UPDATE Komen Wardina! Bila Artis Komen Pasal Hukum Hudud : Nauzubillah!

Aku dapat keratan tenatng komen artis megenai isu Hukum Hudud ni pun di tag pada Facebook. Majalah mana, aku tak pasti tapi yang penting adalah majalah ini telah menemuramah 5 artis untuk memberi komen ringkas tentang Hukum Hudud ini. Apa yang penting, jawapannya yang diberikan memalukan dan boleh dikategorikan seolah-olah memperlekehkan hukum dan suruhan Allah SWT yang telah termaktub dalam Al-Quran.

Cara jawapannya seolah-olah dia lebih mengetahui dari penciptaNYA. Nauzubillah. Aku baca komen dieorang ni boleh menggigil kepala lutut ni. Bukan sebab marah tapi sebab takut dengan apa yang di katakan. Takut sebab mulut badan binasa. Sedih dan kecewa,komen diberikan oleh orang Islam sendiri seolah-oleh memperlekehkan salah satu suruhannya. Ibarat kita mengatakan :

"Alah, buat apa nak solat sampai 5 kali sehari, zaman sekarang ni komitmen banyak, kadang-kadang tak sempat on time, qada' pun boleh..."

Ayat dia atas tak jauh bezanya dengan komen yang diberikan dieorang tapi itulah hakikatnya. Di sini, aku tulis semula komen-komen dieorang tentang isu ini. Harap korang semua beristighfar banyak-banyak :

Ayu Raudah
Rasanya ramai terkejut mendengar berita, jika ia benar-benar dijalankan di negara kita ini satu masa nanti. Hukum Hudud memanglah sudah termaktub dalam undang-undang Islam, tetapi susah juga kalau kita nak ikut. Banyak perkara perlu di ambil kira kalau hukum hudud dilaksanakan nanti, macam mana pun kita tak boleh halang sekiranya ia berlaku.

Enot
Memang zaman dulu orang Islam mengamalkan hukum hudud kepada mereka yang membuat kesalahan,contohnya bagi mereka yang berzina, hukuman sula akan dikenakan. Tapi rasanya sekarang, ia tidak lagi sesuai. Malah, kita wajar memberi peluang kepada pesalah untuk berubah. Kalau hukum hudud dijalankan, pesalah terbabit terpaksa hidup dalam keadaan yang tidak sempurna seperti tiada tangan, tiada kaki dan sebagainya. Bagaimanapun, semua ini tidak menjamin mereka akan insaf sepenuhnya.

Alif Satar
Bila bercakap tenatng perlaksanaan hukum hudud ini sebenarnya tidak ada salah dari segi undang-undang Islam, lagipun ia memang diamalkan masyarakat Islam yang masih berpegang teguh kepada hukum tersebut. Cuma perlaksanaan disini tetap ada kesan positif dan negatifnya, maksudnya kepada mereka yang melakukan kesalahan berat seperti meminum arak, bolehlah disebat dan sebagainya mengikut syariat Islam supaya mereka sedar tentang kesalahan yang dilakukan.Bagaimanapun ia hanya sesuai dijalankan kepada umat Islam sahaja, bukan kepada penganut lain.

Cat Farish
Hukum hudud sebenarnya bukanlah tak sesuai dilaksanakan pada masa kini, lebih-lebih lagi undang-undang sedia ada pun sudah cukup rasanya, tetapi ia amat baik dikenakan kepada penjenayah tegar seperti perompak, perogol, peragut dan lain-lain.Dengan cara ini mungkin ia memberi kesedaran dan pengajaran, bukan sahaja kepada mereka yang melakukan kesalahan sebaliknya juga kepada orang lain. Jadi bagi saya tidak salah ia dijalankan tetapi biarlah kena pada masa dan tempatnya.

Datuk Aziz Satar
Bagi saya, bila isu ini mula diperkatakan, rasanya ramai tidak setuju untuk melaksanakan hukum hudud sekarang. Memang tidak dinafikan hukum hudud sudah tertulis dalam agama kita,tetapi tidak wajar ia dilaksanakan terus. Mungkin ia boleh dicuba terlebih dahulu oleh pihak berkenaa, contohnya mereka boleh laksanakan di sesebuah negeri dahulu, jika dilihat baik dan memberikan banyak manfaat barulah diteruskan, tetapi jika sebaliknya pihak berkenaan perlu menghentikan hukum tersebut. Lagipun banyak penganut agama lain yang menetap di sini, rasanya hukuman sebegini tidak boleh dilaksanakan kepada mereka lagipun kita sama-sama hamba Allah SWT yang diberikan peluang berubah.

Heliza AF
Kalau nak laksanakan hukum hudud, banyak perkara yang perlu diberikan pertimbangan dan penilaiannya. Kita kena lihat keberkesanan hukum ini dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia, mungkin di negara Arab ia sesuai dijalankan kerana mereka sudah biasa mengamalkannya sejak dahulu lagi. Tetapi jika kita baru hendak melaksanakannya di sini, pasti ramai tak dapat terima. Bagaimanapun, hukum hudud ditetapkan dalam agama Islam dan perbezaan zaman banyak meninggalkan impak terhadap hukuman ini.

Begitulah sedikit komen dari 5 orang artis ini. Itulah bila artis menjadi idola, menjadi bahanrujukan, jawapan yang diberikan sangat-sangat mengecewakan seolah-olah telah mengabaikan Rukun Iman yang ke-3 iaitu beriman dan percaya kepada kitab-kitabnya (Al-Quran).Kepada yang menyoal, anda sebenarnya juga melakuan sesuatu perkara yang memalukan.

Siapa kita nak menidakkan kebijaksanaan Allah SWT? Adakah mereka sedar apa yang mereka katakan ini? Itulah akibatnya. Sepatutnya lebih baik diam dari berkata-kata kepada perkara yang kita sendiri jahil kerana kesannya kelak boleh memesongkan akidah. Semoga kita mengambil pengajaran dalam kejadian ini.

Dalam pada itu, aku dapat maklumat dari Abang Nara kita yang mengatakan, Wardina telah membalas kenyataan rakan artisnya dengan jawapan yang cukup mudah. Saksikan :






12 comments:

Anonymous said...

Pasal komen Alif Satar. Mana ada hukum hudud cakap sebat. Sebaliknya rotan. Sebat ngan rotan mana sama. Sebat mcm org hayun kayu golf tuh, rotan pulak ada had hayunannya. Hukum hudud ni patut dah lama masuk dalam silibus kat sekolah..

Amz CamPro said...

yup,banyak ilmu dan cara yang perlu kita belajar dalam melaksanakan hukum ini dan semuanya sempurna...semuanya telah dijelaskan dlm A-Quran dan ulamak-ulamak sudah menafsirkannya...

ahmad ijat said...

Setuju dgn Wardina..kalau tak tau dan takde ilmu tak payah la nak bagi komen. Artis pun kena pandai elak soalan mcm ni dari wartawan.

Anonymous said...

kpd semua artis yg komen: 'islam ya'lu wala yu'la alaih'
ertinya: islam tu mesti diletakkan diatas dan mengatasi segala2nya.dan xde ape yg boleh diletakkan mengatasi islam.Allah berfirman:wahai org2 yg beriman,masuklah kamu ke dalam islam seluruhnya(kaaffah). xkira zaman dan waktu.jgn separuh yg kita bleh ikut kita terima,yg xleh ikut,kita ckp xsesuai.kita sbg umat islam sendiri kena cuba sesuaikan diri.cyhnya:klu da suara ppuan tu aurat,so kpd penyanyi ppuan,berhenti lah menyanyi.byk rezeki lain yg boleh kita cari selain menyanyi.tp tu bukan termasuk dlm hukum hudud.itu termasuk dlm menerima islam secara seluruhnya dalam hidup kita sbg umat islam.

Nik said...

kalau kita tak buat salah kita tak perlu takut dengan hukum Allah ni :)

Amz CamPro said...

btul tu...hukum ni nak mengelakkan org dr melakukan kejahatan yang berleluasa, bukan kejam tak tentu pasal..

Anonymous said...

sape cakap hukumhudud klu zina kena sula, nampak sangat jahil hukum hudud, bukan kena sula la (bodoh) tp kena sebat, arif nye dieeee pasal hukum hudud,klu tak tau baik diam je (bodoh)

Unknown said...

hahaha hukum hudud kenqa sula sbb zina, kitab mana la dia pakai, wa caya sama lu hukum hudu kena sula, mesti terpengaruh ngan filam p.ramlee tu, hahaha...

Unknown said...

hudud itu milik Allah,sape yg tak setuju hukum hudud sama juga dia tak setuju kejadian Allah, maknanya nk lawan suruhan Allah, klu tak tau diam je, habis cerita, ingat... jangan kita jadi murtad sbb kata2 kita...wallahhualam...

Unknown said...

mereka takut sbb mereka dah sebati dgn dunia artis, dunia yg bebas, (mencintai dunia) klu buat hukum hudud nanti tk bleh nk peganga2 lelaki dan pompuan, bini orang, anak dara orang, janda orang semua sapu, boleh pegang2, berlakon la katakan, klu pegang mesti betul2, pas tu lagi, kena tutup aurat, nanti rugi lak tutup aurat buat rambut mahal2, pakai fulus suma tu, apa nk heran atas dunia semua boleh jawab, nanti dpn malaikat cuba jawab nk tgok, kot2 bersepai tulang belulang... fikir2 na na na na na...

Saad said...

Menurut buku 'Pengertian Tauhid' karangan ulama kontemporari terkenal, Dr. Yusoff Al-Qardawi, barang sesiapa umat islam yang menganggap ada hukum lain yang setara dengan hukum Allah, maka secara terangnya dia telah "SYIRIK AKHBAR" TERHADAP ALLAH (syirik yang paling dasyat), so kalau yang terang2 menentang hukum Allah ?... Sesungguhnya dia telah KAFIR.....keras tapi itulah kenyataannya, bawak2 la taubat.

Amz CamPro said...

tulah, bila pelajaran agama tidak dijadikan perkar utama, duk kejar duniawi jer,kejar nak jadi artis jer...bila salah cakap, boleh sesat dibuatnya...kang jadi ayah pin...haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...