Thursday, January 29, 2009
Hentikan Isu Kugan!
Cukuplah isu Kugan diperkatakan lagi. Aku tahu dan faham sangat perasaan mak bapak,sahabat handai si Kugan ni meratapi kematian dia ni tapi nak buat macam mana,biar siasatan diteruskan.
Polis dah memang dilahirkan dengan sikap dan sifat untuk melanyak,menggertak dan membalun manusia yang memang semakin hari sifatnya semakin bersifat kebinatangan.Tak payah pergi jauh,orang kampung sekali pun bila dah tahu siapa yang menjadi suspek penjenayah belum apa lagi dah kena tibai sampai mati seperti kes tersalah pukul seorang lelaki yang disyaki menyekodeng seorang minah di kampungnya. Padahal arwah berada disisi keluarganya sepanjang kejadia berlaku dan pemukul-pemukul sekarang sedang disabitkan kes bunuh!
Banyak perkara yang perlu dan boleh diungkit lagi yang telah berlaku tetapi kes Kugan salah satu daripadanya. Aku sendiri pun bila dah nampak depan mata siapa orang itu memang kena tibai dulu lah sebelum ditibai polis. Aku tengok masyarakat sekarang memang mengutuk,menghina pasukan ini,benci,keparat,hampeh kepada mereka tetapi kita kena terima hakikat,bila sesuatu terjadi kepada kita,POLIS akan kita cari dan selain berserah kepadaNya untuk diselesaikan.
Renung-renungkanlah....
Kickdefella,hang memang hampeh dan bercakap tak pakai otak!
Cerita lebih masyuk : PanglimaPerangCyber dan AyorLemuju
Wednesday, January 28, 2009
Cara Pemilihan Perdana Menteri - Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
Sistem yang digunapakai di Amerika, mungkin boleh difikirkan disamping beberapa pengubahsuaian berdasarkan kepada keperluan negara ini.
Kelebihan pemilihan terbuka yang seperti itu boleh dilihat kepada beberapa perkara berikut;
1. Pemilihan seperti itu akan benar-benar mewakili keredhaan majoriti rakyat.
2. Cara pemilihan yang sebegini, dengan diberi peluang yang adil bagi setiap calon akan menghasilkan tokoh kepimpinan yang lebih berkarisma, berkemampuan dan telus.
3. Kewibawaan atau kesetiaan rakyat untuk taat kepada sesiapa yang dipilih menjadi Perdana Menteri lebih nyata disebabkan setiap warga diberi peluang yang sama dalam pemilihan.
4. Cabaran atau ugutan penentang Perdana Menteri yang dipilih tidak boleh menggugat kewibawaan seseorang Perdana Menteri kerana dia benar-benar dipilih oleh majoriti rakyat.
5. Mereka yang tidak berwibawa atau bermasalah akan bimbang untuk menawarkan diri dalam pemilihan yang terbuka seperti itu.
6. Kesedaran umat Islam tentang perpaduan dan ukhuwwah islamiyyah demi survival mereka akan meningkat.
Namun cadangan ini jika hendak dilaksanakan hendaklah benar-benar dihalusi agar lebih mendekati maksud sistem syura yang dinyatakan oleh Islam.
Penegakan akhlak islamiyyah dalam pemilihan calon dan kempen hendaklah dijadikan asas yang membawa kepada keharmonian pemilihan.
Sumber :MindaTajdid-Dr.Asri
Monday, January 19, 2009
Tahniah Kepada Mereka!
Meet Uncle Hussain
Saturday, January 17, 2009
Bila Surat 8 Sept Anwar Dibongkar!
Ayuh,kita dedahkan lagi siapa Anwar?!
Thursday, January 15, 2009
Hapuskan Blog Menghina Agama Islam Ini!
Semua blogger,FLAG kan blog ini supaya ia dikeluarkan! Kita mesti buat sesuatu sebelum ia semakin kurang ajar dan pelbagai cerita memburukkan agama disebarkan!
Mari berjihad!
Wednesday, January 14, 2009
Resolusi Isu Palestin Diserang Zionis Israel-BPN 2/2009
DAN CADANGAN SERTA TINDAKAN BPN 2/2009
2.KAMI JUGA MENDESAK AGAR RAKYAT MALAYSIA BERSATU DENGAN MEMBOIKOT BAGI MELEMAHKAN EKONOMI SEMUA SYARIKAT YANG ADA KAITAN DENGAN ISRAEL@ZIONIS DAN MISI MEMBOIKOT INI HENDAKLAH DILAKUKAN SECARA SERIUS, DAN BUKAN SEKADAR SAMBIL LEWA UNTUK PERHATIAN DUNIA SAJA.
3. BPN MENGGESA MESIR SUPAYA TERUS MEMBUKA SEMPADANNYA DENGAN PALESTIN SUPAYA BANTUAN KEMANUSIAAN DAPAT DISALURKAN DENGAN KADAR YANG SEGERA DISAMPING MEMBERI PELUANG KEPADA RAKYAT PALESTIN UNTUK BERLINDUNG DI MESIR
4. PROTES MEMBOIKOT INI AKAN DITERUSKAN SEHINGGA ISRAEL@ZIONIS AKUR DENGAN RESOLUSI-RESOLUSI PBB DAN KEAMANAN PALESTIN DIKEMBALIKAN SEPERTI SEDIAKALA..
5. BPN MENGGESA MALAYSIA MENGADAKAN SATU SIDANG TERGEMPAR OIC BAGI MENGHANTAR TENTERA NEGARA ISLAM DI SEMPADAN PALESTIN UNTUK MEMBERI SOKONGAN MORAL KEPADA PEJUANG PALESTIN.
6. PERTUBUHAN OIC PERLU MENGESA LIGA ARAB MEMAINKAN PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB KEMANUSIAAN BAGI MEMBANTU DALAM APA JUA BENTUK SOKONGAN KEPADA PALESTIN.
7. BPN MENGESA SEMUA PEMIMPIN PEMBANGKANG MENYATAKAN PENDIRIAN BERSAMA DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL mereka DENGAN MENYERTAI PEMIMPIN KERAJAAN MEMBAKAR BENDERA ISRAEL DAN US SEBAGAI TANDA BANTAHAN KERAS MEWAKILI PAKATAN RAKYAT.
8. BPN MENGGESA NEGARA-NEGARA OPEC MELAKUKAN SIDANG TERGEMPAR BAGI MENYATAKAN PENDIRIAN BERSAMA DALAM MENANGANI KRISIS ISRAEL DAN PALESTIN.
9. RAKYAT MALAYSIA TANPA MENGIRA BANGSA DAN AGAMA DIGESA MENYUMBANGKAN SEBANYAK MUNGKIN WANG RINGGIT UNTUK RAKYAT PALESTIN DI SAMPING MEMBACA YASIN SEKALI SEHARI BAGI ORANG ISLAM YANG BERKESEMPATAN serta MENDOAKAN KEAMANAN DAN KESELAMATAN AKAN KEMBALI PULIH DISANA...
10.. BPN MENARUH HARAPAN AGAR NEGARA KITA JUGA AKAN SELAMAT DARI DITIMPA NASIB YANG MALANG SEPERTI MEREKA YANG SUDAH SEMAKIN HILANG SEDIKIT DEMI SEDIKIT TANAH PUSAKA WARISAN KELUARGA SAMADA DENGAN RELA ATAU PAKSA.
Friday, January 9, 2009
Boikot Barangan Israel Laknatullah dan Sekutunya US
Thursday, January 8, 2009
Insaflah : Kepada Kaki Clubbing
Kepada mereka diluar sana,buatlah azam baru (bukan azam 2009 sahaja tapi azam 1430) supaya kita kembali dan berubah tidak mengamalkan aktiviti yang dilaknat ini. Azab di dunia sudah ditunjuk dan azab di akhirat menanti dengan lebih pedih!
Sekadar renungan....
Saturday, January 3, 2009
Kerajaan! Buat Sesuatu!
http://adibahahmed.blogspot.com/
Cara flag ada di post http://isuhangat.blogspot.com/2008/12/blog-adibah-ahmad.html
Di harap para blogger jangan merahsiakan cara hide navbar buat sementara ini.
Mari berjihad di alam cyber!
Friday, January 2, 2009
Apa Nak Jadi Dengan Melayu Islam Kita?
Oleh Sarah Zulkifli dan Salman Hamat
am@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Sempena kedatangan tahun baru malam kelmarin, sekumpulan 24 individu termasuk seorang personaliti televisyen (katanya TV berbayar) dan pelakon tambahan drama bersiri mengadakan parti liar bagi meraikan sepasang suami isteri yang baru melangsungkan perkahwinan tiga minggu lalu.
Mereka yang menyewa bilik hotel mewah di Jalan Tun Perak di sini, dikatakan mengambil dadah dan meneguk arak.
Namun, ketika berseronok, parti eksklusif anjuran pengantin baru berusia 20-an itu diserbu sepasukan polis dari Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur diketuai Asisten Superintendan Mahani Ahmad.
Dalam serbuan kira-kira jam 4 pagi di bilik hotel tingkat 11 itu, polis menemui pelbagai jenis dadah seperti ketamin, kokain, syabu, minuman keras dan kondom.
KUANTAN: Sekumpulan lima remaja lelaki lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dikesan memilih cara yang menjijikkan menyambut malam tahun baru apabila menjadikan seorang gadis berusia 16 tahun sebagai ‘lauk’ untuk kenduri seks di sebuah hotel bajet di Jalan Besar, di sini.
Perbuatan terkutuk mereka dikesan sepasukan penguat kuasa agama yang membuat serbuan dalam operasi mencegah maksiat mulai jam 6 pagi di hotel murah sekitar bandar.
Difahamkan, kumpulan remaja terbabit berasal dari Kuantan menginap di hotel berkenaan selepas meraikan sambutan tahun baru di bandar ini.
Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Jabatan Agama Islam (Jaip), Badaruddin Ahmad Bustami, berkata pihaknya kesal kerana gadis pada usia semuda itu sanggup menggadai maruah dengan mengadakan hubungan seks dengan ramai lelaki tanpa memikirkan risiko....(rujuk Harian Metro)
Amz CamPro berkata :
Takut dan rasa sedih jugak bila terbaca dan terdengar dan terlihat masyarakat kita meraikan tahun baru 2009 yang aku rasa katanya dulu taknak disambut memandangkan ia begitu hampir denga Awal Muharam? Argh! cakap tak serupa bikin. Teringat aku dulu fatwa ulama dah mengharamkan Konsert Sureheboh pada waktu malam tapi last-last buat jugak! Pandangan ulama sudah ditolak ketepi dan selamat datang tanda-tanda kiamat yang lebih besar.
Berbalik kepada sambutan tahun baru ini,memang orang semua tak ingat dunia menyambutnya. Diatas sebahagian kesah yang agak mengejutkan dan AKU SANGAT PERCAYA YANG KESAH SEPERTI DIATAS BANYAK LAGI BERLAKU DAN MALAH ADA LEBIH TERUK LAGI cuma ia terselindung disebalik kemeriahan tahun baru. PESTA SEKS, MINUM ARAK,MENARI,BERTUKAR-TUKAR PASANGAN,MABUK,HISAP ITU-INI,DADAH DAN MACAM-MACAM LAGI memang rencah kehidupan mereka yang mungkar kepada Allah SWT.
Adakah kita mahu bila Allah turunkan bala kita akan jadi seperti kesah dibawah atau lagi teruk?
Thursday, January 1, 2009
Bila Fitnah Dah Jadi Darah Daging!
Ini gambar yang dikatakan Wan Farid sedang beronggi ponggi berkaraoke bersama wanita yang tidak dikenali