Thursday, January 29, 2009

Hentikan Isu Kugan!

Aku tahu,kes Kugan sekarang ini telah menjadi satu isu yang aku rasa kadang-kadang dah sampai tahap melampau bagi sesetengah pihak terutama ia melibatkan perkauman dan integriti sesuatu badan sehinggakan sampai nak buat perarakan atau kata lain minum arak atau todilah,ape lagi untuk hal yang aku rasa sudah sampai tahap perlu dibiarkan disiasat dahulu.
Cukuplah isu Kugan diperkatakan lagi. Aku tahu dan faham sangat perasaan mak bapak,sahabat handai si Kugan ni meratapi kematian dia ni tapi nak buat macam mana,biar siasatan diteruskan.

Polis dah memang dilahirkan dengan sikap dan sifat untuk melanyak,menggertak dan membalun manusia yang memang semakin hari sifatnya semakin bersifat kebinatangan.Tak payah pergi jauh,orang kampung sekali pun bila dah tahu siapa yang menjadi suspek penjenayah belum apa lagi dah kena tibai sampai mati seperti kes tersalah pukul seorang lelaki yang disyaki menyekodeng seorang minah di kampungnya. Padahal arwah berada disisi keluarganya sepanjang kejadia berlaku dan pemukul-pemukul sekarang sedang disabitkan kes bunuh!

Banyak perkara yang perlu dan boleh diungkit lagi yang telah berlaku tetapi kes Kugan salah satu daripadanya. Aku sendiri pun bila dah nampak depan mata siapa orang itu memang kena tibai dulu lah sebelum ditibai polis. Aku tengok masyarakat sekarang memang mengutuk,menghina pasukan ini,benci,keparat,hampeh kepada mereka tetapi kita kena terima hakikat,bila sesuatu terjadi kepada kita,POLIS akan kita cari dan selain berserah kepadaNya untuk diselesaikan.

Renung-renungkanlah....

Kickdefella,hang memang hampeh dan bercakap tak pakai otak!

Cerita lebih masyuk : PanglimaPerangCyber dan AyorLemuju

1 comment:

jamal pak tongkol said...

mmg lah kena cari polis kalau ada masalah.kalau kena liwat je cari pak najib.hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...