Monday, January 19, 2009

Tahniah Kepada Mereka!

Aku ingin mengucapkan tahniah kepada dua orang manusia ini kerana telah berjaya dalam bidang yang diceburi masing-masing. Siapa mereka? Meraka terdiri dari dua bidang yang jauh berbeza,politik dan hiburan. Kita mulakan dengan politik. Tahniah kepada YB Hj Mohd Abdul Wahid Endut dari PAS kerana memenangi PRK36 Kuala Terengganu baru-baru ini. Kemenangan yang seperti sudah dijangka dengan majoriti 2631 undi berbanding BN.

Yahoo! Kami menang...

Seterusnya,kemenangan Meet Uncle Hussain dalam AJL ke-23 semalam yang menggondol Lagu Terbaik iaitu Lagu Untukmu sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM25K dimana sebelum itu mereka menggondol lagu terbaik kategori pop rock. Huhuhu...Band masih memegang kemenangan Lagu Terbaik! Saingan agak sengit antara kategori pop rock ini sehinggakan aku tengok Faizal Tahir seolah-olah menjangkakan kemenangan seolah-olah milik beliau setelah memenangi Vokal Terbaik, Persembahan Terbaik dan Lagu Terbaik kategori balada.

Meet Uncle Hussain

2 comments:

Did said...

yesh...emolous bile lagi?
nak masuk politik ke AJL?
kahkahkah!!

~~~~AMIE~~~~ said...

Ni mesti kes malas ni......AJL pun boleh terima ucapan tahniah skali dgn org politik ke???
Errr .....Nmpaknya, popularity Wahid Endud & Uncle HUsin sama ar.....wakaka.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...