Wednesday, January 28, 2009

Cara Pemilihan Perdana Menteri - Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Mungkin sudah sampai masanya untuk rakyat Malaysia memikirkan kaedah pemilihan Perdana Menteri negara ini dengan cara yang membabitkan setiap individu rakyat.

Sistem yang digunapakai di Amerika, mungkin boleh difikirkan disamping beberapa pengubahsuaian berdasarkan kepada keperluan negara ini.

Kelebihan pemilihan terbuka yang seperti itu boleh dilihat kepada beberapa perkara berikut;

1. Pemilihan seperti itu akan benar-benar mewakili keredhaan majoriti rakyat.
2. Cara pemilihan yang sebegini, dengan diberi peluang yang adil bagi setiap calon akan menghasilkan tokoh kepimpinan yang lebih berkarisma, berkemampuan dan telus.
3. Kewibawaan atau kesetiaan rakyat untuk taat kepada sesiapa yang dipilih menjadi Perdana Menteri lebih nyata disebabkan setiap warga diberi peluang yang sama dalam pemilihan.
4. Cabaran atau ugutan penentang Perdana Menteri yang dipilih tidak boleh menggugat kewibawaan seseorang Perdana Menteri kerana dia benar-benar dipilih oleh majoriti rakyat.
5. Mereka yang tidak berwibawa atau bermasalah akan bimbang untuk menawarkan diri dalam pemilihan yang terbuka seperti itu.
6. Kesedaran umat Islam tentang perpaduan dan ukhuwwah islamiyyah demi survival mereka akan meningkat.

Namun cadangan ini jika hendak dilaksanakan hendaklah benar-benar dihalusi agar lebih mendekati maksud sistem syura yang dinyatakan oleh Islam.

Penegakan akhlak islamiyyah dalam pemilihan calon dan kempen hendaklah dijadikan asas yang membawa kepada keharmonian pemilihan.

Sumber :MindaTajdid-Dr.Asri

2 comments:

Hanggokan said...

wah! aku stuju...baru thrill beb!
sape nak guling kan PM kelak berguling2 la pening..

Panglima Perang Cyber said...

sistem syura di zaman Rasulullah s.a.w sistem berdasarkan integriti...

mahukah kita bersedia memilih pemimpin dengan sistem syura kembali ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...