Friday, February 27, 2009

Kenaikan Harga Tol Agak Melampau,PM Minta Kaji Balik

Renung-renungkan kenaikan yang baru ini

PATTAYA - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau akan meminta Kabinet menimbang semula kenaikan tol di lima lebuh raya yang akan dinaikkan di antara 0.68 sen hingga 50 sen berkuat kuasa 1 Mac ini kerana kenaikan itu tidak sesuai dalam keadaan sekarang.

Perdana Menteri berkata, kajian semula itu akan dibincangkan pada mesyuarat mingguan Kabinet hari ini yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kajian semula adalah perkara terbaik yang perlu dilakukan. Selepas itu kita akan buat keputusan yang wajar," katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN di sini semalam.

Abdullah berkata, walaupun kenaikan itu selaras dengan terma perjanjian konsesi yang ditandatangani antara pihak kerajaan dan pemegang konsesi lebuh raya berkenaan, kelulusan yang diberikan Kabinet beberapa minggu lepas mungkin tidak sesuai dengan situasi sekarang.

Sumber : Bernama

Amz CamPro Berkata :

Aku setuju benar kata Pak Lah suruh kaji balik kenaikan tol baru-baru ni yang akan berkuatkuasa 1 Mac akan datang ni. Kenaikan yang agak melampau dek kerana kelambatan menaikkan harga tol yang ikutkan dinaikkan setahun yang lalu seolah-olah ada interest plak! Kenaikan yang agak mendadak dikala ekonomi tak menentu perlu dipertimbangkan semula.


Penarikan rebat petrol RM625 untuk kereta akan dimansuhkan.Itu kita tak tahu samada minyak akan diturunkan lagi atau tidak bila rebat ditarik balik? Renung-renungkanlah. Buat biar berpada-pada kelak memakan diri. Kita jimat-jimat juga tapi bila dah jimat tapi benda keperluan terus naik,tak jadi apa gak. Nak berkempen biar molek dan kena caranya deh?
Boikot guna tol dalam sebulan tengok macam mana? ada beran?? hahaha...

Tuesday, February 24, 2009

Penghina Islam Mohon Maaf Secara Terbuka Melalui Surat

Aku tak pasti samada kalian semua mengetahui hal ini atau tidak tetapi ia penting untuk kita supaya kita sekurang-kurangnya tahu dan mengambil berat. Ia berpunca daripada pengedaran gambar-gambar yang agak menghiris orang Islam. Seorang forumer yang menggunakan nickname stOrmfury @ william telah membuka satu thread undian yang bertajuk "Ya Allah, which one should I choose?" dengan meletakkan empat keping gambar yang sedang mengangkat tangan.

Gambar-gambar yang menghina Islam

Forumer berbangsa Cina ini niat asalnya mengatakan dia hanya ingin menghiburkan rakan-rakan di sebuah forum dan membuat undian gambar mana paling menarik? tetapi ia menyentuh sensitiviti orang Islam. Aku hairan,semakin lama semakin berani orang-orang begini mempermain-mainkan agama Islam sedangkan kita sebagai Muslim turut diajar supaya menghormati orang lain.

Dengan tersebarnya gambar-gambar ini,satu surat memohon maaf secara terbuka telah ditulis.Permohonan maaf secara bertulis ini dilakukan di depan forumer salah sebuah forum iaitu Carigold setelah admin dan forumer lain tersebut berjumpa dengannya dan bapanya juga ditemani oleh paderi dari Sri Petaling (sumber Isuhangat.blogspot)

stOrmfury @ william


Surat terbuka memohon maaf (klik pada imej utk besar)

Umat Islam masih lena dibuai mimpi,bercakaran antara sendiri sehinggakan agama Islam diperlekehkan. Sedarlah kita,siapa lagi yang ingin mempertahankan agama Islam yang suci ini kalau bukan kita? Hukuman kepada mereka yang mempersendakan agama seperti ini sepatutnya diwujudkan dan dihukum dan surat permohonan maaf seperti ini juga sepatutnya diterima sebagai permohonan maaf yang diharapkan ikhlas dari pihak yang menghina.

Monday, February 23, 2009

Mungkinkah Ada Usul Tidak Percaya MB Zambry?

Adakah mungkin usul undi tidak percaya MB Zambry akan berlaku? Besar kemungkinan ia akan berlaku kerana ia hanya menunggu pekenan Sultan Perak sahaja walaupun tuan speaker bertindak seakan-akan rancangan Raja Lawak kerana menggantung MB Zambry. Berikut adalah petika dari Harian Kosmo hari ini :

IPOH – Senario politik di Perak tidak akan berakhir begitu mudah walaupun bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sudah keluar dari kediaman rasminya semalam.

Ini ekoran cadangan Pakatan Pembangkang untuk mengemukakan undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir (gambar) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) khas yang bakal diadakan selepas mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Menurut Mohammad Nizar, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar telah menulis surat meminta persetujuan Sultan Perak untuk diadakan satu persidangan khas DUN itu dalam tempoh terdekat.

Katanya, surat ‘rayuan’ itu telah dihantar oleh ADUN Tronoh berkenaan kepada Sultan Azlan Shah pada minggu lalu untuk mendapat perkenan bagi mengadakan sidang khas tersebut.

“Dalam sidang khas itu, kita akan menentukan siapa sebenarnya memperolehi majoriti undi supaya dapat dilihat jelas oleh rakyat tentang kedudukan sebenar senario politik di negeri ini.

Kalau mengikut rasa sedap dihati dan ingin mendapatkan sesuatu yang sedap dipandang,undian semula atau usul tidak percaya di DUN sangat molek dilakukan tapi biarlah ia mengikut cara yang sebaik-baik manusia. Benda tidak mustahil berlaku,kta tunggu apakah pekenan Sultan Perak nanti.


Thursday, February 19, 2009

Politik Perak Kelam Kabut - Speaker PR Tunjuk Kuasa

V.Sivakumar -sepatutnya tidak berkuasa lagi sebagai speaker DUN

Petang semalam negara kembali digegarkan dengan isu yang agak menggelikan hati bagi sesetengah pihak,mengejutkan dan menggembirakan pihak yang gila kuasa. Kenapa? V.Sivakumar (sepatutnya Ex-Speaker DUN Perak kerana kerajaan PR tidak lagi memerintah) telah mengeluarkan kenyataan seperti dipetik dari bernama :

"Sivakumar dalam kenyataan akhbar empat perenggan lewat petang tadi mengumumkan Zambry digantung serta-merta dan dilarang daripada menghadiri sesi DUN Perak selama 18 bulan manakala enam Exco berkenaan digantung selama 12 bulan daripada menghadiri sesi DUN juga berkuatkuasa hari ini.

Sivakumar mengumumkan keputusan itu selepas Zambry dan enam Exco berkenaan tampil di hadapan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN di sini hari ini. - BERNAMA"

Zambry dan exco-exconya

Politik Perak dalam ambang darurat aku rasa dah sekarang ni. Masing-masing ingin menunjukkan kuasa masing-masing walaupun Sultan Perak telah memberi pekenan kerajaan baru telah ditubuhkan. Undang-undang tubuh negeri Perak sekali lagi menjadi isu dan perdebatan hangat. Balik-balik merujuk kepada kitab pentadbiran itu bagi kedua-dua pihak tak kira PR atau BN. Bila kuasa menjadi perebutan,banyak kekhilafan undang-undang juga berlaku. Aku tak nampak dah yang sekarang rakyat hendak dibela tapi rakyat dijadikan mangsa perebutan kuasa yang dah macam kat Thailand dah cuma tak lah sampai rampas airport.

Pihak PR masih menganggap mereka kerajaan selagi keputusan Mahkamah Tinggi tiadk memutuskan siapa berhak. Pihak BN sudah menganggap mereka kerajaan sah kerana Sulatan sudah memberi perkenan. So? Ape cerita? Masing-masing ingin menang dan silap-silap Zambry dan rakan-rakan exco nya akan membuat tindakan susulan. Mungkin mahkamah juga menjadi penentu? Siapa tahu?Kedaulatan Sultan Perak memang sudah tercemar dek kerana politik kotor ini.

p/s : Alangkah indahnya jika Al-Quran menjadi kitab rujukan Islam paling utama.


Tuesday, February 17, 2009

Proton MPV Dengan Nama Exora-Keriangan Keluarga

Akhirnya Proton MPV pertama negara mempunyai namanya tersendiri iaitu EXORA dan insan bertuah yang memenangi MPV ini kerana nama cadangannya dipilih sebagai nama rasmi MPV ini adalah Norsholihan bt Abdul Eanich berserta denga tagname Keriangan Keluarga. Bertuah minah ni. Harga pasaran dibawah RM80K tau.Dapatkan dipasaran.

Perbandingan antara Exora (belakang) dan Lavina (depan)

Pemain Negara 'Penipu'-Che Mat

DEMI wang, ada pemain bola sepak sanggup menggadai maruah negara dengan aksi lembik dan tidak kisah andainya skuad kebangsaan dibelasah asalkan mereka tidak cedera serta mampu meneruskan aksi di liga tempatan.Dengan ada gaji pemain mencecah RM16,000 sebulan yang dibayar persatuan bola sepak (FA) negeri atau kelab, pemain terbabit sekadar memenuhi ‘jemputan’ untuk menyarung jersi kebangsaan sedangkan hakikatnya, hati mereka tidak bersama.

Datuk Che Mat

Hakikat itu diakui Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Che Mat Jusoh yang berkata terlalu sukar bagi badan induk kebangsaan itu untuk mengawal serta menetapkan gaji siling yang harus dibayar FA negeri atau kelab.

“Mulai musim ini, FAM memutuskan untuk tidak lagi menetapkan gaji siling kerana walaupun ia pernah dijadikan sebagai garis panduan tetapi tidak dipatuhi. Ada FA negeri atau kelab yang menyediakan dua kontrak gaji kepada pemain.

“Satu kontrak menyatakan gaji pemain dibayar mengikut harga siling ditetapkan FAM tetapi pada masa sama, pemain dihulur satu lagi kontrak untuk menyatakan gaji tambahan mereka. Justeru, kami memutuskan untuk tidak lagi menetapkan gaji siling kerana tidak ada yang mahu patuh dengan apa ditetapkan itu.

“Saya tidak menyalahkan sepenuhnya FA negeri atau kelab kerana mentaliti pemain sekarang ialah wang. Ini kehendak semasa tetapi kecenderungan mereka untuk mendapatkan wang lebih itu ada kalanya menjejaskan bola sepak kita sendiri,” katanya.

Akibat kegilaan terhadap wang itu, pemain enggan bersungguh-sungguh mewakili negara kerana bimbangkan kecederaan sekali gus menjejaskan peluang mereka di dalam liga tempatan.

“Bunyinya memang sedikit pelik tetapi itulah yang berlaku dan keadaan ini sudah berlarutan sejak lama dulu. Apa yang saya nampak, pemain kita semakin tamak. Selepas diberi gaji besar, mereka minta bonus daripada pengurusan jika menang dan sekiranya tidak diberi, aksi masing-masing bertukar lembik.

“Sekarang, FA negeri atau kelab yang sepatutnya menjadi majikan kepada pemain, terpaksa mengikut kehendak dan seolah-olah, pemain pula bertindak selaku majikan kerana mereka menentukan segala-galanya.

“Setiap hujung tahun apabila berbincang mengenai kontrak baru, mereka meminta tambahan gaji sekitar RM2 ribu atau RM3 ribu. Padahal, pasukan itu tidak pula memenangi apa-apa gelaran,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM itu.

Che Mat berkata, semua masalah itu berpunca daripada tiadanya pembangunan bola sepak di peringkat negeri sekali gus membuatkan pemain sedia ada seperti besar kepala kerana sedar khidmat mereka amat diperlukan.

Sumber berita : HMetro
Amz CamPro Berkata :

Memang itulah hakikat yang patut diketahui dan ditelan setiap peminat bola sepak tanah air yang majoritinya meminati sukan bola sepak ini. Ranking negara dalam FIFA semakin teruk dam merudum ke 168. Permainan bola sepak tidak seindah dahulu.Ia ibarat bermain ten-teng dikala petang sebelum ibu menjerit anak-anaknya pulang kerana sudah Maghrib. Bukan sahaja penipu malah aku senaraikan antara punca jatuhnya bolasepak negara seperti dibawah:

Pemain

1)Pemain yang dipilih tidak berkualiti (kronisme)

2)Bila berkualiti sikit pun dah besar kepala. (gaji nak tinggi,kawin tak mintak restu mak bapak)

3)Utamakan Liga-M yang macam liga budak sekolah dari negara (spt kata Che Mat)

4)Kaki enjoy,clubbing,perempuan,perhabis duit,minum mabuk dan sebagainya.

Pengurusan

1)Dipimpin orang yang tak reti main bola(tak tau apa bola sepak)
2)Berkepentingan sendiri(syok sendiri,tak pun nak kebas duit permbangunan bola sepak)
3)Tak paham bahasa (bila orang tak suka,memang tak sukalah)

4)Balik-balik bubar pemain tukar coach padahal diri sendiri wat hal.


Itulah serba sedikt kesah player negara yang berasa dah best termasuk ketua-ketuanya sekali. Sekadar renungan.

Saturday, February 14, 2009

Pilihan Raya Kecil 2 Bukit 7 April

Info 2 PilihanRaya Lepas

PUTRAJAYA - Pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang di Perak dan kerusi Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Bukit Selambau akan diadakan serentak pada 7 April ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga menetapkan hari penamaan calon bagi kedua-dua kerisi itu pada 29 Mac ini, demikian diumumkan oleh Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada satu sidang akhbar di sini semalam.

Ia diumumkan selepas mesyuarat khas SPR selama hampir dua jam bagi membincangkan tarikh pilihan raya kecil bagi kedua-dua kawasan tersebut.

Kerusi Bukit Gantang kosong ekoran kematian penyandangnya, Roslan Shaharum daripada Pas pada 9 Februari akibat diserang sakit jantung manakala kerusi Bukit Selambau dikosongkan oleh V. Arumugam daripada Parti Keadilan Rajyat (PKR) yang meletak jawatan.

Tarikh writ dan notis pilihan raya masing-masingnya akan dikeluarkan pada 16 Februari dan 17 Februari ini.

Sumber : Bernama

Friday, February 13, 2009

Bank Negara Malaysia Bank Pusat Terbaik Dunia-World Economic Forum

Keratan akhbar diatas menunjukkan Pemenang Anugerah Nobel (Ekonomi),Prof. Joseph Stiglitz mengatakan bahawa Malaysia mempunyai strategi atau rangka kewangan yang sangat kukuh sehingga mampu melindungi sistem kewangan Malaysia mengharungi krisis ekonomi global. BNM dijadikan contoh selain Bank Pusat India sebagai panduan mengharungi krisis ekonomi sekarang. Aku yakin,sistem kewangan Islam yang kita praktikkan sekarang sudah mula menunjukkan kesannya setelah semua sistem kewangan konvensional gagal mengharunginya. Kerana itulah,apa yang telah Allah SWT ciptakan dan mahu kita mengikutnya sepatutnya tidak boleh disangkal kerana semuanya ada sebabnya. Alhamdulillah.

Wednesday, February 11, 2009

Rakyat Sedar Atau Angkara Anwar?

Kestabilan politik negara sejak akhir-akhir ini aku tengok semakin hangat seperti PRU12 yang lalu. Dimulakan dengan kekalahan BN kepada Pakatan Rakyat di 5 negeri iaitu Perak,Selangor,Kedah,P.Pinang dan Kelantan menjadi tamparan hebat kepada Pak Lah dan rakan-rakannya. Walaupun majoriti BN masih mampu mengekal kerajaannya tetapi sengatnya semakin hilang. Rakyat mula sedar atau rakyat tiada pilihan lain dengan tingkah-laku korupsi dan kroni kerajaan yang sekian lama memerintah?Masih menjadi persoalan sehingga sekarang. Terlepasnya Anwar dari bilik besi dan manusia yang diagung-agungkan kepimpinannya ini oleh hampir juga mencapai majoriti rakyat telah memberi kesan besar kepada kepimpinan lembik Pak Lah.

Anwar mula mengorak langkah dan 16september dijadikan misi dan visinya untuk merampas Putrajaya. Bagaimana? Mudah sahaja,lompatlah parti ke PR. Iya,lompat parti! kenapa? siapa yang cakap? Anwar lah yang cakap. Dia lah yang memberi idea supaya melompat parti.Bagaimana nak suruh lompat parti? Mudah sahaja,huluq lah apa yang patut tapi biarlah berjuta.Heheheh...gelak jahat menjelma...duit dari mana? Bukankah Anwar ni bagus orangnya,mana taknya,pensyarah di Universiti luar negara,kerap memberi talk,menjadi pengerusi bermacam-macam agensi luar negara dan bermacam-macam lagilah. Siapa taja? sendiri mau ingat.Sedangkan Dr. Sheikh Muzaffar pun dikutuk kerana mengaut keuntungan dari ceramahnya,inikan pula Anwar berceramah di luar negara? Pikir sendirlah weh...

Grafik kredit kepada pewarismelayu.blogspot

Tapi apa yang terjadi? Tidak mendapat sambutan kempen lompat parti Anwar. Mungkin duit sogokan sikit kot. hahaha...16september berlalu pergi dan tarikh-tarikh baru menyusul sampai skrg tetapi terus senyap tanpa berita. Pilihanraya kecil di 2 tempat iaitu Permatang Pauh yang membolehkan Anwar kembali menjadi YB dan Kuala Terengganu terus menjadi berita kegembiraan buat PR. Misallah PR tewas,aku gerenti SPR dan kerajaan BN akan terus dikutuk kerana membeli undi dan sebagainya. Pepatah 'yang dikejar tak dapat yang dikendung berciciran' terjadi pula pada PR baru-baru ini. Sultan dan institusi diraja menjadi perkara kedua tetapi yang penting kuasa terus dikekalkan.


Kerajaan Perak tewas dek kerana idea lompat parti Anwar memakan diri sendiri.Aku tahu,orang akan cakap ini semua politik wang tetapi begitu jugalah bila PR berjaya merealisasikan lompat partinya.Karpal semakin karam,bengkak dihatinya mula bernanah dan Anwar diterajang secara simbolik. Sultan mahu disamannya. DAP pun terkena tempiasnya. Rakan karib Nizar iaitu Ngeh menjadi mastermind diPerak selama ini tumbang kerana idea rakannya.Politik,semuanya kotor sekarang bila ia jatuh ditangan sendiri ia betul,bila jatuh ketangan orang lain semua salah dan haram. Menerima hakikat tiada dalam kamus PR. Aku tak pasti,kalau betul PR merampas Putrajaya dengan lompat parti,adakah baring dijalanraya turut terjadi?

Hohoho,selamatkan Palestin

Nizar masih menjadi MB,Zambry memang menjadi MB so Perak ada 2 MB lah,bangga apa ada 2 kepala jaga rakyat! hahaha...Derhaka kepada Sultan menjadi point utama,sama seperti Hang Jebat dan rakan-rakan lain yang turut derhaka pada zaman kesultanannya tapi Hang Jebat dan Laksamana Bentan yang mati on the spot kerana derhaka...hahaha...Berita kematian Ahli Parlimen Bukit Gantang (PAS) Ustz. Roslan Saharom pula menyentuh hati kita semua. Al-Fatihah kepada Allahyarham semoga rohnya dicucuri rahmat.Amin. Perletakan jawatan Arumugam di DUN Bukit Silambau pula menjengah kalender politik Malaysia. Ia pun dikatakan berpunca tekanan hidup yang entah dari sape agaknya.hahaha...

Maka,dalam masa terdekat ini,kita semua akan menunggu apa kah kesah si Nizar yang masih dianggap MB oleh PR,keputusan Mahkamah Tinggi tentang kejadia di Perak dan akan datang adalah 2 Pilihanraya kecil bagi mengisi kekosongan kawasan berkenaan. Dua bukit akan cuba terus dikekalkan oleh mereka atau dirampas oleh mereka. Bukit Silambau dan Bukit Gantang menjadi medan terbaru masing-masing menunjuk belang.Kita tunggu dan lihat strategi kedua-dua pihak ini nanti.

Friday, February 6, 2009

Politik Taksub Boleh Merosakkan Agama Dan Bangsa


Aku bersetuju dengan PanglimaPerangCyber merangkap Yang Di-Pertua BPN. Disini aku senaraikan semula resolusi yang patut di sokong oleh semua masyarakat Malaysia.

1. Keputusan berkenaan permohonan Nizar dan Pakatan Rakyat supaya DUN dibubar sudah jelas diketahui kita semua dan Nizar nampaknya tidak dapat menerima keputusan Sultan walhal berkata dia akan mengikut apa sahaja titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak sebelumnya.

2.Ekoran tindakan 'menderhaka' kepada Sultan Perak yang dipamerkan oleh seorang Menteri Besar maka para penyokong pembangkang sudah mula mengeluarkan kata kata menghina Raja dengan begitu teruk sekali. PAS dan Pakatan Rakyat nampaknya membiarkan sahaja perbuatan tersebut tanpa mendesak penyokong mereka agar akur dengan titah DYMM Sultan Perak..

3. Komen komen yang ditulis dan dipamerkan oleh blog pembangkang itu jelas menunjukkan bagaimana mereka tidak segan silu melibatkan Sultan dalam konflik politik rakyat dan menuduh Sultan dengan berbagai tuduhan yang jelas tidak dapat diterima oleh rakyat yang menghormati Sultan sebagai tonggak kedaulatan Bangsa Melayu dan juga Agama Islam.

4. Sebab itulah pembangkang yang memainkan isu ini nampaknya sedang cuba bermain dengan 'api' dan kita sebagai Blogger Pembela Negara tidak akan membiarkan maruah Sultan sebagai payung agama bangsa dan negara kita dicemar dan dirosakkan begitu sahaja.

5. BPN mendesak agar polis mengambil tindakan sewajarnya terhadap pemberi komen khasnya terhadap bekas Menteri Besar Nizar Jamaluddin yang sudah mengingkari janjinya sendiri untuk menerima keputusan Sultan bahkan menderhaka pula kepada baginda.

6. Anugerah yang dikurniakan Tuanku Sultan Perak kepada Nizar dan pemimpin Pakatan Rakyat perlu ditarik kembali sebagai tanda kemurkaan baginda kepada mereka yang tidak bertanggungjawab sehingga begitu berani menyembah derhaka kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan.

7. Jika ini dibiarkan maka tentu rakyat akan semakin biadap kerana terikut ikut dengan gelagat mereka dan tidak mustahil akan keluarlah selepas ini hasutan dan juga dorongan jahat agar rakyat mula membenci Sultan dan dengan itu agenda menghilangkan kekuasaan Raja selaku tonggak penjaga ketuanan bangsa Melayu dan Agama Islam dan menjadikan negara Malaysia menjadi sebuah Republik seperti di Indonesia, akan tercapai dengan mudah.


BPN pasti akan menolak sekeras kerasnya usaha ini dan kami berikrar akan melawan sesiapa sahaja yang sanggup menjatuhkan maruah Sultan yang mereka hanya puji ketika mereka gembira dengan titah baginda dan mengkeji ketika mereka tidak bersetuju dengan titah tersebut. Klik pada sumber dibawah untuk melihat komen yang agak mengejutkan kita semua apabila politik taksub mula menular.


Thursday, February 5, 2009

Sultan Perak : DUN Tidak Bubar, Nizar Letak Jawatan & Tumbangnya PR di Perak

Berita bakal gugurnya perjuangan PR di Perak memang hangat diperkatakan sejak beberapa minggu ini tetapi ia semakin menjadi kenyataan untuk BN semalam selepas pengumuman Najib tentang majoriti kerusi BN dan PR terikat sama 28kerusi selain Bebas mempunyai 3 kerusi yang turut menyokong penubuhan kerajaan baru menggantikan kerajaan pimpinan Nizar yang baru masuk 11bulan. Berita kembalinya Bota kedalam BN dan murtadnya seorang ahli DAP membantu harapan orang-orang kuat pembangkan PR untuk merampas semula Perak. Dibawah adalah salinan surat rasmi perletakan jawatan dan keluar parti oleh 3 Adun mereka :


Surat DUN-Osman

Surat DUN-Jamaludin

Surat DUN-Yet Fong

Ketika pengumuman Najib semalam,Nizar juga telah mengadap Sultan Perak bagi memberi pekenan pembubaran DUN walaupun Nizar dah umumkan dahulu nak membubarkan sebelum jumpa Sultan. Hasilnya perjumpaan dengan Sultan masih belum keluar lagi semalam dan keputusan terbaru hari ini, Sultan Perak mengarahkan Nizar meletak jawatan dan DUN tidak dibubarkan memberi gambaran sahih bahawa kerajaan baru bakal tertubuh.

Anwar,punca segala-segalanya keatas senario politik Malaysia yang aku rasa memang mendatangkan kesedaran kepada sesetengah orang-orang politik ni tapi Anwar juga bertindak sudah melampaui batas-batas pemimpin yang jahil dan gila kuasa dan takut pada bayang-bayang sendiri. Semoga semua sedar yang sesuatu diimpikan akan ditarik balik jika kita merasakan seolah-olah kita yang paling berkuasa.

Tuesday, February 3, 2009

Bila Tranungkite Online & MalaysiaKini Mula Buka Mata Pada BPN!

MalaysiaKini turut sama merasai kesan dari BPN
(Sumber : EmpayarMalaya-klik disini)


Tranungkite Online sebuah web yang amat popular dan sering menjadi info dan maklumat kepada seluruh rakyat Malaysia yang aku rasa kadang-kadang ada betulnya dan kadang-kadang terlalu ekstrimis dan boleh juga dikatakan agak keterlaluan. Ini semua tak heran kerana kita boleh tahu adakah sesuatu web atau blog tu cenderung kepada pakatan kanan atau kiri. Itu tidak menjadi persoalan dan terserahlah kepada mereka yang membaca untuk menimbang dan menerimanya dengan akal fikiran.


Aku mendapat sumber ni dari salah seorang ahli BPN iaitu GAP tentang Tranungkite Online mula membuka matanya tentang BPN (Bloggger Pembela Negara) dan ahli-ahlinya. Berikut adalah link terus ke web Tranungkite Online yang mula menggeruni BPN!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...