PATTAYA - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau akan meminta Kabinet menimbang semula kenaikan tol di lima lebuh raya yang akan dinaikkan di antara 0.68 sen hingga 50 sen berkuat kuasa 1 Mac ini kerana kenaikan itu tidak sesuai dalam keadaan sekarang.
Perdana Menteri berkata, kajian semula itu akan dibincangkan pada mesyuarat mingguan Kabinet hari ini yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Kajian semula adalah perkara terbaik yang perlu dilakukan. Selepas itu kita akan buat keputusan yang wajar," katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN di sini semalam.
Abdullah berkata, walaupun kenaikan itu selaras dengan terma perjanjian konsesi yang ditandatangani antara pihak kerajaan dan pemegang konsesi lebuh raya berkenaan, kelulusan yang diberikan Kabinet beberapa minggu lepas mungkin tidak sesuai dengan situasi sekarang.
Sumber : Bernama
Amz CamPro Berkata :
Aku setuju benar kata Pak Lah suruh kaji balik kenaikan tol baru-baru ni yang akan berkuatkuasa 1 Mac akan datang ni. Kenaikan yang agak melampau dek kerana kelambatan menaikkan harga tol yang ikutkan dinaikkan setahun yang lalu seolah-olah ada interest plak! Kenaikan yang agak mendadak dikala ekonomi tak menentu perlu dipertimbangkan semula.
Penarikan rebat petrol RM625 untuk kereta akan dimansuhkan.Itu kita tak tahu samada minyak akan diturunkan lagi atau tidak bila rebat ditarik balik? Renung-renungkanlah. Buat biar berpada-pada kelak memakan diri. Kita jimat-jimat juga tapi bila dah jimat tapi benda keperluan terus naik,tak jadi apa gak. Nak berkempen biar molek dan kena caranya deh? Boikot guna tol dalam sebulan tengok macam mana? ada beran?? hahaha...
1 comment:
boikot gune tol??
huish...bisa dilakukan tapi mungkin menyusahkan.
Post a Comment