Tuesday, February 17, 2009

Pemain Negara 'Penipu'-Che Mat

DEMI wang, ada pemain bola sepak sanggup menggadai maruah negara dengan aksi lembik dan tidak kisah andainya skuad kebangsaan dibelasah asalkan mereka tidak cedera serta mampu meneruskan aksi di liga tempatan.Dengan ada gaji pemain mencecah RM16,000 sebulan yang dibayar persatuan bola sepak (FA) negeri atau kelab, pemain terbabit sekadar memenuhi ‘jemputan’ untuk menyarung jersi kebangsaan sedangkan hakikatnya, hati mereka tidak bersama.

Datuk Che Mat

Hakikat itu diakui Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Che Mat Jusoh yang berkata terlalu sukar bagi badan induk kebangsaan itu untuk mengawal serta menetapkan gaji siling yang harus dibayar FA negeri atau kelab.

“Mulai musim ini, FAM memutuskan untuk tidak lagi menetapkan gaji siling kerana walaupun ia pernah dijadikan sebagai garis panduan tetapi tidak dipatuhi. Ada FA negeri atau kelab yang menyediakan dua kontrak gaji kepada pemain.

“Satu kontrak menyatakan gaji pemain dibayar mengikut harga siling ditetapkan FAM tetapi pada masa sama, pemain dihulur satu lagi kontrak untuk menyatakan gaji tambahan mereka. Justeru, kami memutuskan untuk tidak lagi menetapkan gaji siling kerana tidak ada yang mahu patuh dengan apa ditetapkan itu.

“Saya tidak menyalahkan sepenuhnya FA negeri atau kelab kerana mentaliti pemain sekarang ialah wang. Ini kehendak semasa tetapi kecenderungan mereka untuk mendapatkan wang lebih itu ada kalanya menjejaskan bola sepak kita sendiri,” katanya.

Akibat kegilaan terhadap wang itu, pemain enggan bersungguh-sungguh mewakili negara kerana bimbangkan kecederaan sekali gus menjejaskan peluang mereka di dalam liga tempatan.

“Bunyinya memang sedikit pelik tetapi itulah yang berlaku dan keadaan ini sudah berlarutan sejak lama dulu. Apa yang saya nampak, pemain kita semakin tamak. Selepas diberi gaji besar, mereka minta bonus daripada pengurusan jika menang dan sekiranya tidak diberi, aksi masing-masing bertukar lembik.

“Sekarang, FA negeri atau kelab yang sepatutnya menjadi majikan kepada pemain, terpaksa mengikut kehendak dan seolah-olah, pemain pula bertindak selaku majikan kerana mereka menentukan segala-galanya.

“Setiap hujung tahun apabila berbincang mengenai kontrak baru, mereka meminta tambahan gaji sekitar RM2 ribu atau RM3 ribu. Padahal, pasukan itu tidak pula memenangi apa-apa gelaran,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM itu.

Che Mat berkata, semua masalah itu berpunca daripada tiadanya pembangunan bola sepak di peringkat negeri sekali gus membuatkan pemain sedia ada seperti besar kepala kerana sedar khidmat mereka amat diperlukan.

Sumber berita : HMetro
Amz CamPro Berkata :

Memang itulah hakikat yang patut diketahui dan ditelan setiap peminat bola sepak tanah air yang majoritinya meminati sukan bola sepak ini. Ranking negara dalam FIFA semakin teruk dam merudum ke 168. Permainan bola sepak tidak seindah dahulu.Ia ibarat bermain ten-teng dikala petang sebelum ibu menjerit anak-anaknya pulang kerana sudah Maghrib. Bukan sahaja penipu malah aku senaraikan antara punca jatuhnya bolasepak negara seperti dibawah:

Pemain

1)Pemain yang dipilih tidak berkualiti (kronisme)

2)Bila berkualiti sikit pun dah besar kepala. (gaji nak tinggi,kawin tak mintak restu mak bapak)

3)Utamakan Liga-M yang macam liga budak sekolah dari negara (spt kata Che Mat)

4)Kaki enjoy,clubbing,perempuan,perhabis duit,minum mabuk dan sebagainya.

Pengurusan

1)Dipimpin orang yang tak reti main bola(tak tau apa bola sepak)
2)Berkepentingan sendiri(syok sendiri,tak pun nak kebas duit permbangunan bola sepak)
3)Tak paham bahasa (bila orang tak suka,memang tak sukalah)

4)Balik-balik bubar pemain tukar coach padahal diri sendiri wat hal.


Itulah serba sedikt kesah player negara yang berasa dah best termasuk ketua-ketuanya sekali. Sekadar renungan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...