Tuesday, February 24, 2009

Penghina Islam Mohon Maaf Secara Terbuka Melalui Surat

Aku tak pasti samada kalian semua mengetahui hal ini atau tidak tetapi ia penting untuk kita supaya kita sekurang-kurangnya tahu dan mengambil berat. Ia berpunca daripada pengedaran gambar-gambar yang agak menghiris orang Islam. Seorang forumer yang menggunakan nickname stOrmfury @ william telah membuka satu thread undian yang bertajuk "Ya Allah, which one should I choose?" dengan meletakkan empat keping gambar yang sedang mengangkat tangan.

Gambar-gambar yang menghina Islam

Forumer berbangsa Cina ini niat asalnya mengatakan dia hanya ingin menghiburkan rakan-rakan di sebuah forum dan membuat undian gambar mana paling menarik? tetapi ia menyentuh sensitiviti orang Islam. Aku hairan,semakin lama semakin berani orang-orang begini mempermain-mainkan agama Islam sedangkan kita sebagai Muslim turut diajar supaya menghormati orang lain.

Dengan tersebarnya gambar-gambar ini,satu surat memohon maaf secara terbuka telah ditulis.Permohonan maaf secara bertulis ini dilakukan di depan forumer salah sebuah forum iaitu Carigold setelah admin dan forumer lain tersebut berjumpa dengannya dan bapanya juga ditemani oleh paderi dari Sri Petaling (sumber Isuhangat.blogspot)

stOrmfury @ william


Surat terbuka memohon maaf (klik pada imej utk besar)

Umat Islam masih lena dibuai mimpi,bercakaran antara sendiri sehinggakan agama Islam diperlekehkan. Sedarlah kita,siapa lagi yang ingin mempertahankan agama Islam yang suci ini kalau bukan kita? Hukuman kepada mereka yang mempersendakan agama seperti ini sepatutnya diwujudkan dan dihukum dan surat permohonan maaf seperti ini juga sepatutnya diterima sebagai permohonan maaf yang diharapkan ikhlas dari pihak yang menghina.

1 comment:

Anonymous said...

orang melayu bercakaran? bila masa orang melayu bersatu?

mahathir vs kuli - melayu berpecah
mahathir vs anwar - melayu berpecah
mahathir vs pak lah - melayu berpecah

cina dap dgn cina mic berpecah
pandithan vs samy vellu india berpecah.

arab? tak payah cerita.

siapa bersatu? barat? barat mana?
slovenia? russia? UK? Iceland? ireland?

negara maju di barat seperti peranchis dan russia lagi teruk. buat revolusi menentang raja dan akhirnya raja jatuh. negara jadi republik.

tak bersatu sampai sekarang.

cuma ada satu je yg bersatu

bersatu kita bersatu. dgn setia berganding bahu. jiwa teguh berpadu. kita rumpun melayu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...