Tuesday, December 6, 2011

[Video & Gambar] KRISAKTI : Pasukan Aerobatik Pertama Negara Di Lancarkan



Pasukan KRISAKTI Pelopor Kepada Pasukan Aerobatik Negara

Krisakti, pasukan profesional aerobatik kebangsaan yang akan menjadi pasukan khas pertunjukan udara negara dilancarkan secara rasmi hari ini.

Pelancaran pasukan Krisakti yang ditubuhkan oleh syarikat Aerotree Defence & Services Sdn Bhd (Aerotree) itu disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) bersempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2011 (LIMA ”11) di sini.

Aksi Pertama KRISAKTI di LIMA 2011

Krisakti bersempena nama senjata tradisi Melayu iaitu keris yang melambangkan kehebatan, kekuatan dan kekuasaan.

Red Arrows : Pasukan Aerobatik Royal Air Force Aerobatic Team UK Yang Sudah Lama Mencipta Nama Di Dunia

Aerotree mengambil inisiatif untuk menubuhkan pasukan profesional aerobatik itu sebagai membantu hasrat kerajaan yang mahu pasukan seperti itu diwujudkan untuk mewakili negara.






"Penubuhan pasukan ini akan menambah nilai nasional dan mengurangkan penggantungan terhadap negara asing bagi melakukan aktiviti-aktiviti seperti ini,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Krisakti menggunakan empat buah pesawat berkipas ”Extra 300L” buatan Jerman. – Bernama

MARI KITA SAKSIKAN VIDEO YANG DI BUAT KHAS OLEH ATM SEPANJANG PERSIAPAN PASUKAN AEROBATIK INI :

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...