Friday, August 26, 2011

Cadangan Projek Mega Malaysia : Sumber Tenaga Negara Yang Lebih Bijak Dari Nuklear

Empangan Bakun

Kita sekarang diambang kepupusan sumber semula jadi negara. Mane taknye, minyak akan habis dalm 20 tahun lagi, mineral lain pun aku yakin akan turut sama habis,kalau ade pun kena beli dari negara luar yang dah tentu tinggi dan mahal. Aku fokuskan isu ini pada penjanaan tenaga elektrik negara. Kite semua sedia maklum tentang kenaikan harga tarif elektrik ini semuanya berpunca daripada kenaikan bahan mentah negara dan pelbagai lagi punca seperti sektor ekonomi dunia secara keseluruhannya.

Sumber tenaga elektrik negara kite sedia maklum datang dari 3 sumber utama iaitu:
  • Arang batu
  • Hidroelektrik
  • Minyak & Gas
Dua dari sumber mineral ini akan habis satu hari nanti dan yang tinggal hanya penjanaan dari hidrolektrik. Tindakan kite menggunakan hidroelektrik sebenarnya lebih bijak dari penggunaan arang batu, gas dan sebagainya kerana penggunaan ini tidak habis dan sentiasa ada. Langkah kerajaan ingin melaksanakan penjanaan tenaga elektrik dari nuklear sebenarnya satu langkah yang kurang bijak. Walaupun ia antara kos operasi yang paling murah tetapi kesan jangka panjangnya kepada masyarakat perlu diambil kira.

Tenaga dari atom nuklear memang mudah diperolehi. Reaksi atom apabila diekstrakkan memang cukup memberi pulangan yang besar tetapi bagaimana jika kesilapan dan bencana berlaku? Ia akan meninggalkan kesan yang sangat mendalam dan boleh merugikan negara dalam jangka masa yang sangat lama. pakar-pakar mengakui perkara ini, kawalan ke atas atom dan radiasi mudah dilaksanakan tetapi jika ia tersebar ke luar, ia menjadi bencana yang tidak lagi boleh dikawal.

Kenapa tidak menggunakan tenaga dan sumber dari Allah yang sentiasa diberikan olehnya yang mungkin susah untuk diperolehi negara lain seperti penggunaan tenaga SOLAR dan ANGIN? Betul,kosnya lebih mahal tetapi tidakkah kita sedar, dalam jangka masa panjang, ia sebenarnya jauh lebih menjimatkan? Sumber angin dan matahari tidak perlu dibeli seperti arang batu. Ia juga tidak akan habis melainkan kiamat berlaku. Kenapa kita tidak mengambil risiko ke atas perkara yang lebih menguntungkan?

Cuba saksikan video dibawah ini, satu teknik janaan CGI dihasilkan sebuah syarikat dalam menghasilkan satu WINDTURBINE yang bertaraf raksasa dan mungkin boleh difikirkan perlaksanaannya. Menarik sebenarnya. Negara lain menggunakan kincir angin yang biasa jenis propeller dan dengan kemajuan teknologi, jenis silinder ini sudah digunakan di merata tempat cume tidak dikomersialkan secara mega atau raksasa seperti di bawah ini :




Demo CGI dijangkakan akan menjanakan 2.0GW dari Magnetic Leviatated wind Turbine. Tahukah anda, dengan penghasilan ini sebenarnya hampir menyamai tenaga yang dihasilkan oleh empangan terbesar negara dan Asia ini iaitu 2.4G. Empangan bakun mempunyai 8 turbin utama dimana setiap turbin mampu menjanakan 300MW tenaga elektrik tetapi dengan satu projek mega windturbin seperti diatas, kita menghasilkan 2.0GW!



Tidak perlu lagi upacara pecah tanah, tidak perlu ekosistem semulajadi negara seperti hutan, bukit bukau, sungai dan pribumi orang asli dan pelbagai kesan akibat daripada pembinaan ini di gadaikan dan di risikokan. Konsepnya masih sama cume tenaga yang dijanakan itu datangnya dari sumber ALIRAN AIR dan satu lagi datangnya dari ALIRAN ANGIN. Turbin akan menjanakan tenaga ini. Tidak perlu minyak,tidak perlu gas, tidak perlu arang batu.


Kos hanya melibatkan kajian secara menyeluruh, melibatkan pembinaan, melibatkan tenaga kerja dan pakar negara dan melibatkan kos penyelenggaraan. Kos melibatkan pembelian sumber mineral telah di tolak mentah-mentah dan ini sebenarnya memberikan keuntungan jangka masa panjang. Arang batu juga menggunakan turbin dimana penjanaan tenaga terjadi hasil dari stim dalam pembakaran arang batu dan ia akan memberikan kesan pencemaran yang tinggi sama seperi insenerator.

Pokoknya di sini, sumber asasnya itu dapat dijimatkan disamping menjaga alam sekitar dan mampu memberikan kehidupan lebih selesa untuk anak,cucu dan cicit kita kelak.








No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...