Tuesday, August 9, 2011

Harga Minyak Dunia Sudah Jatuh, Minyak Di Malaysia Bila Lagi?


SINGAPURA - Harga minyak mentah jatuh dengan berada di bawah paras AS$84 setong (RM253.38) di Asia semalam selepas agensi kewangan Standard & Poor menurunkan penarafan hutang Amerika Syarikat (AS) daripada tahap cemerlang AAA kepada AA+.

Penurunan penarafan hutang itu menjejaskan pertumbuhan ekonomi global termasuk permintaan untuk minyak mentah.

Perkembangan tersebut menyebabkan harga minyak global merudum. Para pelabur kini bimbang keputusan Standard & Poor menurunkan nilai kredit AS itu akan turut melemahkan keyakinan pengguna.

Harga minyak mentah terus menurun daripada AS$100 (RM301) setong pada bulan lalu dan hampir AS$115 (RM346) pada Mei lepas.

"Sentimen lemah pelabur menyebabkan harga minyak menjunam diikuti kebimbangan hutang negara yang meningkat di AS dan Eropah," kata firma Barclays Capital dalam laporannya. - AP

Amz CamPro berkata :

Sejak sebulan ini aku tengok, harga minyak dunia dah mula jatuh di bawah $100.00 setong dan yang terbaru selepas artikel ini ditulis adalah mula dibawah $80.00 setong ($78.63). Korang boleh tengok pada blog aku sebab aku letak update harga minyak dunia,tak payah tunggu surat khabar atau berita ekonomi.Memang automatik update harga minyak dunia kat situ.

So ceritanya sekarang, takkan taknak turun harga kot? Kerajaan tak perasan atau buat2 tak perasan? Atau buat2 bangang nak makan duit rakyat kita lebih sikit lagi, baru PETRONAS boleh untung berlipat kali ganda dan boleh bagi bonus kat pekerjanya 10 bulan? Kepada pak-pak menteri di atas sana, aku rasa korang dah sampai masanya untuk menyemak balik harga semasa minyak Malaysia untuk RON95 iaitu RM1.90 tu. Kalau RON97 lain tahunlah jawabnya.

Bila minyak naik tak sampai 2 minggu bukan main cepat korang menyemak dan MERASIONALKAN subsidi tapi bila dah turun korang buat derk plak? Adoyai, at least dapat turun 10sen ke atau balik pada harga asal RM1.70 dah ok dah,lagi pulak tang nak raya ni.Memang itulah yang diharapkan oleh rakyat, bukan setakat duk kibar Jalur Gemilang tapi di hati puas memikir bagaimana ingin meneruskan kehidupan yang semakin tersepit.

So kepada pak-pak menteri, buat kerja korang sekarang. Semak balik harga minyak sebelum anada disemakkan...tq






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...