Wednesday, August 24, 2011

QPR : Pemain Malaysia Masih Kempunan Untuk Bermain


Nampak gayanya masih kempunan lagilah nak melihat pemain Malaysia beraksi di Liga Perdana Inggeris. Walaupun kita mempunyai kelab QPR kepunyaan Tony Fernandes, walaupun kita mempunyai pemain yang mantap dan cukup bagus dalam saingan BPL itu, walaupun kita mampu memberi penajaan yang tinggi kepada kelab di sana, kita masih lagi KEMPUNAN untuk menyaksikan pemain kita di pentas liga yang paling glamer di dunia itu. Kenapa aku cakap begitu? Saksikan petikan akhbar UtusanMalaysia di bawah :


"Kita kena sedar bahawa untuk beraksi di EPL adalah sesuatu yang mustahil kerana undang-undang yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak England (FA) hanya membenarkan pemain dari negara yang menduduki ranking dunia 70 ke bawah sahaja untuk bermain di sana," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam. Jelasnya, walaupun tidak dapat beraksi tetapi pemain kebangsaan masih mempunyai manfaat di atas pembelian syarikat Malaysia ke atas kelab tersebut, misalnya mengadakan kem latihan di sana.

"Kita harus akur walaupun menjadi pemilik kelab tetapi kita tidak boleh melanggar undang-undang yang ditetapkan oleh FA, jadi fokus utama yang lebih realistik adalah menjalani ujian (trial) ataupun berlatih bersama QPR sahaja,'' ujarnya.

Sementara itu, pengurus peribadi Safee Sali, Zakaria Ab. Rahim berkata, terdapat dua alasan yang hampir mustahil untuk menyaksikan Safee muncul sebagai pemain bola sepak Malaysia yang bergaji di EPL iaitu syarat ketat permit kerja bagi warga bukan England dan ranking dunia skuad kebangsaan yang jauh daripada senarai 100 ke bawah.

"Saya dapati Thaksin (Shinawatra, bekas Perdana Menteri Thailand yang pernah beli Manchester City pada 2007) pun tidak mampu menempatkan tiga pemain negaranya (Suree Sukha, Kiatprawut Saiwaew dan Teerasil Dangda) dalam pasukan utama The Citizens.

''Mereka tidak pernah bermain langsung dan ia mungkin kerana kuasa mutlak pengurus pasukan (ketika itu, Sven-Goran Eriksson) yang lebih memahami percaturan permainan," jelasnya.


Dari petikan akhbar dan kata-kata orang besar FAM itu, nampak gayanyan memang belum ada peluanglah kita nak ke arah itu. Bayangkan ranking pasukan kebangsaan kita macam mana? Jauh dari ketetapan ditetapkan FA England tersebut. Setakat berlatih dan berlatih sahajalah jawabnya. Yang pentingnya adalah perlawanan yang kompetatif tapi tak tahulah ape yang boleh dibuat oleh Tan Sri Tony Fernandes kita tu.

Mana tau, disebabkan kuasa saham 66% nya, die mampu menyelitkan seorang dua pemain kita dalam liga tersebut. Kita mempunyai pertalian yang baik dengan mereka termasuk dari aspek politik dan sosio-ekonominya, mane tahu, kite sahaja yang diberi kelonggaran, sape tahu kan? huhu...kite tunggu dan lihat.Ape rezeki yang pemian kite boleh dapat kelak.






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...