Tuesday, August 2, 2011

[Gambar & Video] Ular Muncul Secara Tiba-Tiba Ketika Memandu Di Lebuhraya!


MEMPHIS - Rachel Fisher dan keluarganya sangat nernasib baik apabila seekor ular yang muncul secara tiba-tiba di hadapan keretanya tidak menyebabkan berlakunya kemalangan. Sedangkan ketika itu Rachel sedang memandu pada kelajuan 105 km/j.


Ular tersebut tiba-tiba muncul dari enjin kereta dan merayap ke cermin hadapan sehingga membuat Rachel dan ketiga anaknya terperanjat dan menjerit ketakutan. Namun, Rachel masih dapat mengendalikan sterengya dengan baik.

Sementara suamninya Tony, yang duduk disebelahnya, tetap tenang dan merakamkan kejadian tersebut menggunakan kamera telefon bimbitnya dan kemudian dimasukkan ke dalam Youtube, dan menjadi video popular setelah tiga hari.


"Saya sebenarnya tidak takut ular, namun saya terperanjat apabila tiba-tiba ada penumpang yang tidak sepatutnya berada ketika sedang memandu laju pada kelajuan 105 km per jam, ketiga-tiga anak saya pun turut menjerit, tapi kami semua tertawa akhirnya," kata Rachel Fisher seperti dipetik dari Dailymail, Selasa (2/8/2011).

Peristiwa tersebut berlaku pada minggu lalu, ketika Rachel bersama suami dan ketiga anaknya, Elizabeth (3), Judah (2), dan Rivers (4 bulan) kembali ke Memphis setelah mengunjungi orang tuanya di Cordova.

Ular tersebut akhirnya terjatuh ke atas jalan setelah sekitar tiga hingga empat minit berada di atas cermin hadapan. (Tonton Youtube disertakan!)



Rachel dan suaminya menduga, ular tersebut menjalar masuk ke dalam enjin kenderaan mereka pada malam ketika mereka parkir di kawasan berhutan dan keluar dari enjin kerana kepanasan. Video milik Tony pun sudah dilihat sekitar 26,000 kali di Youtube.





1 comment:

Munn Jaafar said...

perrrhhhh pmpn tu boleh senyum lagik...kalau sy ni dah tarbabas2 dh =D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...