PUTRAJAYA 2 Dis. – Kerajaan hari ini menurunkan lagi harga petrol dan diesel sebanyak 10 sen seliter berkuat kuasa tengah malam ini bagi membolehkan rakyat menikmati penurunan harga bahan api dunia yang turun secara ketara akhir-akhir ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu kenyataan berkata, petrol RON97 diturunkan daripada RM2 kepada RM1.90 seliter manakala petrol RON92 dan diesel masing-masing daripada RM1.90 kepada RM1.80 seliter.
‘‘Oleh kerana harga minyak dunia telah menurun secara ketara akhir-akhir ini, kerajaan telah membuat keputusan untuk sekali lagi mempercepatkan pengurangan harga runcit bagi membolehkan orang ramai menikmatinya,” kata beliau.
Ini merupakan penurunan harga minyak kali keenam sejak Ogos lalu sejajar dengan penurunan harga bahan api itu di pasaran dunia.
Penurunan harga petrol dan diesel itu dibuat ketika harga minyak mentah di pasaran dunia hari ini berlegar pada kadar AS$47.64 (RM172.93) setong.
Sumber : Utusan Malaysia
Amz CamPro berkata :
Aku memanjatkan kesyukuran walaupun dihati ini agak terkilan dan kecewa gak kerana harga minyak yang diturunkan agak lambat walaupun harga minyak dunia sudah lama jatuh ke paras $50 setong. Biarlah mereka nak kaut keuntungan yang lebih. Halal dan haramnya keuntungan itu Allah SWT sahaja yang membalasnya. Cuma kita hanya mampu berfikiran positif dan waras. Mungkin 'keuntungan' yang diambil itu untuk menjana modal-modal lain yang lebih menguntungkan rakyat,atau mungkin akan digunakan dalam proses bantuan banjir yang semakin tiba? Kita tak tahu,kita tunggu dan lihat sahaja.
Walaubagaimanapun harga minyak sekarang RM1.90/liter bagi aku cukup melegakan kerana turun gak 2sen dari yang dulu.hahaha. Whatever lah...Kita tunggu Mac 2009 apabila rebat tunai dimansuhkan,adakah harga minyak ini akan terus turun?? Kita tunggu,kita terjah...
4 comments:
aku sbnrnye kecewa bgt dgn penurunan harga ini. sudah la lambat dilaksanakan...tahukah kite bahawa jika mereka turunkan harga sbanyak 30 sen skalipon,mereka masih boleh mencatat keuntungan? knp hanya turun 10 sen? knp tidak 15 sen ke...macam yg lepas2? bayangkan berapa juta rakyat malaysia yang menggunakan kenderaan setiap hari...dan mereka ini bagaikan menderma 20sen per liter kpd kerajaan. masih ada ke org isi minyak seliter je? aku berharap duit yang 'diderma' itu digunakan sebaik mungkin,jika tidak aku melaknat mereka! aku tetap bersyukur tetapi kecewa...
kahkahkah. tengok! bila bertukar menteri kewangan terus turun minyak. kahkahkah. kecekapan menteri kewangan baru tidak dapat disangkal lagi. kahkahkah. hidup menteri kewangan yang baru. yeah!!
apa komen kamu mengenai kapten abu zahar digantung satelah mendedahkan penyelewengan org besar dalam UMNO dalam pembelian helikopter?
die jeles sebab die xleh seleweng..klu aku pun nak seleweng...biar puas ati,stakat beli jer,buat ponat jer,seleweng sket,dpt upahnya..hahaha
Post a Comment