Aku dah tengok cite ni. Entahlah,aku minat cite-cite macam ni. Walaupun tahyul dan nampak tak masuk akal pada kita tapi bagi aku,selain dari kesan khas yang memang menarik,aku suka cerita yang ada sindirin dan memberi kesedaran yang sebenar tentang apa yang boleh dan tidak mustahil berlaku. Seperti juga Teater Bilik Sulit-Teater Bukan Teater ciptaan mamat Hishamudin Rais ini yang ingin menceritakan tentang bilik sulit ISA dan bukannya alat sulit yang dimiliki semua orang. Pi lah tengok teater ini,bantulah mereka.Kesian mereka...huhuhu
Berbalik pada cerita yang aku tengok hari rabu baru-baru ini,aku boleh bagi 4/5 bintang lah. Pedulik bagi orang yang tak minat. Manusia dikejutkan dahulu oleh berita yang asteroid akan menghentam bumi dan ketika itu,kerajaan telah mengumpulkan semua pakar-pakar saintis dunia dan jurutera bagi membantu membangunkan semula bumi apabila musnah kelak dilanggar asteroid tepai sebenarnya ia bukannya asteroid. Bila dunia diambang kemusnahan,ada pulak makhluk lain yang ingin menyedarkan manusia dan menyelamatkan Bumi dari terus musnah. Konteks cerita ini,ingin menyelamatkan BUMI dan bukannya manusia. Aku tertarik dengan dialog antara Klaatu (Duta besar makhluk asing yang dihantar ke Bumi) dengan Setiausaha Pertahanan AS ketika ingin berkenalan. Tapi aku translate kan dalam Bahasa Ketuanan Melayu...heheh
" Kenapa kamu datang ke planet kami?" katanya kehairanan.
"Planet kamu?" kata Klaatu dalam keadaan yakin,dan dalam hatinya kepala hotak ko ni planet ko...!
Mereka datang dan menghantar duta besar mereka untuk BERBINCANG atau dalam kata lain.berMUZAKARAH dengan pemimpin dunia dalam perhimpunan PBB tapi lansgung tak dilayan. Maka,tugas mereka mudah,hapuskan manusia, kumpulkan sebanyak mana flora dan fauna yang ada di muka bumi untuk di baiki semula bumi ini setelah tamadun manusia lenyap keseluruhannya. Tulah,keras kepala dan sombong sangat,kan die dah buat kije die. 80tahun lebih mereka bagi pada kita untuk berubah dan bermuhasabah diri tapi kita terus khayal dengan duniawi.
Rupanya,mereka telah menghantar pengintip mereka sejak dahulu lagi untuk melihat perubahan manusia tetapi pengintip yang mampu berbahasa Cina ini mengakui,manusia sukar diubahkan,punyai ego tersendiri dan keras kepala. Tetapi manusia ada satu sifat yang tiada pada makhluk lain. Apa sifat tu? KASIH SAYANG lah yang membuat Klaatu atau duta besar makhluk asing ini berubah fikiran. Walaupun proses kemusnahan sudah berjalan, Klaatu sedaya upaya cuba menangguhkan kemusnahan ini dan dia berjaya walaupun hampir keseluruhan dunia telah musnah akibat dari sifat Kasih Sayang antara Dr Helen dan anak tirinya Jacob yang redha pada apa yang akan berlaku.
Peluang diberikan lagi tetapi dengan syarat dan syarat ini tak dinyatakan. Simboliknya muda apabila semula perlatan teknologi gagal secara tiba-tiba. Kenapa? Ya betul! mereka menghapuskan kesemua teknologi yang kita ada dan manusia kembali pada asal atau back to basic.Terus terbayang dalam benak fikiran ku bahawa apabila kiamat hampir tiba, teknologi akan dihapuskan dan dimatikan dahulu dan manusia melalui tanda-tanda kiamat itu dengan keadaan kita hidup seolah-olah zaman tanpa teknologi dahulu. Ini sudah ternyata pada kisah-kisah bila kiamat hampir tiba yang sering diperkatakan dimana-mana buku-buku Islamik.
p/s : Aku tak puas hati,j urutera yang disebut dalam cerita ini adalah jurutera awam,mana mekanikal? Natang guh...hehehe
3 comments:
Setelah Klatu datang ke Bumi dengan biji cahaya yang besar itu, maka semua yang bersifat elektronik dan berenjin telah di 'malfunction'kan. Seperti yg saudara katakan tadi.
Tetapi bangunan tidak terus roboh.Stadium american football tidak terus runtuh.Jalan raya tidak terus rosak dan tidak perlu JKR di America tu membaiki sana membaiki sini.
Ini sifat structure yang di panggil konkrit.Sebagai seorang engineer civil, konkrit adalah satu bahan yang tidak mudah rosak atau hancur.Semakin tua umur konkrit semua kuat ikatan antara satu sama lain.Ini fundemental dalam konkrit.
Maka tidak hairan jika dalam movie ini, Engineer civil yang lebih menonjol.Manusia tidak mampu mereka / mencanai bahan besi yang lain jika tiada tempat yang sesuai untuk kerja-kerja tersebut dilakukan.Mereka tak boleh buat kerja-kerja ini dibawah pokok atau di dalam gua.Ini potong stim sebab gelap.Lampu obor tak cukup terang.Ini membuatkan mata lebih rabun.Kornea rosak.Glemacar dan glemair tidak seimbang sizenya.
Maka manusia yang bermekanikal dan berelektrikal ini memerlukan tempat seperti BENGKEL / WOKSYOP / RUMAH / KILANG / GUDANG / PONDOK.
Pada asasnya : Civil Engineering adalah perkara pokok.Mechanical dan Electrical itu bersifat sebagai tumpang teduh dibawah pokok.
p/s : Peace cik Hamisa!;)
wah...pedas2 pokleh...
bagaikan berak cirit-birit...
begitu pedih dibibir2 buntutnye...
hahaha!
alamak ini bilik sulit pokleh dan en hamisa. ini bilik sulit civil dan mekanikal. kahkahkah.
Post a Comment