Thursday, December 11, 2008

Bencana Alam atau Bala dari Allah S.W.T ?

Kejadian tanah runtuh di bukit Antarabangsa mengakibatkan empat terkorban manakala lebih daripada lapan orang dikhuatiri terperangkap dalam kejadian tanah runtuh jam 4 pagi tadi yang menyebabkan 14 banglo di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama di kawasan Bukit Antarabangsa dekat ibunegara, tertimbus.

Empat mayat yang ditemui melibatkan tiga wanita dan seorang lelaki, demikian menurut jurucakap Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) yang berada di tempat kejadian.

Banglo yang tertimbus itu melibatkan lapan unit banglo di Taman Bukit Utama dan enam unit di Taman Bukit Mewah, demikian menurut jurucakap bomba dan penyelamat yang berada di tempat kejadian.

Salah sebuah banglo terlibat ialah milik Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab.

Kejadian tanah runtuh itu telah mengakibatkan jalan utama ke kawasan perumahan terbabit terputus dan beratus orang terperangkap di Bukit Antarabangsa.

Sumber : The Star oleh ABDUL RAHMAN SENIN



Amz CamPro berkata :

Bila berkumandang berita mengatakan satu kejadian tanah runtuh kira-kira jam 5pagi pada 6/12/2008 di Bukit Antarabangsa yang terkenal dengan 'antarabangsa'nya dan ketika itu juga aku sedang menikmati sarapan sebelum pulang ke kampung halaman menyambut hari raya aidiladha,terus terdetik berdesup dalam benak fikiran dan hati ku,ini bukan bencana alam yang biasa tetapi ada makna disebaliknya.

Aku seolah-olah tidak bersimpati pulak tapi tak eloklah macam tu,mereka semua 'mangsa' bencala alam,kita mesti tolong dan bersimpati seperti masyarakat lain dikala banjir besar yang berlaku dahulu. Cuma situasinya berbeza. Kenapa? Anda mungkin sedar dan tahu tapi buat-buat tak tahu sebab sedihlah kononnya.

Mereka semua adalah golongan yang taraf hidup dan sosialiti yang terlalu berbeza dengan masyarakat yang duduk di bawah bukit dan tanah rata sekangkang kera. Betul! kejadian ini menyayat hati dengan terkorbannya 4 orang dan ada yang masih hilang. Bantuan diberikan,bomba,JPA,polis,tentera dan macam-macam lagilah turun memberi bantuan kepada 'mereka' yang menjadi 'mangsa' ini.

Situasi ini sebenarnya hampir sama dengan mangsa banjir,bantuan makanan,tempat tinggal sementara dan pakaian keperluan diedarkan tapi adakah 'mereka' ini yang ANTARABANGSA akan menerima bantuan meggi dan sardin cap ayam?? tinggal di sekolah-sekolah buat sementara?? Jawapannya TIDAK! hanya segelintir sahaja yang menerimanya sebagai manusia. Ini terbukti dengan sambutan yang diterima di sekolah tumpangan sementara. Mereka mampu,mereka akan mencari kehidupan lebih selesa dikala mereka menjadi 'mangsa'.

Bantuan yang diberikan oleh badan-badan berkuasa yang kebanyakkannya terdiri daripada rakyat/manusia yang hidup bersederhana dan ada juga yang seolah-olah kais pagi makan pagi kais petang makan petang ini terus menyumbang bakti tanpa membezakan darjat. Mereka sudah biasa memberi bantuan dan kebanyakan bantuan diberikan adalah kepada mangsa yang taraf hidupnya hampir sama dengan mereka tetapi kali ini TIDAK! Mereka berdepan dengan manusia yang taraf hidup tinggi dan sosial hidup yang kita tak tahu sesat atau betul! Ah! bagi aku orang-orang kaya macam mereka semuanya melakukan maksiat melampau. Minum arak,sex bebas,dan macam-macam lagi.

Akhirnya timbul pula cerita,penduduk setempat membuat aduan polis kerana badan-badan bantuan ini memberikan mereka kehidupan tidak selesa kepada yang lain. Terlalu ramai lah,bisinglah,mereka menjalankan tugas dengan kurang ajar dan sebagainya. Adakah cerita begini kita dengari ketika mereka-mereka yang setia menjalankan bantuan ini memberi bantuan kepada masyarakat biasa?? Sendiri mau ingat....

Bagi aku,ini semua adalah petunjuk dari Allah untuk menyedarkan bukan sahaja 'mereka' yang gah duduk dibukit sana tetapi kita yang terus hanyut di tanah rata ini supaya sedar Allah pemberi rezeki dan boleh tarik nikmat kita bila-bila masa sahaja, jadi sentiasalah ingat kita ini hamba! Sudahkan kita bersedia............................... menghadapi hari dimana bumi ini bergoncang???

Wallahualam

2 comments:

Hanggokan said...

yep...ada benarnya!
yg pasti...kita bantu mana yang mampu, biarkan allah sahaja mengadili mereka. kita tak berhak...
aku hanya mampu doakan hidup mereka semua diredhai allah.

Amz CamPro said...

amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...