Saturday, February 14, 2009

Pilihan Raya Kecil 2 Bukit 7 April

Info 2 PilihanRaya Lepas

PUTRAJAYA - Pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang di Perak dan kerusi Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Bukit Selambau akan diadakan serentak pada 7 April ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga menetapkan hari penamaan calon bagi kedua-dua kerisi itu pada 29 Mac ini, demikian diumumkan oleh Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada satu sidang akhbar di sini semalam.

Ia diumumkan selepas mesyuarat khas SPR selama hampir dua jam bagi membincangkan tarikh pilihan raya kecil bagi kedua-dua kawasan tersebut.

Kerusi Bukit Gantang kosong ekoran kematian penyandangnya, Roslan Shaharum daripada Pas pada 9 Februari akibat diserang sakit jantung manakala kerusi Bukit Selambau dikosongkan oleh V. Arumugam daripada Parti Keadilan Rajyat (PKR) yang meletak jawatan.

Tarikh writ dan notis pilihan raya masing-masingnya akan dikeluarkan pada 16 Februari dan 17 Februari ini.

Sumber : Bernama

1 comment:

Hanggokan said...

2 bukit? kehkehkeh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...