Friday, February 6, 2009

Politik Taksub Boleh Merosakkan Agama Dan Bangsa


Aku bersetuju dengan PanglimaPerangCyber merangkap Yang Di-Pertua BPN. Disini aku senaraikan semula resolusi yang patut di sokong oleh semua masyarakat Malaysia.

1. Keputusan berkenaan permohonan Nizar dan Pakatan Rakyat supaya DUN dibubar sudah jelas diketahui kita semua dan Nizar nampaknya tidak dapat menerima keputusan Sultan walhal berkata dia akan mengikut apa sahaja titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak sebelumnya.

2.Ekoran tindakan 'menderhaka' kepada Sultan Perak yang dipamerkan oleh seorang Menteri Besar maka para penyokong pembangkang sudah mula mengeluarkan kata kata menghina Raja dengan begitu teruk sekali. PAS dan Pakatan Rakyat nampaknya membiarkan sahaja perbuatan tersebut tanpa mendesak penyokong mereka agar akur dengan titah DYMM Sultan Perak..

3. Komen komen yang ditulis dan dipamerkan oleh blog pembangkang itu jelas menunjukkan bagaimana mereka tidak segan silu melibatkan Sultan dalam konflik politik rakyat dan menuduh Sultan dengan berbagai tuduhan yang jelas tidak dapat diterima oleh rakyat yang menghormati Sultan sebagai tonggak kedaulatan Bangsa Melayu dan juga Agama Islam.

4. Sebab itulah pembangkang yang memainkan isu ini nampaknya sedang cuba bermain dengan 'api' dan kita sebagai Blogger Pembela Negara tidak akan membiarkan maruah Sultan sebagai payung agama bangsa dan negara kita dicemar dan dirosakkan begitu sahaja.

5. BPN mendesak agar polis mengambil tindakan sewajarnya terhadap pemberi komen khasnya terhadap bekas Menteri Besar Nizar Jamaluddin yang sudah mengingkari janjinya sendiri untuk menerima keputusan Sultan bahkan menderhaka pula kepada baginda.

6. Anugerah yang dikurniakan Tuanku Sultan Perak kepada Nizar dan pemimpin Pakatan Rakyat perlu ditarik kembali sebagai tanda kemurkaan baginda kepada mereka yang tidak bertanggungjawab sehingga begitu berani menyembah derhaka kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan.

7. Jika ini dibiarkan maka tentu rakyat akan semakin biadap kerana terikut ikut dengan gelagat mereka dan tidak mustahil akan keluarlah selepas ini hasutan dan juga dorongan jahat agar rakyat mula membenci Sultan dan dengan itu agenda menghilangkan kekuasaan Raja selaku tonggak penjaga ketuanan bangsa Melayu dan Agama Islam dan menjadikan negara Malaysia menjadi sebuah Republik seperti di Indonesia, akan tercapai dengan mudah.


BPN pasti akan menolak sekeras kerasnya usaha ini dan kami berikrar akan melawan sesiapa sahaja yang sanggup menjatuhkan maruah Sultan yang mereka hanya puji ketika mereka gembira dengan titah baginda dan mengkeji ketika mereka tidak bersetuju dengan titah tersebut. Klik pada sumber dibawah untuk melihat komen yang agak mengejutkan kita semua apabila politik taksub mula menular.


8 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum..aku nak tinggal komen yang tak seberapa penting untuk sahabat islam ku..

Apakah yang ditaksubkan dan siapa yang kita taksubkan?

Apakah kita manusia hanya perlu tidak menderhaka pada ALLAH SWT pencipta seluruh alam..

Pelupa nya kita pada pencipta hingga taraf yang ESA di sama tarafkan dengan manusia..

Renung2 kan.. Istighfar Wassalam

MARI BERSATU said...

INI semua kebendaan dunia saja ni, YB NIZAR KE, SULTAN KE, ZAMBRI KE, NAJIB KE, ENGKAU KE...saya ke, semua manusia AKAN MATIIIII.

Esok lusa entah mati, jadi BERTAUBAT LA, jangan dok tipu orang sana sini, semua sama saja, sebut bab politik ni namanya PENIPU, semua politik penipu sebab ADA TAKTIK, dalam taktik ada penipuan, LOMPAT PARTI itu TIPU RAKYAT NAMANYA...TIPU JUGA..kalau dah tahu MENIPU jawabnya JAWABLAH DALAM KUBUR DAN AKHIRAT KELAK...Semua orang yang MAKAN, MINUM, BERNYAWA, DAN BERAK..semua orang berak kan....JADI INGATLAH SIAPA MENIPU AKAN KENA BAKAR DI AKHIRAT.....ha ha h a

UMNO PARTI PENJARA said...

Utamakan Agama dan bangsalah...
Tak pasal2 bergaduh benda mcm ni :-)
























p/s: Hormatlah Sikit Keputusan Sultan
p/s:Amaran Kepada Pemimpin Melayu

Anonymous said...

aku mau gelak dengan mat taib - bawak lari anak raja selangor sekarang mau daulat tuanku. hahaha.

mahathir kata demo jalanan bukan budaya kita. ini betul. bukan budaya kita tapi budaya negara demokrasi. malaysia mana ada demokrasi. woit. tuduh liwat takde bukti pun bukan budaya kita lah. haha.

mat nizar dikatakan derhaka. siapa yg hilangkan imuniti raja? dahulu raja2 kebal tidak boleh disaman. siapa yang membolehkan raja2 disaman? pergi baca buku.

mat ali rustam - dulu hang tuah derhaka sebab bercinta dengan dayang istana. namanya melor anak adiputra guru silat dr gunung ledang. xmau bawak mahkamah ke?

hang jebat pun derhaka mau bunuh raja sebab hukum hang tuah. tak mau gali bawak mahkamah ke?

tun perak arkitek agung empayar melaka pun derhaka. suruk hang tuah belakang jamban. sultan suruh bunuh bukan suruk. tak ikut ckp pun kira derhakalah. xmau ke bawak mahkamah?

Hanggokan said...

kita ada adab dan ada pemikiran...
semua ini permainan politik!
sbb tu aku benci politik.
aku tak taksub dgn politik
semua ini sungguh busuk!

Anonymous said...

Saya bengang dengan Sultan. Jual barang berhabuk. Tapi kadang2 ada baiknya Sultan. Kedai tutup lewat. Bila sangap rokok boleh pegi kedai Sultan.

Sultan = Mamak

Amz CamPro said...

aku pun ade kenal sultan yg jage masjid kat umah aku..hehe

Anonymous said...

taksub sama sultan yg tiada sumbangan langsung sama rakyat lagi bodo anjing..buat apa nak taat setia kepada sultan yang tidak memberi apa-apa makana untuk hidup kau..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...