Wednesday, April 22, 2009

Pusat/Institut Pengajian Tinggi (IPT) Yang Mula Digemari Orang Melayu Sekarang

Pelopor 'IPT'-Antara 'IPT ' tertua di negara ini

Masuk 'IPT' ini,dapat RM1juta.Pastu enjoy...

“PUSAT PENGAJIAN TINGGI” yang aku maksudkan disini adalah pusat-pusat melahirkan lagi lebih ramai tanda-tanda kiamat kelak. Semakin hari semakin banyak rancangan-rancangan seperti ini yang lebih dimonopoli oleh orang kita sendiri. Akademi Fantasia, Mentor, One In A Million, Gangstarz, My Starz LG, Bintang RTM, Malaysian Idol dan macam-macam lagi. Rancangan realiti dan tidak realiti ini hanya ingin lebih meramaikan lagi industri hiburan. ‘Pusat Pengajian Tinggi’ ini lebih untuk melahirkan ‘graduan’ yang berjaya dan handal dalam nyanyian. Vokal,tempo,pitching,vibrator,tone dan macam-macam lagi ‘teori-teori’ khayalan oleh ‘Profesor-profesor’ dan ‘Doktor-doktor falsafah’ yang pakar dalam hal melahirkan tanda-tanda kiamat ini. Nak tergelak pun ada bila pakar-pakar ini memarahi pelajarnya melebihi memarahi jika meninggalkan solat. Mungkin?

Pelajar yang dapat 1st Class Degree. 'Dekan'nya tersenyum bangga

Ia terlalu banyak sekarang. Itu baru sahaja ‘Pusat-pusat Pengajian Tinggi’ dalam bidang seni suara,bagaimana pulak dari segi lakonan? Zaman sekarang kita sering disogokkan dengan hiburan yang kadang-kadang rasanya sudah melampaui batasan peradaban agama dan budaya kita sendiri. Aku rasa kecewa juga dengan trend semasa sekarang seolah-olah, menggalakkan masyarakat muda kita supaya mengejar kemewahan dan kekayaan dengan cara mudah dari sumber hiburan yang boleh diragui halal haramnya. Silap-silap, mak bapak turut sama merestui anak-anaknya supaya menceburi bidang ini supaya cepat kaya raya dan glamer didunia dan tidak di akhirat.

'IPT' International,orang luar boleh masuk,kasi mereka kaya...

Kita disogokkan dengan hiburan sejak dari kecil lagi. Tak percaya? Rancangan seperti Tom Tombak misalnya dan Macam-macam Aznil dulunya, sebuah rancangan yang lebih menggalakkan anak-anak yang masih kecil dan belum cukup umur ini supaya menyanyi, berlakon dan kadang-kadang seperti biadap dengan orang yang lebih tua. Bila dari kecil sudah mula diajar dunia seperti ini,aku percaya mereka akan terus hanyut dengan dunia ini juga satu hari nanti jika tidak dibimbing dengan betul. Sedih bila melihat anak-anak kecil sudah pandai bergaya menyanyi depan TV. Mak bapak menangis-nangis gembira anaknya ‘berjaya’. Aku tidak jumut tapi risau ia semakin melampaui batas. Sebagai contoh, jemaah alim ulama negara telah mengharamkan Konsert SureHeboh tapi ia terus dijalankan. Mungkin kerana namanya sudah menjadi JomHeboh? Aku menonton semua rancangan seperti ini secara kasar, bagaimana nak mengulas atau memberi pandangan jika kita tidak melihat sendiri? Betul tak?

'IPT' ini menjadikan mentornya yang sudah bertanduk 2 sebgai Sifu Besar

Graduan menganggur semakin ramai, yang dah ada kerja diberhentikan dek kerana ekonomi, yang ada anak bersepah di rumah pun akhirnya mencari jalan dan alternatif mudah menuju kelembah hiburan yang telah jelas dan sahih lebih kearah kemaksiatan. Bila sudah glamer, semua lupa, air kencing setan pun seperti Teh O ais, berzina seperti bercucuk tanam di kawasan tanah-tanah yang luas terbentang, rambut dah hilang warna asalnya sehinggakan kucing dan anjing termenung sendirian melihatnya. Sumber kewangan hidup bila diperolehi dengan cara yang tidak halal, lambat laun kesannya menjelma jua, tidak didunia ia pasti di akhirat bila kiamat kelak. Renungkan antara secebis kisah di “Pusat Pengajian Tinggi’ dibawah ini yang sempat aku lihat:

'IPT' yang mendapat taraf Apex-semua boleh buat

Terjadi di rancangan Diari Akademi Fantasia 7 baru-baru ini dimana antara peserta ini namanya Qhaud. Mamat ini lebih dikatakan islamik dari peserta yang lain kononnya tapi….hampeh…tergamaknya dia merelakan / menyuruh seorang wanita yang bukan muhrimnya untuk tolong memotong kukunya? Lu bikin wa panasssss jee….Jangan gunakan agama disebalik sikap yang tidak betul tu. Aku lebih rela orang tu biasa-biasa sahaja tanpa menunjuk-nunjuk kealimannya. Peluk-peluk antara ‘pelajar’ dan ‘pakar-pakarnya’ (cikgu) sudah menjadi bebas antara lelaki dan perempuan. Gejala sosial melayu semakin jelas dan terus ditelanjangkan.

p/s : Memikirkan membesarkan anak-anak dizaman ini cukup memberi perasaan takut dan keinsafan di hati aku. Bagaimanakah kita akan lalui dalam membesarkan anak-anak dengan dunia yang penuh pancaroba ini? Hanya doa, didikan agama dan rohani yang sempurna serta berserah kepada-Nya sahaja menjadi perisai kita.

Thursday, April 16, 2009

Isu Pembelian Eurocopter Menggantikan Nuri : Beza Antara Eurocopter Malaysia Dengan Brazil


Ramai yang pertikaikan kenapa Malaysia beli EUROCOPTER dengan harga RM 193 juta, manakala Brazil pulak beli dengan harga RM 82 juta...

Aku pun heran gak. Apasal mahal sangat kita beli ni? Tapi bila tengok perbezaan spesifikasi Eurocopter Malaysia dan Brazil baru le aku tahu. Berikut adalah butirannnya:

Specifications (Cougar EC 725) MALAYSIA


General characteristics

* Crew: 2 (pilot + co-pilot)
* Capacity: 1 chief of stick + 28 troop seats
* Length: 19.50 m (63.98 ft)
* Rotor diameter: 16.20 m (53.14 ft)
* Height: 4.60 m (15.09 ft)
* Empty weight: 5,330 kg (11,750 lb)
* Loaded weight: 11,000 kg (24,250 lb)
* Useful load: 5,670 kg (12,500 lb)
* Max takeoff weight: 11,200 kg (24,700 lb)
* Powerplant: 2× Turbomeca Makila 1A4 turboshafts, 1,800 kW (2,413 shp) each


Performance

* Never exceed speed: 324 km/h, 201 mph (175 kts)
* Maximum speed: 324 km/h, 201 mph (175 kts)
* Cruise speed: 285 km/h, 177 mph (154 kts)
* Range: 857 km, 532 mi (463 nm)
* Service ceiling 6,095 m (20,000 ft)
* Rate of climb: 3.6 m/s (710 ft/min)


Specifications (Cougar EC 725) BRAZIL

General characteristics

* Crew: 1
* Capacity: 24 troop seats
* Length: 19.50 m (63.98 ft)
* Rotor diameter: 16.20 m (53.14 ft)
* Height: 4.60 m (15.09 ft)
* Empty weight: 5,330 kg (11,750 lb)
* Loaded weight: 10,000 kg (22,000 lb)
* Useful load: 5,670 kg (12,500 lb)
* Max takeoff weight: 10,500 kg (23, 100 lb)
* Powerplant: 2× Turbomeca Makila 1A4 turboshafts, 1,800 kW (2,413 shp) each

Performance

* Never exceed speed: 278 km/h (150 knots, 173 mph)
* Maximum speed: 249 km/h (134 knots, 154 mph)
* Cruise speed: 239 km/h (129 knots, 148 mph)
* Range: 573 km (310 nm, 357 mi)
* Service ceiling 3,450 m (11,319 ft)
* Rate of climb: 7.2 m/s (1,417 ft/min)


Untuk memendekkan cerita yang panjang, kisah Eurocopter Malaysia dan Brazil boleh kita gambarkan macam ni. Kita ada beli kereta. Dua Hari lepas tu jiran sebelah rumah kita tu pun beli kereta. Kereta dia pulak tu yang sama model dengan kereta baru kita ni. Dengan muka bangganya jiran kita tu kata, “Hahaha….aku beli kereta ni lagi murah daripada ko tau”.

Kita dengan terbakarnya pun jawab le, “Eleh, memang le kereta ko tu murah. Ko beli yang tak ada sport rim, tak ada tinted,tak ada spoiler, kusyen ko bukan kulit! Lainlah mcm kereta aku ni, semua tu ada tau. CD player aku siap boleh main MP3 lagi.Bleh main DVD,ada LCD...Bukan mcm kereta ko yang CD player boleh main CD biasa jek…Hahaha”.

Rujukan : Amie and Amz

Tuesday, April 14, 2009

Surat Terbuka AmzCamPro Kepada YAB Perdana Menteri Dato' Sri Najib

AmzCampro
Kuantan,
Pahang Darul Makmur
http://amzcampro.blogspot.com

Kepada,

Y.A.B Dato’ Sri Najib Bin Tun Hj Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia
Pejabat Perdana Menteri
Bangunan Perdana Putra
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya

14 APRIL 2009

Dato’ Sri,

Per: PANDANGAN DAN HARAPAN KEPADA DATO’ SRI BAGI PEMBANGUNAN PENDIDIKAN PAHANG

Di sini saya sebagai seorang rakyat biasa yang mewakili penduduk negeri Pahang khususnya dan rakyat Malaysia amnya ingin meminta jasa baik Dato’ Sri supaya dapat menimbangkan cadangan dan pandangan saya ini demi kebaikan rakyat negeri Pahang.

2. Terlebih dahulu,sekali lagu ucapan tahniah dari saya diatas perlantikan Dato’ Sri sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 yang merupakan anak jati Pekan,Pahang semoga Dato’ Sri dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan sekalian rakyat dan ini mendorong saya memberi surat terbuka ini kepada Dato’ Sri. Saya sebagai rakyat Pahang yang telah bermastautin selama 11 tahun disini ingin memberikan sedikit pandangan dan cadangan setelah sekian lama menetap di sini yang sebelum ini berasal dari negeri Johor, negeri kelahiran Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin.

3. Pembangunan prasarana di Pahang terutama sekali di Kuantan amat perlahan dan perlu diberikan perhatian terutama dalam bidang pembangunan sumber pendidikan rakyat Pahang sebelum ia tertinggal lebih jauh. Memandangkan saya sebahagian daripada pendidik yang berkhidmat untuk anak jati bangsa, ia menjadi sesuatu yang saya nampak perlu diberi perhatian. Sudilah apa kiranya Dato’ Sri menimbangkan pembangunan perpustakaan negeri yang agak daif dan menambahkan lagi perpustakaan mini di negeri ini. Ia amat mendukacitakan saya kerana kemudahan seperti ini sepatutnya tidak dilupakan. Sejak saya mula menjejakkan kaki ke negeri ini 11 tahun dahulu sehingga sekarang, perpustakaan negeri ini amat memalukan kita sebagai rakyat negeri Pahang. Kemanakah peruntukan kerajaan untuk pembangunan pendidikan negeri ini?

4. Pembangunan prasarana dan infrastruktur institusi-institusi pengajian tinggi di negeri Pahang juga amat mendukacitakan. Satu-satunya universiti awam yang berada di negeri Pahang iaitu Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah mendapat kritikan hebat dengan menduduki carta terendah IPTA di seluruh negara. Ini tidak termasuk Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) cawangan Pahang atau kolej-kolej bersekutu MARA seperti Kolej Poly-Tech Mara, Kolej Profesional Mara, UiTM cawangan Pahang dan sebagainya. Di cadangkan supaya institusi pengajian tinggi sedia ada yang lebih bercirikan negeri Pahang iaitu Universiti Malaysia Pahang (UMP), IKIP International College (IIC), Kolej PSDC (Pahang Skill Development Centre),Kolej Shahputra dan Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) terus dibangunkan dan dinaiktarafkan lagi demi kemajuan negeri Pahang teutama dalam sektor pendidikan.

5. Sebelum mengakhiri surat ini,sudilah juga apa kiranya Dato’ Sri memberi penjelasan yang lebih cepat dan jitu mengenai pemansuhan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) kerana ia akan menjadi isu yang agak besar jika ia terus didiam dirikan dan rakyat terus dihimpit dengan tanggapan buruk oleh pihak yang ingin menggunakan peluang ini sebagai memburukkan lagi kepimpinan kerajaan yang baru setahun jangung ini kerana kementerian itu berkait rapat dengan golongan bumiputera sendiri. Saya juga berharap, harga pasaran minyak dapat dikaji semula memandangkan rebat tunai sudah dimansuhkan atau sekurang-kurangnya ia dijelaskan kepada rakyat. Tidak lupa juga isu PTPTN tentang caj perkhidmatan 3% menjadi 1% yang masih mengelirukan sesetengah peminjam yang telah dahulu membuat peminjaman supaya diseragamkan.

Akhir kata,pandangan dan harapan saya ini mungkin menjadi harapan dan pandangan rakyat yang lain juga. Saya sudahi surat saya ini dengan jutaan terima kasih dan harapan menggunung rakyat negeri Pahang khususnya dan seluruh negara amnya.

Sekian,

Yang benar,

(AMZCAMPRO)
http://amzcampro.blogspot.com

Monday, April 13, 2009

Perbandingan Terakhir Sebelum Pelancaran 15 April


Terima kasih kepada isuhangat.blogspot untuk gambar perbandingan antara dari kiri Avanza, Lavina dan Exora yang dilihat dari pandangan sisi. Kapasiti enjin sahaja yang berbeza iaitu dari kiri 1.5 untuk Avanza,1.5 Lavina dan 1.6 CPS untuk exora. Kita tengok sendiri dan uji pandu sendiri selepas pelancaran.

Friday, April 10, 2009

Azilah dan Sirul Sudah Dihukum Mati,Inikah Wajah Mereka?

Inikah wajah mereka? Setelah sekian lama dibicarakan sehingga hukuman dah dijatuhkan,batang hidung mereka memang tak penah dilihat. Inilah yang menjadi kemusykilan dan menimbulkan curiga kepada rakyat. Hanya Allah yang tahu dan membalasnya siapa yang benar dan siapa yang salah.



Wednesday, April 8, 2009

Tahniah Kepada Pemenang PRK, Janji Manis Pak Anwar dan Penyokong Bola Sepak Kelantan

Kisah Pertama

Pemenang Batang Ai,bunyinya agak melucahkan...kah kah kah dan Bukit Segantang

Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang PRK di 2 bukit dan 1 batang semalam. Tahniah kepada calon BN yang menang dengan majoriti 1854 undi kepada calon PKR di DUN Batang Ai,tahniah kepada calon PAS yang menang dengan majoriti 2789 undi kepada calon BN di Parlimen Bukit Gantang dan tahniah kepada calon PKR yang yang menang dengan majoriti 2403 undi dengan calon BN di DUN Bukit Selambau. Tahniah sekali lagi. Apa kesimpulan yang dapat aku buat di sini adalah :
  • Penyokong pembangkang masih terus mempertahankan kubunya.
  • Kekeliruan rakyat masih nyata.
  • Jentera kerajaan masih menggunakan taktik dan strategi lama
  • Bukit Gantang : Nizar meraih undi simpati atau pun rakyat Perak memberi petanda DUN Perak wajar dibubarkan semula
  • Bukit Selambau : Masyarakat India memilih calon India yang lebih rendah profilenya dari calon BN yang merupakan seorang Datuk.
  • Batang Ai : Kubu kuat BN yang hampir jatuh ketangan pembangkang dan rakyat masih memberi peluang kepada kerajaan untuk mengotakan janjinya.
  • Dan antara sebab yang dikatakan kuat juga,janji Pak Anwar yang akan mendedahkan rahsia JIKA PR menang di ketiga-tiga PRK (kalau dedah sebelum PRK,tak best katanya)

Kisah Kedua

"Apakah lagi peraduan yang ingin aku buat?"bisiknya didalam hati

Masih ingat kah kita dengan janji Anwar kepada rakyat dan penduduk di PRK baru-baru ini. Dengan muka yang dan penuh tawaduknya dia telah berjanji kakan mendedahkan rahsia dan sentah apa-apa lagi kepada seluruh rakyat jika PR menang di ketiga-tiga PRK? Aduh,janji Pak Anwar seperti ini selalu didengari sampai ke tahap aku sendiri hampir menyayanginya.kah kah kah...Kesimpulan dari kisah kedua ini adalah :
  • Anwar sungguh bijak bermain kata-kata.
  • Adakah dia tidak yakin dengan PR sudah tentu dapat mengekalkan kerusi yang dipegang PR dahulu?
  • Atau pun dia dah tahu,Batang Ai susah nak rampas so timbullah janji barunya yang sure tak akan dedahkan sebab di Batang Ai,BN akan kekal dan syarat pendedahan rahsia itu mesti kena menang ketiga-tiga PRK?
  • So sekarang ini,Pak Anwar ada alasan kukuh tak akan mendedahkan rahsia yang ingin dibongkarkan kerana PR kalah di Batang Ai. Alahai,bak kata Dr.Badrul Amin (PAS) " ooooo mudoh sangattttttt.......!"
  • Rakyat terus dihimpit dengan peraduan Pak Anwar,gores di ketiga-tiga PRK,boleh menang kereta BMW 5 series.kah kah kah...apa punya turrr( bak kata Faridisme-dalam kenangan)

Kisah Ketiga

Katanya,kenderaan Polis diterbalikkan dan dibakar

Peminat bola sepak di Malaysia dikejutkan dengan rusuhan penyokong ala-ala penyokong bola di Argentina dan Colombia semalam di Stadium Sultan Mohamad ke -IV Kota Bharu semalam. Dari berita yang diketahui, dapat disimpulkan bahawa rusuhan berpunca daripada :
  • Kekalahan pasukan Kelantan 0-1 ditangan N.Sembilan pada saingan merebut Piala FA
  • Rusuhan terjadi juga berpunca dari Halim Napi (terkenal dengan gangsternya dan penah masuk berita pasal kedaifannya menjadi gembala lembu) bergaduh selepas perlawanan dengan pemain N.Sembilan iaitu Aidil Zafuan (laki Rita Rudaini) dan seterusnyaberkait dengan pemain lain.
  • Mungkin kerana Halim Napi jeles kat Aidil kot atau pun Halim Napi nak ajar budak tu supaya hormat orang tua? kah kah kah
  • Mungkin kerana tidak boleh menerima hakikat kekalahan pasukannya ditempat sendiri? (kalau kalah pilihanraya,ada KLCC dibakarnya)
  • Mungkin kerana pengadil yang berat sebelah mengadili perlawanan.
  • Emosi orang Kelantan memang gila babi,bukan sahaja bergaduh tak kira pemain dan penyokong,tapi ketahap membakar dan merosakkan kenderaan awam yang lain termasuk Presiden Bola Sepak Kelantan sendiri.
Itulah kisah semalam atau orang kata semalam dalam sejarah...

Tuesday, April 7, 2009

Tergamaknya Ungkapan Ini Terkeluar dari Seorang Muslim?

Dato' Mustafa Ali -bak lalang ditiup angin

Perihal ayat Quran, tarian dan kongsi gelap!
Intan Abdullah & Nyza Ayob
Tue | Apr 07, 09 | 5:58:10 am MYT

Bukit Gantang, 7 April (Hrkh) - Penggunaan ayat al-Quran oleh Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming Rakyat memberi kesan positif kepada Islam apabila bukan Islam turut berminat dan yakin dengan al-Quran.

Demikian ditegaskan Pengarah Pilihan raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali sewaktu sidang akhbar di Markas PAS Air Kuning, dekat sini. Turut hadir ialah Pengarah Pilihan raya PAS Bukit Gantang, Asmuni Awi.

Beliau menegaskan, BN yang sudah lama bergabung dengan MCA dan MIC usahkan hendak membaca al-Quran tetapi susah hendak memberi salam.

Baca seterusnya DISINI

Amz CamPro berkata :

Tergamaknya dia berkata begitu,entahlah bagi aku,aku takleh anggap macam mana dia anggap. Kalau dah bukan muslim,bukan muslimlah juga selagi tak mengucap dua kalimah syahadah. Islam melayu memang terus hanyut,tak tahu hanyut ke mana. Semoga kita dijauhkan dari azabnya.

Monday, April 6, 2009

Petunjuk Sudah Ada-Buat Pilihan Bijak Esok 7 April


Laporan polis telah dibuat berkenaan kata-kata Nga dalam ceramahnya

Pilihanraya 7 April akan menjelma juga esok. Kehangatannya semakin terasa, walhal tak rasa sangat pun sebab tak duduk kat 3 tempat yang akan berperang esok. Isu balah-membalah semakin sengit dan seakan-akan semakin terdesak oleh kedua-dua pihak. Di pihak kerajaan isu yang digunakan seakan sama, kuasa media dan sejarah lampau terus di utarakan. Kenapa? sebab dia memang duduk utara...hahaha...biasalah, juara bertahan mesti ingin mempertahankan apa yang sudah dimiliki. Tak kurang juga bagi pihak lawan,ingin juga menegakkan benang yang basah sampai kadang-kadang naik muak dibuatnya.

Nga Kor Ming-pandai berkata-kata

Disiaran pengampu kerajaan TV3, aku terkejut juga dengan apa yang telah disampaikan oleh Nga dalam ceramahnya. Cerita pihak DAP menggunakan ayat Al-Quran sebagai hujah berceramah sudah lama kedengaran seperti Guan Eng yang inginkan pemerintahan ala-ala khalifah Ummmar Al-Khatab. Biasalah tu,mesti kita ada agenda memujuk rayu tapi kenapa takde calon Islam Melayu yang cakap bahasa agama dia ek? Amik hujah dari Bible ke,belajar ngan Pak Sami ke untuk memikat hati orang Melayu plak? hohoho...Tak sampai ke tahap itu,sebab Melayu ini mudah LUPA dan mudah di ROSAKKAN. Jangan salah kan Nga kalau dia gunakan ayat suci Al-Quran kerana kebodohan Melayu Islam tak dapat menilai. Dibawah sedikit petikan dai Utusan Malaysia.

"Kami juga minta beliau berhenti berkempen menggunakan ayat al-Quran kerana bacaannya bukan sahaja tidak betul malah beliau menyebut ayat yang dibacanya dari 'Surah Aura' yang tidak wujud dalam al-Quran, tetapi yang ada surah al-A'raf," katanya kepada pemberita di pekarangan IPD Taiping di sini hari ini.

Petikan dari Utusan Malaysia diatas agak mengelirukan orang yang sedia keliru,mana nak percaya? Cakap Nga ke,cakap tokoh agama kita sendiri? Kalu diamati cerita dan ulasan di pihak PR pula,tindakan ini dianggap tiada salahnya.Kenapa? sendiri mau ingat,banyak alasan kelak akan dikeluarkan kerana kepentingan politik.


Dato' Seri Harussani-Mufti Perak

Ulasan dari Dato' Seri Harrussani mudah sahaja, ia menggambarkan seolah-olah orang Melayu Islam kita bodoh dalam memperkatakan hal agama mereka sendiri dan menggunakan elemen agama dalam politik dikiri sudah melampau lebih-lebih lagi digunakan oleh orang bukan Islam.
Apa lagi alasan yang boleh diberikan? Sampai ketahap,mengatakan Cina DAP jauh lebih baik dari Cina BN,kenapa? Bukankah mereka sama sahaja? kalau dah terang-terang menentang kewujudan Hudud Pas,takkan nak sokong plak? Nizar sendiri mengaku,tiada agenda Hudud dalam PAS sehinggakan kita terfikir sejenak,dia sedar ke apa dia cakap? kerana DAP kah dia cakap macam tu?

Datuk Seri Nizar-mangsa keadaan (klik disini)

Aku hanya mampu bercakap,Nizar menjadi mangsa keadaan politik rakus kedua-dua pihak. Dia sudah keliru manakah yang patut diikuti. Di luah mata emak,ditelan mati bapak. Pengundi harus bijak menilai sebelum apa-apa tergadai. Bagi firasat aku, dengan situasi politik rakyat kekeliruan dan penuh emosi,Parlimen Bukit Gantang (p059) dan DUN Bukit Selambau (N25) akan dimenangi pihak pembangkang dan DUN Batang Ai (N29) dimenangi pihak kerajaan.Kita hanya tunggu dan lihat.Pergilah mengundi kepada yang patut mengundi.

Friday, April 3, 2009

Terima Kasih Pak Lah Daripada Dr Mohd Asri

Saya sebagai rakyat Malaysia ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada DS Abdullah Ahmad Badawi yang telah berjasa dalam tempoh beliau menjadi PM Malaysia. Saya mempunyai hubungan baik dengan beliau. Demikian saya juga mempunyai hubungan yang amat baik dengan Tun Mahathir. TN Datuk Nik Aziz dan DS Anwar juga agak dekat. Di sini sebagai seorang muslim yang diperintahkan Allah dan RasulNya agar adil dalam setiap perkara, saya ingin merumuskan beberapa hakikat berikut;

1. Pak Lah semasa menjadi PM banyak dinilai daripada kacamata musuh politiknya yang senantiasa melihat keburukan dan permusuhan. Itulah juga yang pernah berlaku pada Tun Mahathir. Mungkin apabila Pak Lah turun kita akan mendengar yang menghinanya habis-habisan akan menyebut kebaikannya. Jika kita masih ingat dahulu ketika awal beliau memerintah, beliau dituduh sebagai boneka Tun M. Apabila beliau bercanggah dengan Tun M beliau dikutuk kerana dikatakan tidak mahu mendengar nasihat orang yang lebih berpengalaman. Itulah politik Malaysia yang menjadikan permusuhan tonggak kepada kritikan.

2. Pak Lah bukanlah seorang pemerintah yang cukup teguh di sudut nilai al-quwwah yang diperlukan oleh seorang pemimpin di negara seperti Malaysia. Ketangkasan yang pernah ditunjukkan oleh Tun M dahulu menjadikan Pak Lah kelihatan jauh ditinggalkan. Namun, kita hendaklah akur Pak Lah adalah seorang pemerintah yang lunak kepada rakyatnya. Ada nilaian agama dalam jiwanya. Memberi banyak ruang dan nafas kebebasan kepada rakyat, berbudi bahasa dan tidak sukakan permusuhan. Hakikat ini janganlah dilupai. Pak Lah sebenarnya BAPA PERUBAHAN MALAYSIA kerana banyak perubahan berlaku pada zamannya, samada disengajakan atau tidak.

3. Pak Lah gagal untuk mengubat penyakit partinya yang parah terutama soal politik wang dan rasuah. Beliau bukan tidak mencuba, tetapi tidak cukup berwibawa dan masalah itu begitu tegar. Kita harapkan usaha-usahanya akan ditingkatkan oleh orang selepasnya jika ada kejujuran.

4. Allah Maha Mengetahui kebaikan dan keburukan seseorang. Di akhirat ditimbang amalan baik dan jahat setiap insan. Sesiapa yang kebaikannya mengatasi-kejahatannya maka dia selamat. Begitulah sebaliknya. Belum tentu yang memaki hamun itu, lebih baik daripada yang dimaki. Kita tahu tiada pemimpin yang maksum, namun kita sebagai rakyat mengharapkan agar seseorang pemimpin itu hendaklah unsur kebaikan mendominasi kehidupannya, bukan kejahatan yang menguasainya. Allah lebih mengetahui tentang hamba-hambaNYa.

Akhirnya, terima kasih Paklah, maaf jika ada bicara dan kritikan yang melampau selama ini..

Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Lampeter, UK

Sumber : Dr. Maza Minda Tajdid

Thursday, April 2, 2009

Kisah Pak Anwar : Yang Dikatakan Pakar Ekonomi Sedunia?

Aku tak ketinggalan melihat,menjenguk dan mengambil tahu serba sedikit aktiviti Pak Anwar (Indon suka) ni sebab dia ni memang gah dijemput oleh seluruh pelusuk dunia yang kita kadang-kadang tak tahu apa-apa objektifnya atau kita takut ada udang disebalik mee. Apa yang aku lihat,Pak Anwar memang disukai oleh masyarakat luar dek kerana kepandaiannya menyelesaikan ekonomi dunia pada tahun 1997-1999. Ye ke pandai?

Aku tak yakin dengan kemampuan dia ni dalam bidang ekonomi dan cara dia menulis seperti seolah-olah dia yang terbaik dan angkuh sekali. Kenapa dia tak buktikan kemampuan dia kalau dah bagus sangat ketika krisis ekonomi tahun 1997 dulu? Bertindak tidak menggunakan otak dan munasabah di akal. Tiba-tiba jer sekarang menjadi 'pakar' ekonomi dunia kononnya.

Cuba baca tulisan daripada antara aktiviti ekonomi beliau diluar yang aku petik dari anwaribrahimblog.com :


Kisah 1 (Menghadiri Sidang Tahunan Perbankan Islam di Bahrain-29 Mac 2009)

Sebaik selesai program di Kuala Sepetang saya meluru ka KLIA dan berlepas ka Manama, Bahrain.

Saya terpaksa menghadiri Sidang Tahunan Albaraka Banking Group (Majmuat Al-Barakah Al-Masrafiah) dan mesyuarat lembaga berikutnya sepanjang hari. ABG menjalankan urusan perbankan dan kewangan Islam di 12 buah negara dengan 300 cabang di seluruh dunia.

Namun melalui BlackBerry, saya mengikuti perkembangan dalam negara, persiapan pilihanraya kecil dan ucapan sulung Datuk Seri Najib selaku Presiden UMNO yang baru. Nyata sekali beliau tidak sabar lagi menunjukkan belang dan keangkuhan.

Kebiasaannya ucapan awal pemimpin yang baru dilantik lebih tawaddu’, mengemukakan gagasan perpaduan atau garis besar dasar perjuangan. Sebaliknya beliau tidak sabar untuk menyerang saya.

Saya turut menerima emel seorang teman mengatakan “begitu sukar sekali rakan-rakan perwakilan UMNO melupakan anda.”

ANWAR IBRAHIM


Kisah 2 (Mesyuarat Ekonomi di Abu Dhabi-30 Mac 2009)

Saya singgah beberapa jam di Abu Dhabi, wilayah Arab yang belum terkesan dari kegawatan ekonomi rantau dan global. Ada beberapa pertemuan penting yang diselenggarakan tetapi tidak dapat saya lapurkan semuanya.

Sidang khas dengan perancang ekonomi dan peniaga berkisar isu kegawatan ekonomi. Gesaan saya adalah agar permasalahan ekonomi dilihat secara menyeluruh dan dampaknya tidak terbatas kapada peniaga dan syarikat tetapi rakyat terbanyak.

Turut diulang hujah Keynes mengenai “colossal muddle” dan pengamatan Amartya Sen berkaitan krisis keyakinan dan psikologi.

Kini saya memasuki pesawat menuju Bangkok.

ANWAR IBRAHIM


Kisah 3 (Forum Krisis Ekonomi Sejagat & Masa Depan ASEAN di Bangkok-30 Mac 2009)

Layakkahkah mewakili Malaysia jika dia sendiri mengajar menderhaka?

Sabentar tadi saya berucap dalam Forum Krisis Ekonomi Sejagat & Masa Depan ASEAN di Universiti Chulalongkorn, Bangkok.

Hadhir meraikan saya ialah Rektor Universiti Chulalongkorn, Professor Pirom Kamol Ratanakul, seorang pakar Epidemiologi Klinikal dan Ekonomi Kesihatan. Acara dimulakan dengan ucapan pengenalan olih Yang Mulia Putera Sukhumband Paribatra, Gabenor Bangkok.

Ketika mana institusi pengajian tinggi Malaysia dihalang dari menjemput saya untuk menyampaikan syarahan, saya masih diberi kesempatan untuk melontarkan pandangan berhubung krisis ekonomi sejagat mutakhir ini serta berkongsi pengalaman bagaimana peritnya menongkah arus tatkala mengurus kewangan negara sekitar krisis kewangan Asia pada tahun 1997.

Sepuluh tahun berlalu, manakala negara-negara jiran seperti Vietnam, Thailand mahupun Indonesia sudah pun mengorak langkah memantapkan asas pengurusan ekonomi seumpama tadbir urus yang baik, peningkatan tahap ketelusan dan pengukuhan mekanisme pertanggungjawaban, Malaysia masih mendabik dada walaupun berada di takuk lama.

Tambah menakutkan bila mana meneliti Laporan Tahunan 2008 Bank Negara Malaysia yang menyatakan kadar pengangguran tidak mustahil berada pada paras 4.5%, bermakna kurang lebih 550,000 orang akan kehilangan pekerjaan!

Saya turut melakukan kunjungan tidak rasmi ke atas Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva dan bertukar bicara berkenaan beberapa isu serantau.

ANWAR IBRAHIM


Itulah kisah Pak Anwar dengan kepakaran ekonomi dan pukul canang kehebatan dia dalam ekonomi,politik dan dalam masa yang sama mengutuk,menghina negara,bangsa dan agamanya.Manusia jenis apa ni?

Wednesday, April 1, 2009

60 Earth Hour : TNB Rugi 550 MWatt? Berapa tu?




Earth Hour: TNB catat kerugian 550 MWatt

KUALA LUMPUR — Tenaga Nasional Bhd. (TNB) semalam berkata ia menerima kenyataan bahawa kempen ‘Earth Hour’ bertujuan baik walaupun penggunaan tenaga elektrik jatuh sebanyak 550 megawatt (mw), bersamaan dengan 14 juta mentol kalimantang yang berkuasa 40watt setiap satu.

Lampu kalimantang

“Sementara penurunan kecil dalam permintaan akan menyebabkan sedikit kekurangan dalam hasil, kami menerima kenyataan bahawa kempen itu mempunyai tujuan yang baik,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya semasa tempoh sejam inisiatif pemeliharaan tenaga (8.30 malam-9.30 malam) Sabtu lepas, kakitangan TNB sentiasa berwaspada terhadap sebarang masalah operasi.


Amz CamPro berkata :

Berita di atas adalah dari Harian KOSMO (31/3/2009) berkaitan dengan kerugian yang dicatatkan oleh Syarikat Tenaga Negara TNB yang kita memang dah tahu tentang kerugian yang sering di alaminya sebelum dari kempen lagi. Itu tak kisahlah sebab diaorang punya hal cuma kita nak cerita pasal kerugian yang dialami TNB hanya untuk 1 jam ataupun 60 minit ataupun 3600 saat ataupun 360,000 detik sempena 60 Earth Hour. Mari kita kira berapa mereka rugi dari segi kewangan pula.

Aku kira mengikut blok atau kadar kiraan penggunaan isi rumah yang biasa dan secara kasar sahaja.

BLOK 1, 500 UNIT PERTAMA = RM 0.300/kWatt
BLOK 2 DAN SETERUSNYA = RM 0.390/kWatt
( 1 unit = 1kW)


Ambil blok pertama sebagai anggaran

550 MWatt = 550 000 kWatt = 550 000 unit
550 000 unit X RM 0.300 = RM 165 000

Maknanya, TNB rugi lebih kurang RM 165,000 atau RM 0.165 juta selama 60 minit kita berkempen.Anggaran sebijik rumah teres 1 tingkat kos sederhana 20”x70”. Ala,berapa sangat ruginya tu,ye tak? Itu belum lagi seluruh dunia. Tapi sekurang-kurangnya ia berbaloi untuk menyelamatkan bumi kan?

So,sekarang ini,mari pula kita kira berapa suhu dunia turun akibat daripada kempen 60 minit ini.Hmmm,korang kira sendirilah,aku takde satelit atau member kat NASA, ada maklumat bagi tahu…hahaha…Salam BPN!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...