Thursday, November 3, 2011

Apabila Ambiga Anjur Seksualiti Merdeka 2011?


Isu kesamarataan, pergaulan seksual secara bebas. Itu lah perjuangan terbaru Ambiga dan konco2nya selepas BERSIH 2.0. Adakah pengikutnya tetap ramai seperti perarakan BERSIH 2.0 dulu? Perjuangan kotor seperti tidak bertamadun dan beragama ini bukan sahaja di tentang oleh Agama Islam tetapi agama lain di Malaysia. Perjuangan mereka mempertahan golongan songsang yang lebih kepada mempertahankan hak asasi manusia kononnya sudah melampau.

Perjuangan mereka mempertahankan hak 4 golongan utama songsang ini iaitu HOMOSEKSUAL. BISEKSUAL, TRANSGENDER dan LESBIAN untuk mengamalkan gaya hidup pilihan mereka secara sah dan terbuka. Sekilas pandang, mereka sedang memperjuangkan hak dan kebebasan dengan gaya hidup pilihan mereka dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia. Justeru itu, mereka tidak lagi teragak - agak untuk mengiklan, memperjuang dan menganjurkan programnya secara terbuka.


Bersatulah kita wahai umat Islam seluruh Malaysia. Aku sedih dengan hal macam ni. Semakin lama semakin gila lakhanat ni buat onar di Malaysia dan lebih serius mempermainkan isu agama dan menghina Islam secara tidak langsung. Takkan kita nak lihat perkara ini berlaku? Lupakan hal politi. Tak kiralah korang PAS ke, PKR ke, UMNO ke, selagi agama kita Islam, sama-samalah mempertahankan negara tercinta ini.

Nik Aziz sendiri tidak menyokong tentang program ini tapi kata-kata dari Mursyidul Am PAS ini betul2 ada mengguris perasaan. Mula-mula nampak macam dah same2 bersatu hati tetapi ayat begini pula boleh keluar:

"Ini tidak betul. Kita sokong Ambiga dalam soal lain tetapi dalam program ini (Seksualiti Merdeka) saya tidak sokong (Ambiga) kerana dalam soal agama, kita tidak boleh sokong perkara itu. "Kerajaan... kalau boleh halanglah dan ambillah tindakan tegas"







Penganjuran program itu dipromosikan melalui laman sesawang www.seksualitimerdeka.org Antara penaja dan penyokong program yang berlangsung selama 13 hari itu adalah Majlis Peguam dan Suara Rakyat Malaysia dengan beberapa aktiviti seperti bengkel, perbincangan, filem, pameran dan persembahan.

Cukuplah menyokong manusia yang menjadi duri dalam daging orang Islam di Malaysia ini. Cukuplah ikut rentak celaka manusia bernama Ambiga ini. Bersatulah kita menentang perhimpunan yang di jangkakan berlangsung pada 9 November ini. Pihak polis pun sudah mengharamkan perhimpuanan celaka ini (klik sini). Maka, kita doakan dan tunjukkan penentangan kita terhadap program yang di laknat Allah sebelum bala di zaman kaum Nabi Luth berlaku lagi di negara kita pula.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...