Friday, November 4, 2011

Peniaga Yang Memang Celaka!

MOHD. A. ARUWAN (kiri) menunjukkan bungkusan mainan kanak-kanak yang menggunakan bebola kristal yang dirampas di Kuantan semalam.

Kerajaan telah mengharamkan penjualan bebola gel ni kerana ia mebahayakan kanak-kanak. Sudah bermacam-macam kes berkaitan dengan kecederaan di alami kanak-kanak akibat tertelan dan beranggapan bebola gel ini sebagai makanan ringan atau erti kata lain, jajan bagi mereka. Isunya, bebola ini cepat reaktif dan membesar apabila terkena sesuatu yang bersifat bendalir. Jika kanak-kanak tertelan, ia akan mengemabng di dalam badan atau lebih tepat lagi boleh menyumbatkan usus kanak-kanak terbabit.

Ini sangat bahaya dan oleh sebab itulah, ia di haramkan. Tiada cara lain dengan melakukan pembedahan untuk mengeluarkannya. Bayangkan kanak-kanak yang masih kecil di bedah atas sebab-sebab kecil seperti ini. Yang menjadi celakanya, ada pihak peniaga yang menipu dengan mencampurkan bebola gel ini kedalam makanan ringan kanak-kanak! Memang kurang ajar. Baca seterusnya petikan artikel dari KOSMO di bawah :

KUANTAN – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pahang berjaya menghidu taktik terbaharu sesetengah syarikat yang cuba menghabiskan stok bebola kristal atau hidrogel dengan memasukkannya bersama ke dalam produk makanan ringan kanak-kanak.

Pengarahnya, Mohd. A. Aruwan berkata, bebola kristal itu dimasukkan bersama ke dalam salah satu produk makanan yang disukai kanak-kanak sebagai barang permainan.

“Ia dimasukkan sebagai satu mekanisme jualan dan ia menunjukkan ada syarikat yang tidak bertanggungjawab,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini semalam.

Menurut beliau, ia merupakan salah satu taktik licik dalam usaha menghabiskan stok bebola kristal yang dilarang penjualannya.

Mohd. A. Aruwan memberitahu, pihaknya telah melakukan pemeriksaan ke atas kedai yang disyaki menjual produk makanan ringan terbabit untuk siasatan lanjut.

“Kita telah memeriksa tiga pemborong di sekitar Kuantan dan mengambil salah satu stok yang dibuat di Perak yang dipercayai mengandungi bebola kristal itu,” ujarnya.

Beliau menyatakan pihaknya kini sedang melakukan siasatan lanjut ke atas produk tersebut dan tindakan boleh diambil di bawah Akta Perintah Perlindungan Pengguna (Larangan Terhadap Barang Tidak Selamat) 2011 jika didapati bersalah.






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...