Wednesday, November 2, 2011

Laman Web Akses Info Banjir 2011/2012

MELAKA: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memperkenalkan aplikasi terbaru laman web "Public InfoBanjir" bagi menyampaikan maklumat dan amaran awal kepada orang ramai ketika berdepan dengan bencana banjir yang dijangka dihadapi pada musim tengkujuh ini.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup, berkata sistem penyediaan maklumat ini penting untuk memastikan orang ramai lebih bersedia dan peka ketika menghadapi banjir terutamanya melibatkan kawasan-kawasan yang berisiko tinggi.
"Dengan adanya informasi ini masyarakat dapat membuat persediaan awal sebelum berlakunya banjir," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.


Juga boleh di lawati di FACEBOOK

Beliau turut menyifatkan pelancaran laman web ini adalah bertepatan dengan fenomena negara yang kini sedang menghadapi musim tengkujuh.

"JPS berjaya mengorak langkah yang baik dalam memberikan maklumat berguna kepada orang awam dan saya berharap pihak JPS akan terus menambah baik laman web ini dari semasa ke semasa demi keperluan rakyat," katanya.
Sementara itu, Ketua Pengarah JPS, Datuk Ir Ahmad Husaini Sulaiman berkata, sistem ini lebih memberi pendekatan kepada masyarakat untuk lebih mengenali tanda-tanda banjir.

"Maklumat yang ada pada laman web ini dibuat secara terus, bermakna masyarakat akan mengetahui bila bencana banjir yang berlaku malah segala amaran ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

"Ini kerana terdapat sesetengah kawasan yang berisiko tinggi dilengkapi dengan kamera yang dipasang untuk memberi gambaran yang jelas kepada masyarakat," katanya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai bencana banjir hanya perlu menaip :

'Public InfoBanjir'

di internet malah turut terdapat di Facebook atau Twitter.





1 comment:

Anonymous said...

Nice blog at least I think so. Thank you a lot for enlightning this info.

Tim Craudfield
spy camera jammer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...