Friday, September 27, 2013

[Gambar] 3 Model Nissan Antara Di Tarik Balik Seluruh Dunia

Model Infiniti-M
TOKYO - Syarikat pengeluar kereta Jepun, Nissan Motor Co. mengumumkan, pihaknya menarik balik sejumlah 908,900 kenderaannya di seluruh dunia semalam kerana kerosakan pada sensor pemecut.
Masalah tersebut boleh menyebabkan kenderaan bergerak perlahan dan enjin kenderaan gagal berfungsi.
Menurut Nissan, sensor itu dikeluarkan di Jepun.
Model Mini Serena
Penarikan semula itu dilapor membabit- kan model van mini Serena, kereta mewah Infiniti M, kenderaan utiliti sukan X-trail dan beberapa model lain. Bagaimanapun, setakat ini belum ada la- poran kemalangan atau kecederaan berhu- bung masalah tersebut. Firma yang berpangkalan di Yokohama menyatakan bahawa kebanyakan kenderaan yang dipanggil balik melibatkan Jepun, Amerika Utara, Eropah dan Oceania. - AP


Model X-Trail

Amz Campro berkata :

 Selalu jugak aku dengar pasal model kereta yang ditarik balik oleh pengeluarnya akibat daripada laporan kerosakkan teknikal pada model tersebut. Pengeluar yang mengeluarkan arahan ini bukan kecik2, Honda, Volkswagen, Toyota dan yang terbaru Nissan. Kerosakan dilaporkan kebanyakkannya dari aspek teknikal. Kenapa ini berlaku? Biasanya ia berlaku pada model2 baru yang masih dalam tempoh percubaan pada teknologi baru yang baru digunakan.

Penarikan ini pula melibatkan hampir keseluran production pengeluaran model terbabit. Ini kerana, kebanykkan kereta golongan pertengahan ini menggunakan konsep mass production iaitu pengeluaran secara pukal dan banyak dan tertakluk pada  piawaian yang sama setiap pengeluaran. Maksudnya, jika kesilapan teknikal berlaku semasa proses penyambungan, ia akan melibatkan keseluruhan proses penyambungan pada setiap kereta yang dikeluarkan. Ini kerana,prosesnya menggunakan sistem komputer sepenuhnya.

Berbeza pula kereta mewah seperti Bently, Ferrari dan Lamborghini misalnya. Pengeluarannya menggunakan kaedah manula dan kualitinya lebih terjamin kerana pengeluarannya terkawal pada setiap peringkat dan tidak dikelurkan secara pukal dan terlalu banyak dalam masa yang singkat.

Ape2 pun,kesilapan ini memang akan berlaku. Cuma bagaimana syarikat pengeluar itu untuk membaiki semula kepercayaan pengguna sahaja yang memainkan peranan untuk mereka terus berdiri gah di mata pengguna dan peminat automotif dunia.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...