Mula2 aku tak percaya ini filem,dah lame dengar bunyi2 cerite ini akan lahir ke dunia tahun ni. Bukan ape,ustaz kegilaan ramai di Malaysia sekarang ni dikatakan akan membintangi filem ini. Sape lagi,Ustaz Azhar Idrus lah...Bintang lain adalah kumpulan lawak yang lahir dari program Raja Lawak iaitu kumpulan Shiro. Filem ini dijangkakan akan ditayangkan pada 28 November 2013 ini. 
PELAKON: Ustaz Azhar Idrus Shiro, Along Eyzendy, Mikael Andre dan Zalif Sidek.
PENERBIT: Metrowealth Pictures Sdn Bhd (MIG)
PENGARAH: Pierre Andre
TAYANGAN : 28 November 2013
TAYANGAN : 28 November 2013
SINOPSIS FILEM INI
Ustaz,
 Mu Tunggu Aku Datang mengisahkan seorang pemuda iaitu Dadu (Shahrol) 
yang tidak mempunyai hala tuju hidup. Dia sering dibuang kerja dan tidak
 pernah serius dalam hidup.
Tinggal
 serumah pula dengan Muiz (Ajak Shiro) yang turut bergantung hidup 
kepadanya sedangkan Dadu juga penganggur. Apatah lagi pegangan agama 
mereka berdua, memang terpesong dan tidak pernah solat.
Bagaikan
 satu sinar, suatu hari sepupu Dadu iaitu Hamzah (Along) datang bermalam
 di rumah sewa mereka dan kedua sahabat itu terpukul dengan perubahan 
baru Hamzah. Dia semakin mendalami agama dan bercerita mengenai 
aktivitinya sering mendengar ceramah ustaz di masjid kepada mereka.
Insiden
 itu terus membuka mata Dadu dan Muiz lantas sepakat untuk kembali ke 
pangkuan agama. Bagaimanapun, tidak semudah itu apabila dalam perjalanan
 untuk mendengar ceramah di masjid, mereka diduga dengan pelbagai 
musibah.

No comments:
Post a Comment