Aku nak share cara tips minyak kepada rakan2 sekalian base kepada pengalaman aku memandu selama hampir 12 tahun dan juga dari maklumat2 tambahan dari tips2 yang pernah di sharekan sebelum2 ini. Tips berikut adalah :
- Ade orang kata, kalau tuang minyak full dapat jimat minyak sikit nak dibandingkan dengan tuang sikit2. Ade betulnya tapi bagi aku,aku elakkan tuang minyak full bagi mengurangkan beban pada kenderaan.Biasanya cukup sekadar tuang dalam 60%-70% dari keseluruhan tangki. Tak digalakkan tuang minyak hanya 20%-30% tangki sahaja kerana ini menyebabkan minyak ini akan lebih cepat digunakan dan diserap akibat terlalu banyak ruang kosong dalam tangki.
- Kurang beban pada kenderaan.Jangan bawak barang tidak perlu dalam bonet kereta kite. Kerana bile beban terlalu berat,ia akan memerlukan tenaga yang lebih untuk memacu kereta kite.
- Tayar standard lebih baik kerana rationya pada kapasiti kenderaan adalah yang paling optimum. Cukuplah zaman kite menukar sportrim bersaiz 16' dan ke atas. Ini akan menyebabkan pertambahan kesan geseran akibat daripada pembesaran dan kelebaran tayar pada permukaan jalanraya.
- Jika anda rasakan mematikan enjin kenderaan lebih jimat ketika anda berhenti,anda silap! Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan. Jika kereta anda berhenti atau erti kata lain,enjin dalam keadaan ideal lebih kurang daripada 10-15 minit,anda tidak perlu mematikan enjin kenderaan. Jika enjin dalam keadaan ideal lebih daripada 15 minit, mematikan enjin kenderaan lebih baik. Ini kerana,ketika proses menghidupkan enjin kenderaan,enjin anda mengepam minyak lebih banyak daripada biasa. Maksudnya, kalau anda mahu singgah 4 ke 5 tempat tapi sekejap2,memadai tidak mematikan enjin kenderaan jika dibandingkan anda kena hidupkan kenderaan 4 hingga 5 kali.
- Penggunaan air-cond dah biasa. Nak lagi jimat jangan pakai air-cond tapi siapa tahan kan? hahaha...So,pastikan tahap sejuk air-cond kenderaan anda jangan berada pada kedudukan full. Cukup sekadar separuh atau maksimum 60% daripada keseluruhan suhu penyejukan.
- Tuang minyak pada suhu sejuk atau dingin juga ade munasabahnya. Kerana ketika itu suhu sekeliling dan tangki berada dalam keadaan selesa dan tenang. Ini mengurangkan minyak kite tersejat lebih banyak. Pastikan kite dapat tuang minyak pada ketika awal pagi atau leat petang atau malam.
- Tuang minyak juga,pastikan dalam keadaan konsisten. Jangan terlalu laju dan jangan terlalu perlahan. Ini ade munasabahnya juga.
- Teknik pemanduan juga kena betul dan lebih berhemah. Ini berbeza untuk kereta bertranmisi automatik dan manual. Pada transmisi manual,anda sebenarnya sepatutnya dapat menjimatkan lebih baik daripada transmisi automatik. Pastikan timing masuk kereta anda sentiasa betul dan tidak sehingga enjin mengaum baru nak masuk. Jika automatik,jangan push enjin sekuat2nya untuk mempercepatkan kemasukan gear. Layankan sahaja sehingga ia masuk secara semulajadi. Penggunaan minyak yang sia2 kebanyakkannya berlaku ketika kemasukan gear.
- Jika memandu untuk perjalanan jauh,halaju kereta yang konsisten akan lebih menjimatkan minyak jika dibandingkan dengan pemanduan yang macam nak pergi berlumba. Elakkan pemanduan dengan halaju lebih daripada 110 km/j kerana kebanyakkan kenderaan sekarang,jika kite memandu lebih daripada kelajuan itu, sistem ignition kereta kite sudah berada pada tahap penggunaan minyak yang lebih tinggi.
- Servis kenderaan anda dengan konsisten. Cukuplah sekadar ape yang patut sahaja. Jangan lupa,air-cond juga perlu diservis kereta ia saling berkait dengan beban enjin.
No comments:
Post a Comment