Mengejutkan. Itulah ungkapan yang sesuai untuk permulaan bila tengok apa yang berlaku. Tapi bila tengok sekali lagi, nak berguling gelak pun ada. Tak silap aku, bacaan berita ini adalah milik ASTRO dan tidak semena-mena ada staff atau teknikal kru yang masuk buat kacau ketika pembaca berita sedang on air. Bukan mengamuk, tapi cool jer die masuk... Memang lawak. So ape kesimpulannya? Nampak sangat lah tak profesional...kahkahkah...Yang lagi best, nama die HARIS...kahkahkah...
Korang tengk sendiri dan nilaikan. Jarang benda ni berlaku di Malaysia. Kalau masuk Maharaja Lawak, konfem menang. Adlin konfem kalah dengan lawak si Haris, pengacau On Air...kahkahkah...
LONDON: Sekumpulan penumpang nakal memeranjatkan penumpang kereta api di bandar raya ini semalam apabila mereka menanggalkan seluar masing-masing dalam satu gurauan yang diadakan di seluruh dunia.
Beratus-ratus penumpang separuh bogel memenuhi kereta api bawah tanah London untuk acara tahunan Naiki Kereta Api Tanpa Seluar.
Ia adalah sebahagian daripada Hari Tanpa Seluar yang diadakan di luar negara apabila kereta api bawah tanah diambil alih oleh penumpang separuh bogel.
Acara itu dianjurkan oleh kumpulan Improv Everywhere dan bermula dengan Naiki Kereta Api Tanpa Seluar di New York 11 tahun lalu.
Ia kini merebak ke 60 bandar di 27 negara, termasukWashington, Mexico City, Toronto, Madrid dan Tel Aviv.
Improv Everywhere menggunakan Facebook untuk mempelawa orang ramai mengambil bahagian dan lebih 16,000 orang mendaftar untuk menyertainya di seluruh dunia.
Kumpulan itu kemudian melakukan aksi ala-rusuhan di seluruh dunia, memeranjatkan orang sekeliling apabila mereka menanggalkan seluar dalam kenderaan awam.
Penganjur, Dan Becherano berkata: “Matlamatnya ialah untuk berseronok dan menghiburkan orang ramai. - Reuters
TANJUNG MALIM - Tindakan penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abdul Halim menurunkan bendera yang mempunyai gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengundang padah apabila dia digantung pengajian selama tiga semester semalam.
Penggantungan serta-merta itu diputuskan oleh lima panel Jawatankuasa Tatatertib Pelajar UPSI yang dipengerusikan Naib Canselor, Prof Dr. Zakaria Kasa pada prosiding di Pusat Global, UPSI di sini.
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Datuk Dr. Junaidi Abu Bakar berkata, pelajar jurusan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua itu disabitkan di bawah Kaedah 3(a) (i) dan (ii), Bahagian II, Tatatertib Am, Kaedah-kaedah UPSI (Tatatertib Pelajar-pelajar 1999.
Isu ketika 'pejunag bangsa' turun bendera Pak Najib
"Pihak Berkuasa Tatatertib mendapati bahawa pelajar terbabit telah melakukan perbuatan menurunkan bendera tertera gambar Perdana Menteri seperti dalam kedua-dua pertuduhan.
"Elemen dalam kedua-dua pertuduhan telah dibuktikan dan tindakannya telah merosak atau memudaratkan kepentingan, kesejahteraan dan nama baik UPSI selain ketenteraman atau keselamatan awam, moral dan kesopanan," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Kita semua sedia maklum, Dr. Ezani menjadi MasterChef pertama Malaysia semalam. Kejayaan Dr. muda ini sebenrnya bagi aku, akan mengejutkan kerana Wahidan lebih menyelah dan kreatif dalam masakannya. Memandangkan pula,niatnya menceburi rancangan ini adalah untuk meningkatkan taraf hidupnya dengan dunia masakan. Pekebun dari Sabah dan seorang doktor gigi berkelulusan Australia, satu perbezaan taraf pendidikan dan hidup yang sangat berbeza.
Kecewa jugak, kerana terpancar jelas di muka Wahidan, kekecewaan dan harapan yang ingin menjulang taraf hidup keluarganya sekadar mendapat tempat kedua.Teringat kata-katanya selepas diumumkan siapa pemenang :
" Mak,Wahidan telah buktikan, walaupun tanpa segulung ijazah, Wahidan mampu melakukan sesuatu yang membanggakan keluarganya..." lebih kurang gitulah ayatnya.
Banyak kekurangan pada final yang aku rasa sepatutnya tidak menimbulkan keraguan pada penonton. Antaranya adalah :
Sepatutnya, finalist ini tidak perlu memsak sehingga perlu menghidangkan sehingga 40 tetamu. Pulak tu, bantuan diperoleh dari 5 orang bekas peserta. Walaupun mereka tidak memasak cuma mendapat arahan dari finalist, kesan dari bantuan ini sebenarnya mampu memberi kesan secara tidak langsung kepada hasil masakan.
Jemputan yang terlalu ramai, pandangan yang semakin terlalu subjektif turut boleh mengganggu finalist.
Tiada pula penjelasan dari 'chef' iaitu finalist tentang masakan yang dilakukan? Masakan mereka terus dihidangkan kepada tetamu tanpa penjelasan seperti sebelum2 ini. Ini juga boleh menimbulkan keraguan pada pengkritik.
Jelas menunjukkan mereka perlu menghidangkan makanan jam 7:30 mlm seperti dikhabarkan oleh juri. Tidakkah mereka menghormati waktu maghrib ketika itu? Sensitiviti ini perlu dijaga sebenarnya walaupun ada sesetengah menganggap ini hal kecik.
Jika Wahidan menang, kita akan nampak kepuasan pertandingan ini, yang hidup miskin atau sederhana dapat meningkatkan taraf hidupnya. InsyaAllah Wahidan akan dapat mempertingkatkan bakatnya lagi, mana tahu selepas ini dia bekerja sebagai chg atau membuka restoran, siapa tahu?
SEORANG pelajar jurutera menunjukkan enjin kereta Kiat Esemka di Solo, Jawa Tengah semalam.
SOLO - Kereta prototaip buatan pelajar-pelajar kejuruteraan Indonesia telah mendapat sambutan menggalakkan daripada beberapa pegawai kanan pentadbiran negara ini yang mahu membelinya.
"Sepuluh buah kereta Kiat Esemka dihasilkan di bengkel Kiat Motor di bandar ini," kata pemilik bengkel tersebut, Sukiyat.
Model pertama dikeluarkan pada 2009 tetapi laporan media menyatakan Datuk Bandar Solo, Joko Widodo telah membeli sebuah kereta tersebut untuk kegunaan pejabat.
Beberapa pegawai lagi mula menunjukkan minat untuk membeli kereta tersebut yang dibina untuk lapan tempat duduk dan empat tempat duduk.
Kereta tersebut mendapat pujian Presiden Susilo bambang Yudhoyono.
Menurut Sukiyat: "Buat masa ini, ia mengambil masa dua hingga tiga bulan untuk menghasilkan sebuah kereta."
Sebanyak 80 peratus komponen kereta itu dibuat di Indonesia dan kos pengeluaran pada skala kecil ialah di antara AS$8,200 (RM25,797) hingga AS$10,400 (RM32,718).
Kereta itu dikeluarkan sebagai satu latihan untuk pelajar sekolah tinggi vokasional dan bengkel itu belum bersedia untuk membuat pengeluaran pada skala besar-besaran. - AFP
Ketika ini, Beutiful Nara masih lagi menjalankan sesi interview dengan Amalina melalui Skype dan berada dirumah ibunya di sini. Penjelasan ibunya di akhbar2 hari ini menjelaskan bahawa memang gambar2 yang tersebar adalah gambar anaknya. Tiada penafian cuma penjelasan gambar itu gambar peribadi, baju dibeli ibunya dan ibunya mengenali rakan2nya di sana. So disini sahlah itu gambar Amalina...heheh...
Kebanyakkan masyarakat cuma terkejut dan mungkin tidak percaya itu Amalina kerana ketika di zaman sekolah, keadaannya lain cuma sekarang ia lebih bercirikan seorang orang dewasa yang sudah membesar dengan sehatnya. Berikut di berikan 2 video yang dipetik dari Skype ketika sesi interview dijalankan oleh BeutifulNara :
Siapa tak kenal Amalina Che Bakri ini? Siapa tak kenal, memang something wronglah. Meh sini aku cite sikit sape tak kenal dia ni. Dia ni pernah menggemparkan dunia pendidikan negara dengan memperolehi 17A1 dalam SPM 2004. Bayangkan, subjek yang diambil tu, banyak tak nbanyak. Ketikaitu, die antara yang top skor dalam SPM 2004 dan menjadi idola kebanyakkan penuntut2 muda negara. Pernah menyampaikan cermaha motivasi secara tidak langsung, pernah mendapat tawaran iklan dek kerana kepandaiannya.
Tapi semua itu dulu. Selepas hampir 7 tahun menyepi atau erti kata lain, kesahnya senyap entah ke mana cuma kadang2 kedengaran kesah yang dia gagal dalam exam di universiti di UK dan macam2 hal lagi, tiba2 muncul pula hal yang semakin mengecewakan kita sebagai sebahagain yang pernah bangga dengan kepandaiannya suatu ketika dulu. Jika benar ini Amalina, kepandaiannya sekadar tercacat di lembaran SPM sahaja. Masih jauh kejahilan yang wujud dalam dirinya. Kecewa memang kecewa. Ramai penuntut kita yang stadi overseas tapi tak hanyut sampai macam ni. Cuma yang pernah glamer yang hanyut adalah kesah pakar matematik Sofiah, mamat gay yang kawen dengan jantan dan terbaru kesah Amalina.
Sediah lah kalau ini berlaku.Hilang Amalina yang dulu. Lahirlah Amalina yang entah kenapa jadi begini. salah kerajaan mendidikkah? Salah ibu bapa kah? atau salah negara UK atau overseas kah? Korang renung2kanlah. Harap2 ada penafian mengatakan ini bukan Amalina. Kebanyakan gamabr sumber dari FB dia sendiri. Korang layankan jerlah :