Wednesday, December 23, 2009

Kesah Pesawat F-5E Tiger II TUDM


Kesah pesawat pejuang F-5E tiba-tiba muncul dan menjelma dikala kepimpinan Najib walhal ia berlaku sekitar tahun 2007. Pesawat ini banyak variannya dan telah digunakan banyak negara luar antaranya Filipina,Brazil,Pakistan,Paraguay,Singapura,Arab Saudi,Pakistan dan banyak lagi.Pesawat pejuang ini dibangunkan oleh Amerika Syaraikat sekitar tahun 1960 dan antara enjin berkuasa jet pertama yang menjadi titik tolak kepada kuasa enjin jet lain yang semakin di naik taraf kuasanya.Tidak mustahil pihak angkatan tentara udara US sendiri ingin melanjutkan penggunaan enjin jet ini untuk tempoh 30tahun mendatang.

Enjin kuasa jetnya dengan panjang sekitar 1140mm - 1270mm, diameter 457mm dan berat sekitar 180kg - 200kg mampu menjana sehingga 5000lbf tujahan telah diiktiraf sebagai enjin berkemampuan tinggi, ringan serta kos operasi dan selenggara yang rendah berbanding enjin lain sekelasnya. Tidak hairanlah ia menjadi rebutan pasaran gelap sejak tahun 60'an lagi. Berikut adalah ringkasan spesifikasi asas pesawat F-5E Tiger II :


Ciri-ciri Asas

  • Krew: 1
  • Panjang: 47 ft 4¾ in (14.45 m)
  • Wingspan: 26 ft 8 in (8.13 m)
  • Tinggi: 13 ft 4½ in (4.08 m)
  • Luas Sayap: 186 ft² (17.28 m²)
  • Airfoil: NACA 65A004.8 root, NACA 64A004.8 tip
  • Berat kosong: 9,558 lb (4,349 kg)
  • Berat maks berlepas: 24,664 lb (11,187 kg)
  • Janakuasa:General Electric J85-GE-21B Tubojet
    • Dry thrust: 3,500 lbf (15.5 kN) setiap satu
    • Thrust with afterburner: 5,000 lbf (22.2 kN) setiap satu
  • *Zero-lift drag coefficient: 0.0200
  • Drag area: 3.4 ft² (0.32 m²)
  • Nisbah tentu: 3.86
  • Minyak Dalaman: 677 US gal (2,563 L)
  • Minyak Luaran: 275 US gal (1,040 L) per tangki sehingga ke 3 tangki

Kecekapan Pesawat

  • Kelajuan maksimum: 917 kn (1,060 mph, 1,700 km/h, mach 1.6)
  • Jarak: 760 nmi (870 mi, 1,405 km)
  • Ferry Range: 2,010 nmi (2,310 mi, 3,700 km[40])
  • Ketinggian: 51,800 ft (15,800 m)
  • Kadar pendakian: 34,400 ft/min (175 m/s)
  • Nisbah Lift dengan drag: 10.0

2 Enjin jet yang hilang baru-baru ini yang dikatakan telah dijual oleh pengkhianat negara kepada negara di Amerika Selatan katanya sangat mendukacitakan. Harga yang dijual dikatakan hanya RM50juta bagi satu enjin. Teknologi enjin ini masih mampu memberi saingan kepada kuasa jet yang lain.Kerana wang,RM50juta terlalu kecil untuk 1 pemindahan teknologi. Ini kan pula ia dilakukan menggunakan 'jalan belakang'.bagi pengkhianat,nilai ini cukup besar tetapi bagi yang menjaga teknologi ini,ia sesuatu yang menyedihkan kerana maruah negara (setelah jet ini ditauliahkan kepada TUDM) di 'jual' begitu sahaja.

Kerajaan,ATM dan sesiapa yang terlibat perlu bertanggungjawab. Ia tidak boleh dibiarkan. Sedangkan Along yang memberi pinjaman haram pun dikatakan penjenayah tegar,inikan pula penjenayah negara yang menjual kedaulatan negara.

Wednesday, December 16, 2009

BOLA SEPAK SUKAN SEA LAOS : PERLAWANAN AKHIR ESOK


Perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea Laos antara Malaysia dan Vietnam esok (17/12/2009 ) disiarkan secara langsung di TV2 pada pukul 6:oopm. Doakan kejayaan kepada anak muda-anak muda ini.Amin

Jangan lupa,buat undian sikit pada blog aku ni untuk keputusan yang dijangkakan esok...TQ

Monday, December 14, 2009

MALAYSIA MELANGKAH KE FINAL BERTEMU VIETNAM!

LAOS 1 vs MALAYSIA 3

Malaysia membuktikan kekuatannya...Alhamdulillah layak ke final bertemu Vietnam yang telah mengalahkan Singapura 4-1...Vietnam juga penah mengalahkan Malaysia 3-1 semasa peringkat kumpulan...Diharapkan keputusan di final nanti akan menjadi sebaliknya...Amin

BOLA SEPAK SUKAN SEA LAOS : JANGAN LUPA ADA LIVE!

Jangan lupa perlawanan separuh akhir bola sepak Sukan Sea Laos Malaysia lwn Laos jam 8:00pm di TV2...bukan VTV2 chanel Vietnam...Harap-harap menang lah yer? Amin

Friday, December 11, 2009

UPDATE BOLA SEPAK SUKAN SEA : MALAYSIA VS THAILAND

MALAYSIA 2 VS 1 THAILAND

Malaysia layak ke separuh akhir!

Kedudukan liga keseluruhan :

Group : A





Rank
Country
Played
Win
Draw
Lose
For
Against
Margin
Point
1
Vietnam
4
3
1
0
14
3
11
10
2
Malaysia
4
3
0
1
18
4
14
9
3
Thailand
4
2
1
1
15
3
12
7
4
Cambodia
4
1
0
3
5
15
-10
3
5
Timor Leste
4
0
0
4
1
28
-27
0

Group : B

Rank
Country
Played
Win
Draw
Lose
For
Against
Margin
Point
1
Laos
3
1
2
0
3
1
2
5
2
Singapore
3
1
2
0
4
3
1
5
3
Myanmar
3
1
1
1
5
4
1
4
4
Indonesia
3
0
1
2
3
7
-4
1

Malaysia akan bertemu dengan Laos (tuan rumah) pada separuh akhir nanti. Jangan lupa laos tuan rumah dan tak pernah kalah. Menang dengan Indonesia 2-0,seri dengan Myanmar 1-1 dan seri dengan Singapura 0-0.

Tuesday, December 8, 2009

INIKAH PUNCANYA ROSAKNYA MUTU BOLA SEPAK MALAYSIA DISEBABKAN PENGURUSAN???


REKOD 'cemerlang' Pahang yang tidak pernah turun ke liga bawahan berterusan apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam mengumumkan skuad Tok Gajah itu akan kembali bersaing dalam Liga Super 2010 yang ber- mula 9 Januari depan.

Pahang sebelum ini sepatutnya telah tersingkir ke Liga Perdana 2010 setelah tewas 1-5 ke- pada Selangor dalam aksi terakhir Liga Super 2009 pada 25 Julai lalu, sekali gus menduduki tangga kedua tercorot.

Pada 15 Ogos lalu, Mesyuarat Majlis FAM juga mengesahkan bahawa Pahang akan turun beraksi dalam Liga Perdana 2010 bersama-sama pasukan tercorot Liga Super 2009 iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Namun, Mesyuarat Majlis FAM semalam yang dipengerusikan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah selaku Presiden FAM bertindak 'menyelamatkan' pasukan negeri itu pada saat akhir sambil 'mengorbankan' skuad B-21 kebangsaan, Harimau Muda A.

"Hari ini (semalam) mesyuarat Majlis FAM telah membuat sedikit perubahan untuk pasu- kan-pasukan bertanding dalam Liga Super dan Liga Perdana musim depan.

"Setelah dibincang secara panjang lebar, Harimau Muda A dicadangkan untuk tidak beraksi dalam Liga Super 2010 supaya pemain-pemainnya dilepaskan beraksi untuk pasukan negeri masing-masing.

"Bagi menggenapkan 14 pasukan, Pahang dinaikkan semula ke Liga Super. Liga Perdana pula, kami akan jemput satu pasukan dari Liga FAM untuk menggenapkan 12 pasukan," kata Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Che Mat Jusoh pada sidang media semalam.

Mengulas lanjut perkara tersebut, Timbalan Presiden FAM, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, Pahang dipilih menggantikan Harimau Muda A kerana 'kedudukannya' yang paling atas dalam senarai asal pasukan-pasukan Liga Perdana 2010.

"Tiada soal pilih kasih. Keputusan ini telah dipersetujui oleh suara majoriti dalam mesyuarat Majlis FAM hari ini (semalam).

Kosmo! pada 27 Julai lalu telah melaporkan tentang kemungkinan Pahang akan diselamatkan lagi oleh FAM daripada terjerumus ke saingan Liga Perdana.

Keputusan FAM semalam sebenarnya 'ulangan' kepada tindakan mereka ketika menukar format Liga Malaysia 2007 sejurus berakhir saingan musim 2006.

FAM ketika itu mengubah format daripada lapan pasukan kepada 14 pasukan, sekali gus menyelamatkan Pahang yang menduduki tangga ketujuh daripada lapan pasukan pada Liga Super 2006.

Sumber: KOSMO


Amz CamPro berkata:

Selepas aku membaca kisah ini di KOSMO.Aku hanya mampu tersenyum.Benda yang aku dah agak sebelum ini jadi kenyataan. Aku tetap ambil kesah tentang perjalannan bola sepak di Malaysia ini tapi lebih banayk mengutuk dari memuji pulak sejak akhir-akhir ini. Selepas dikalahkan dengan Vietnam baru-baru ini,dan 'keganasan' pemain menyerang pengadil yang dikatakan hampeh itu,tibul pula isu yang aku usulkan semula setelah KOSMO dengan berani mendedahkan perbincangan yang agak memualkan sukan yang kita minati ini.

Aku nampak dah,Pahang cukup tidak menyerlah sepanjang musim tahun ini,dan akhirnya terperosok di tangga kedua tercorot Liga Super yang aku sendiri tak nampak kat mana SUPERnya.

Apa? Pahang kena turun Liga Perdana? Mustahil???!!! I

tulah kata-kata dan perasaan yang sepatutnya terjeluak dalam diri peminat sukan bola sepak jika pasukan ini betul-betul hebat ataupun Liga Super ini betul-betul hebat dan PROFESIONAL. Siapa tak tahu sejarah pasukan Pahang ini. Tapi ia semakin merudum.Tapi,jika kita tahu dan cuba faham hakikat sebenar bola sepak dan politiknya Malaysia ni,semuanya tak mustahil.Maka,dialog yang tadi dalam nada terkejut boleh diubah dan ditukar dengan:

"Ahhh...Pahang takkan turun Liga bawahan punyalah,Pahang kan Superbbbb.....!"

dan itulah yang telah terjadi. Ini baru pasukan dalam negara dan liganya. Inilah punca-punca mutu bola sepak Malaysia semakin hampeh ditelan masa. Pengurusan yang tidak cekap,di tambah pula dengan pemain yang memang kerja main bola tapi tak main bola (kalau ko kerja masuk kerja kul 8:30am-5:30pm pastu main bola takpelah jugak). Tapi kes ini bukan sahaja tidak cekap malah aku rasa amat-amat memalukan dan menyedihkan. Ibaratnya anak sendiri yang melahirkan anak diluar nikah tapi dipukul canang anaknya masih suci.

Adoyai....renung-renungkanlah rakyat Malaysia,janganlah mengharapkan apa-apa tentang bola sepak kita jika semua yang 'diatas' tidak sedar tentang perkara yang mereka buat.Renung-renungkan dan selamat beramal....


UPDATE BOLA SEPAK SUKAN SEA LAOS : MALAYSIA MENANG!

MALAYSIA 4 vs 0 KEMBOJA

Mujur juga Indonesia kalah dengan Laos 0-2,kalau tak,tak tercover lah bengangnya peminat bolasepak tanahair...

Sunday, December 6, 2009

UPDATE RESULT BOLA SEPAK SUKAN SEA LAOS 2009: VIETNAM VS MALAYSIA

Keputusan yang diperoleh oleh skuad Raja ni mendukacitakan kita semua...Sendiri mau ingat lah...huhuhu


VIETNAM 3 VS MALAYSIA 1

Tuesday, December 1, 2009

Perbandingan Antara Proton Exora dan Perodua Alza

Aku tahu,tentu orang sekarang sedang memikir-mikir dan mungkin sedang cuba mencari perbandingan yang mana lebih berbaloi diantara dua MPV keluaran Malaysia ini iaitu Exora dan Alza. Kalau mahu dibandingkan dengan kapasiti enjin,ia boleh dikatakan tidak mengukur kemampuan sebenar kedua-dua MPV ini kerana ia tentu nampak lebih dimenangi oleh Exora dengan kapasiti enjin 1600cc dibandingkan dengan 1500cc Alza. So disini aku bagi maklumat perbandingan yang boleh dijadikan rujukan tambahan. Itu pun aku cuma link kan melalui kedua-dua web rasmi MPV ini.






Spesifikasi Proton Exora

Diharapkan anda semua mendapat sedikit maklumat tentang pemilihan. Tapi kalau dari pandangan aku,Exora jauh lebih berbaloi dan selesa termasuk dari segi pemanduan dan penumpangnya. Selamat beramal!

Tuesday, November 3, 2009

Bila JAIS Merasakan Selangor Dah Bersih Dari Maksiat!

Bandingkan gambar ini,seorang yang penah diberi kepercayaan cuba menyedarkan sesetengah makhluk yang tak tau spesis apa.

Terasa terpanggil nak mengulas isu penahanan bekas Mufti Perlis yang bagi ceramah disebuah rumah banglo baru-baru ini. Terasa sangat Jabatan Agama tak kralah negeri mana pun sudah takde kerja lagi nak di buat. Kerajaan yang melaungkan agama Islam kononnya agama rasmi seolah-olah topeng sahaja.Kenapa aku cakap macam tu? Aku sedih dan rasa terharu dengan apa yang berlaku di Malaysia sekarang.Islamnya aku rasa hanya tinggal nama. Jangan cita pasal VVVIP,VVIP atai VIP yang sudah terang-terangan hanyut dengan dunia laknat Allah,ini kan lagi rakyat jelata yang entahlah,aku rase bila-bila masa sahaja Malaysia ini ditelan bumi atau di timpa malapetaka. Aku pointkan sahaja kesedihan yang aku nampak sekarang ini :

  • Kewujudan pusat-pusat maksiat semakin meningkat,tak kiralah SPA ke,club ke,atau apa sahaja.Yang penting ahlinya orang melayu yang dikatakan Islam. Clubbing adalah satu umrah bagi mereka. Bayangkan malam raya pun celebrate di club dan minum air kencing syaitan??? Itu belum lagi menyambut hari-hari yang terkenal oleh agama lain?
  • Artis-artis Malaysia aku golongkan sebagai dajal-dajal kecil yang aku rasa penyumbang kepada tanda kiamat dan malapetaka kepada negara ini kelak. Tak kiralah penganjur,penerbit atau pasa saja. Institusi keluarga runtuh dek kerana hiburan yang melampau.
Gambar ini pula makhluk yang entahlah tak tau nak cakap apa tapi mana yang menahannya?
  • “Wanita yang pakai seluar, pusat keluar, kenapa kita tak ambil tindakan,” kata Ahli Parlimen Barisan Nasional dari Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh yang kehairanan apabila Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengambil tindakan terhadap bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
  • Kemanakah pihak berkuasa? Dah takde kuasa kah melawan semua ini? Pemimpin hanya duduk diam dan mersakan mereka terbaik? Menentang jelas-jelas hukuman ditetapkan Allah seperti kes model dihukum sebat walaupun x sampai 80 sebatan? Kalau betul nak jalankan hukuman sebat,jangan rakyat sahaja jadi eksperimennya. Banyak lagi yang jelas dan nyata meminum arak melakukan kan maksiat dan ditayangkan di laman-laman sosial? Bukankah itu bukti mendakwa mereka? Adakah kerana mereka VVVIP? VVIP atau VIP?
  • Penahanan orang agama seperti bekas Mufti Perlis tak masuk akal! Kenapa tak tahan parti-parti liar,parti-parti seks dan hidangannya jelas bertentangan? Adakah kerana mereka beralasan untuk berhibur tapi tidak menyesatkan orang berbeza dengan ceramah yang jauh lebih menyedarkan manusia kalau ia betul-betul dijalan yang benar dan niat kerana Allah?
Ini semua semakin lama semakin menyedarkan kita. Negara ini sebenarnya penuh dengan gejala kurang sihat. Bagaimana nak mendapatkan rakyat yang baik jika PEMIMPINnya sendiri terpesong dan hanyut dengan duniawi? Tak kiralah darah kuning,hijau atau biru. Yang penting darah kita sama merah dan kita akan kembaili kepadanya tak kiralah engkau golongan apa pun.

APA,KO INGAT KO GOLONGAN VIP KO MATI DIKAFANKAN DENGAN KAIN SONGKET DAN DITANAM DENGAN BERHALA-BERHALA BERGERAK? TUNGGU SAHAJA SOALAN DARI MUNGKAR DAN NANGKIR,SAMADA KO MAMPU MENJAWABNYA ATAU TIDAK DENGAN KEMEWAHAN DAN KEHIDUPAN YANG KO BANGGAKAN.

p/s: Kerdilnya diri ini bila Rasullullah beribadah dan menghambakan dirinya kepada Allah seolah-olah dia akan mati esoknya walhal Allah telah menjanjikan tempat sebaik-baiknya di syurga nanti.

Tuesday, August 25, 2009

RM44.3billion untuk Jambatan Malaysia-Indonesia


Aku tidak tahu kebenaran kisah ini. Jika ia betul-betul terjadi,ia adalah projek 2 negara antara yang terbesar dan ekstrim dalam kejuruteraan. Apa-apa pun aku rasa jika ia betul-betul mahu dijadikan realiti,aku rasa ia belum masanya lagi ia rasanya betul boleh menjamin apa-apa kelebihan samada oleh Malaysia atau Indonesia sendiri. Berikut adalah kisahnya :

Straits of Malacca Partners Sdn Bhd (SOMP) telah menghantar cadangan untuk membina jambatan yang menghubungkan Malaysia dan Indonesia yang bernilai US$12.5 billion (RM44.3 billion).

Jambatan tersebut adalah 4 kali lebih panjang dari Jambatan Pulau Pinang melintasi Selat Melaka antara Melaka dan Dumai,Sumatera, Indonesia.

Pengerusi SOMP, Tan Sri Ibrahim Zain telah menghantar proposalnya kepada kedua kerajaan Malaysia dan Indonesia.

Adakah cadangan ini diluluskan dan setakat mana pembinaannya dapat meningkatkan ekonomi Malaysia dan Indonesia tidak dinyatakan.

Monday, August 3, 2009

Mari Kita Renungkan Sejenak Musibah Melanda...Banyakkan Selawat Syifa,Insyaallah!


Terjemahan:

Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda.

Thursday, July 9, 2009

Hubungan Diplomatik dengan Singapura,FIC & Ekuinas dan PPSMI

Tahniah kepada kepimpinan Datuk Seri Najib dan kuncu-kuncunya yang hampir mencecah 100hari sabtu ini. Sepanjang 100hari kepimpinan Najib dan kuncu-kuncunya,apa yang aku nampak adalah perubahan yang dikatakan sebilangan orang sebagai perubahan yang seolah-olah memakan diri sendiri dan terlalu mengikut kehendak hati. Pakatan Rakyat a.k.a Pakatan Pembangkang sepatutnya memeluk cium kerajaan pimpinan Najib ini kerana semua hasrat yang dikehendakinya boleh dikatakan tertunai. Ini pandangan aku yang jahil dan hanya berpandukan apa yang aku baca dan lihat di kaca televisyen. Tidak semestinya siaran -siaran yang bias kepada kerajaan semata-mata tetapi juga yang berhaluan bertentangan. Aku akan memberi pandangan dan mengulas setiap usul,kes atau kemahuan yang pada asalnya tuntutan PR :

  1. Isu FIC=DEB Seolah-olah dimansuhkan
  • Asalnya 49% tetapi syer dinaikkan ke 70% untuk pegangan saham dari luar kecuali syarikat tempatan yang dilindungi.
  • Tubuhnya ekuinas untuk jaminan Bumiputera kononnya.
  • Betapa sukanya negara luar melabur disini dan akan menjadi bos besar di negara ini.
  • Ambil contoh Singapura yang akan menggunakan peluang ini bagi meneruskan pembesaran tanah jajahannya ( tak perlu korek pasir lagi).
  • Hmmm,hampir seolah-olah DEB dijadikan 'kambing hitam' sahaja. Bukankah ini permintaan pakatan pembangkang sebelum ini? Nah! sekarang ia sudah hampir ditunaikan.
  • "Kalau kita sudah tahu bahawa dasar dan pendekatan itu tidak memberikan manfaat kepada rakyat, takkan kita mahu teruskan walhal kita tahu rakyat memerlukan perubahan dari segi pendekatan supaya sasaran itu dapat dicapai," katanya. Ayat-ayat Shafie Afdal yang berubah pendapat dan pendirian.

2. Diplomatik dengan Singapura
  • Janganlah terlalu manja dan terlalu baik dengan mereka.
  • Lawatan Lee Kuan Yew baru-baru ini ke Malaysia agak memberikan tanda tanya.
  • Apa kejadahnya nak buat jambatan baru lagi? Bila tukar PM nak satu jambatan,kalau 10 PM bertukar ada 10 jambatanlah kat Selat Tebrau tu agaknya.
  • Orang-orang Johor dan Sultan Johor sendiri sangat berhati-hati dengan mereka. Aku ingat lagi ketika Sultan Johor ada merasmikan satu majlis di Johor Bahru yang dihadiri PM ketika itu Pak Lah. Sound direct jer Tuanku mengatakan ketidakpuashatinya kepada Pak Lah yang tidak bersetuju pembatalan Jambatan Bengkok yang lebih menguntungkan Singapura.
  • Nah! sekarang ia hampir menunaikan kemahuan Pakatan Rakyat iaitu terlalu berbaik-baik dengan PAP iaitu abang kepada DAP di Malaysia. Ini lah kesukaaan PKR kepada DAP. So,ia seolah-olah menunaikan harapan Pakatan Rakyat lagi.

3. PPSMI
  • Naik muak,jelak dengan isu ini yang tiada kesudahannya. Bagi aku,aku sangat bersetuju dengan PPSMI ini cuma diubahkan sedikit pendekatannya dari yang asal.
  • Sasterawan-sasterawan negara terus di suap dengan agenda politik melampau PR. Ceramah politik,perarakan di jalan raya dan macam-macam lagi.
  • Dan semalam diumumkan pemansuhan PPSMI bermula 2012 kerana nak habiskan sisa-sisa ujikaji orang-orang yang berkuasa bermusim ini. Silap-silap tukar menteri,buat balik PPSMI. Benda boleh berubah mengikut nafsu siapa yang berkuasa.
  • Hasil keputusan ini adalah hasil daripada analisis yang dikatakan berjaya dan tiba-tiba sahaja tidak berjaya. Apakah lagi fakta yang boleh diubah?
  • Apa yang penting sekarang adalah,Nah! PR telah dapat apa yang dimahukannya!

Kita tunggu dan lihat sahaja apa lagi selepas ini. Jika ini baik kepada rakyat,baiklah dan dapatlah sokongan dari rakyat dan jika tidak,ia akan terus didesak dan diharapkan diubah oleh rakyat. Apa-apa pun boleh dikatakan semua permintaan PR sudah hampir ditunaikan so diharapkan PR sedar semua ini dan ucapkanlah terima kasih....hahahaha..."Bukannya kena bayar kalau angkat tangan?!" hahahaha...politik...politik...

Monday, June 22, 2009

Peringatan : Kepada Pemilik Kad Mesra Petronas atau Kad-Kad Sewaktu Dengannya


Aku tak pasti samada semua orang tahu kegiatan penipuan atau kecurian yang tidak disangkakan ini terutama sekali yang aku dapat tahu adalah berkaitan dengan kad-kad pungutan point yang boleh ditebus dengan hadiah-hadiah yang agak menarik daripada syarikat-syarikat yang terlibat. Selain Kad Mesra,Kad Smiles dari Mobil,Real Reward dan bermacam-macam lagilah kad yang membolehkan kita mengumpul point semasa berbelanja.

Tetapi aku fokuskan kepada Kad Mesra Petronas sebab cerita ini lebih kepada kad ini atau kad-kad lain juga tidak mustahil berlaku penipuan begini. Ikuti sinopsis yang dikatakan berlakunya penipuan kad ini :

  1. Kita sedia maklum,sebelum tuang minyak,kita akan memberikan kad berserta duit kepada penjaga kaunter di dalam stesen.
  2. Dengan hanya beronggakan ruang yang hanya boleh memuatkan tangan untuk menghulurkan duit berserta kad mesra,kita mungkin tidak dapat melihat,apakah aktiviti haram yang dilakukan penjaga kaunter berkenaan?
  3. Ya! ketika ini lah kita mungkin tidak perasan bahawa penjaga kaunter ini akan menukarkan kad anda dengan kad beliau sendiri untuk memungut point hasil dari tuangan minyak anda.
  4. Kad dipulangkan semula ketangan anda dengan baki wang (jika ada) tetapi anda sudah ditipu kerana kad anda tidak di sweap tetapi kad dia sendiri yang digunakan.
  5. Kesannya anda kerugian point yang agak tinggi (jika tuang minyak banyak) ataupun anda kerugian dalam memenangi peraduan yang di tawarkan oleh syarikat akibat si malaun ini.

So beringat lah.Manusia sanggup melakukan apa sahaja. Sekurang-kurangnya kita melihat samada dia sweap kad kita atau pun dia sweap kad dia. Untung-untung dia boleh tukar dengan berapa banyak hadiah disebabkan dia menipu begitu sepanjang dia berkerja. Jangan lupa juga bagi kad-kad pungutan point yang lain. Sekadar beringat.Sekian

Monday, June 15, 2009

Nizar Oh! Nizar : Ko Buat Lagi Perangai Budak Sekolah?


Hari ini Parlimen di buka semula selepas hampir 2 bulan berehat dengan ahli-ahli parlimen kebanyakan yang telah berubah mengikut kepada kepimpinan kerajaan yang baru. Ku harapkan perjuangan Mat Nizar dan rakan-rakan karibnya itu semakin matang dalam mengharungi kancah politik yang dikatakan kotor dan semakin mencabar dengan kedua-dua pihak baik kerajaan atau pembangkang yang ada agendanya sendiri.

"Arahan itu dikeluarkan oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia ekoran tindakan Nizar melaungkan slogan "bubar Dewan Undangan Negeri" sebaik sahaja menurunkan tandatangan angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen dan ingkar arahan supaya memakai lilitan "BUBAR DUN" Perak."

Petikan diatas diambil dari Mstar Online. Mat Nizar dan 7 orang kerdilnya diarahkan keluar dewan dan digantung 2 hari dari menghadiri sidang dewan. Baca balik petikan aku masukkan tadi. Memang lawak. Aku cuba bayangkan bagaimana suasana dewan yang duk menanti perjuangan 'suci' Mat Nizar ini yang kembali semula ke Parlimen setelah dikatakan diasak atau diguling-gulingkan di Perak sebelum ini,kembali semula menyahut suara rakyat. Ingatkan semakin matang tapi apa yang mamat tu telah buat? Mari kita lihat sinopsis di bawah :

  • Sampai diperkarangan Parlimen dengan konco-konco dan antaranya 7 orang kerdilnya.
  • Aku tak pasti dia dah mula pakai lilitan BUBAR DUN di songkoknya atau belum sebelum masuk dewan tapi yang pasti kaum kerabatnya dah pakai.
  • Mula mengangkat sumpah dan menandatangani akuan bersumpah Ahli Parlimen B.Gantang.
  • Tak sampai 5minit,laungkan keramat mamat ni keudara "BUBAR DEWAN UNDANGAN NEGERI!"
  • Mereka juga mengingkari arahan larangan memakai lilitan BUBAR DUN di songkok ketika didewan oleh Yang Dipertua.
  • Akibat keras hati,kepala,jantung,dan tuttt...mereka dihalau keluar dan digantung selama 2 hari.
Aduhai,belum apa-apa dah kena halau.Sampai bila nak mengetengahkan masalah rakyat kat Bukit Gantang En Nizar oii? Udah-udahlah tu. Bawak banyak bersabar dan bersyukur. Cuba jalankan kerja dengan bawak banyak bersabar,tak boleh ke? Pelan-pelan naik balik,bawak bersabar,takel balik rakyat dengan sifat lebih baik. Ini tak,macam orang kena sawan giler babi. Main redah jer. Meluat jugaklah orang tengok. Aku memang dah meluat dah tapi nak buat macam mana,hal negara kena amik tahu jugak.Hmm...lantak ko lah Nizar.

Wednesday, June 3, 2009

Analisis Struktur, Makan Duit Haram dan Ajal Maut Di Tangan Tuhan

Beginilah rupa bumbung Stadium Setahun Jagung Yang Gugur 60%

Sedih,pilu,bengong dan sebak melihatkan apa yang terjadi di stadium Gong Badak yang dikatakan berharga RM300juta ini. Baru setahun jagung usianya tapi keadaannya yang telah gugur seolah-olah ia lebih teruk dari reban ayam atok aku di Gelang Patah dan Pulai Chondong. Dahlah penah di panaskan dengan isu software untuk kegunaan stadium sempena SUKMA yang berharga RM10juta itu dibongkarkan sehingga SUKMA habis,benda yang berharga berjuta itu tidak digunakan dan hilang entah kemana. Ko makan duit haram lagi kan?

Ini pulak,kegagalan struktur pembinaan bumbung stadium. Difahamkan kontraktor yang di anjingkan ini berasal dari Korea Selatan dan telah diberi kepercayaan membangunkannya. Overseas punya company pun macam tak sekolah,macam mana pulak kalau company local? Aku percaya,ini semuanya berpunca dari manusia-manusia yang memang suka makan duit-duit haram,jilat lahar-lahar neraka jahanam. RM300juta,mustahil tidak mencukupi untuk menghasilkan satu struktur bangunan yang kukuh. Ini bukan bangunan 100tingkat,baru bumbung. Manusia celaka ini lah gamaknya yang telah menyedut sebahagian dari RM300juta ini untuk kegunaan hati perut sendiri. Jurutera belajar tinggi-tinggi pun boleh mati dek kerana manusia yang suka makan duit haram.

Elok-elok kena pakai 10kampit,dah kena pakai 3kampit simen jer,yang lain pasir pantai. Elok-elok pakai besi konkrit 10tan,dah kena pakai besi konkrit 3tan tak pun beli kat kedai besi buruk. Elok-elok consultant kata begini,ko nak buat begitu. Aku percaya,company ini cukup persekolahannya cuma manusia yang mengawal bajet kewangan ini yang tak sekolah. Bukak balik buku analisis struktur,statik, mekanik pepejal dan sebagainya.Stadi balik. Bagi yang hidupnya makan duit haram,bawak-bawak bertaubat dan banyak baca buku agama. Bayangkanlah,atas kesilapan dan kepentingan peribadi,nyawa manusia yang dikatakan hampir 1000orang yang akan menggunakan stadium ini hari ini sempena Kejohanan Staf Institusi Pengajian Awam ke-34 akan melayang.

Friday, May 22, 2009

Kes Perak : Keputusan Mahkamah Hari Ini?


Kenapa tajuk aku macam tu? sebab keputusan mahkamah akan ditentukan hari ini merangkumi rayuan dan semua 'fakta-fakta' karut duniawi untuk mengejar status kuasa dan bakal mengaut kekayaan yang kalau tidak akan dijaga akan dituntut di akhirat kelak. Tak kisahlah siapa yang menang siapa yang kalah. Politik tetap politik. Ia bukannya sesuatu fakta yang sahih atau memang dah tetap seperti 1km bersamaan dengan 1000meter. Suhu didih air mutlak bersamaan 100 deg.celcius, rakaat solat maghrib 3 rakaat,solat jumaat hanya pada hari jumaat dan macam-macam fakta yang sahih lagi.

Politik,fakta boleh ditukar jika ia berkepentingan. Buat apa belajar tinggi-tinggi belajar undang-undang kalau mamat yang dah sahih merogol dan membunuh hanya dihukum penjara atau lebih malang dilepaskan? Itu semua dijawap dan di hitung di alam yang lain.mahkamah DISANA akan lebih adil dan saksama. Berbalik kesah di Perak yang aku rasa dah macam kat Thailand tiada kesudahannya. Aku percaya,ia semakin lama semakin menimbulkan ketidakpuasan hati. Nak memenuhi impian dan hati seorang isteri pun cukup memerlukan ketabahan hati yang tinggi,inikan pula nak memenuhi hati,perasaan,nafsu,kepala hotak,jantung,pankreas manusia-manuisa pelbagai kaum,bangsa dan agama?


Mahkamah pertama kita akan lalui sebelum kiamat

Ingat,ada satu lagi MAHKAMAH TINGGI yang akan kita semua lalui,PEGUAM PEMBELA kita hanya amalan soleh di dunia ini. TIADA lagi MAHKAMAH RAYUAN! Salah tetap salah,betul tetap betul...

Wednesday, May 13, 2009

Peringatan Dari Yang Satu - Am'z & Amie



Dari Mana Semua
Masih Lagi Lupa
Kehadiranmu Kedunia
Bukanlah Untuk Suka-suka

Hidupnya Manusia
Diberikan Masa
Nafas Akan Diragut
Bila Tiba Saat Perjanjian
Antara Kau dan Tuhanmu

Tak Mungkin Dapat Kau Elakkan
Walau Sembunyi Dikayangan
Cubalah Jalanmu Sendiri
Andai Kau Fikir Kau Yang Berkuasa

Hidupnya Manusia
Diberikan Masa
Nafas Akan Diragut
Bila Tiba Saat Perjanjian
Antara Kau dan Tuhanmu

Kehidupan Kau Persiakan
Terimalah Akan Balasan
Tak Kira Siapakah Engkau
Janji Neraka Tetap Neraka

Tuesday, May 12, 2009

Mahkamah Tinggi : Bila Keputusan Berpihak Kepada 'Mereka', Mahkamah Disanjung! Mahkamah Juga Bersetuju Menangguhkan Keputusan Semalam!

Mahkamah Tinggi Hanya Keputusan Duniawi

Inilah politik,inilah manusia, inilah dunia. Bila sesuatu keputusan atau hal berpihak kepada kita,kita puji melambung dan merasakan sesuatu institusi itu betul dalam membuat keputusan tepat tetapi bila keputusan tidak menyebelahi kita,fitnah,sumpah seranah,maki hamun terus di hamburkan kepada institusi ini. Inilah institusi kehakiman atau mahkamah yang perlu menerima segala-galanya. Bila benda yang betul pun boleh jadi salah dan yang salah pun boleh jadi betul. Yang sah merogol boleh selamat jika mereka mempunyai peguam yang bagus melepaskannya kembali bermaharajalela. Siapa nak lawan?

Secara kasarnya keputusan mahkamah banyak dihentam dikala sesuatu kerajaan itu berkuasa dan bagi pihak pembangkang,keputusan ini memang dirasakan tidak menyebelahi mereka dan ada korupsi berlaku. Diringkaskan :
  • banyak kes,mahkamah di katakan penipu bila tidak menyebelahi mereka
  • bila sudah menyebelahi,mereka percayakan pula institusi ini?
  • yang kelakarnya,sedang dok tak percaya dengan sistem kehakiman negara,ke situ juga yang dirujuk?
Kes di Perak, Mat Nizar kembali merasakan ia berkuasa. Speaker yang sebelum ini diheret keluar ketika Zambry dikatakan berkuasa,akan kembali semula kekerusinya di dewan. Jika speaker Sivakumar (bukannya altec lansing) ini tidak mengusulkan undi tidak percaya didewan kelak,mereka sebenarnya tersepit. Jika ia mengusulkan, silap-silap apa yang dicanangkan oleh puak-puak Zambry yang mengatakan mereka ada majoriti di dewan memang sahih dan jatuh semula keatas batu jemala Nizar dan Sivakumar. Dewan mesti diserahkan semula kepada speaker Ganesan dan puak-puak Zambry. Adakah Nizar boleh terima? Adakah langkah selamat mereka membubarkan sahaja DUN atau mengadakan semula pilihanraya negeri Perak? Terserah juga kepada titah dan persetujuan Sultan Perak.

Berita terbaru,mahkamah pula setuju menangguhkan keputasan semalam sehingga keputusan rayuan dikeluarkan. Nampak tak? Keputusan mahkamah ini boleh berubah jika ada kepentingan. Kita tunggu dan lihat pula keputusan rayuan ini. Nampak gayanya,Nizar kena keluar balik dari pejabatnya yang baru masuk hari inilah.kahkahkah...memang hindustan betullah politik Perak.

Monday, May 11, 2009

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur : Mat Nizar MB Perak Yang Masih SAH!

2 orang Hamba Allah yang tiada hala tuju

May 11, 09 3:45pm

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut awal bulan lalu.

Mahkamah juga memutuskan menteri besar BN Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan enam exconya mengosongkan dengan kadar segera pejabat mereka - di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh.

Dalam penghakimannya, hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata seseorang menteri besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di DUN, seperti kes Stephen Kalong Ningkan.

Hakim menambah, dalam kes pelucutan Mohamad Nizar, tiada persidangan dewan diadakan untuk meluluskan usul sedemikian.

Dalam penghakimannya, Abdul Aziz berkata jika Sultan Perak mahu meletakkan Mohamad Nizar meletakkan jawatan, maka baginda sepatutnya mengambil sidang DUN untuk mengemukakan usul tersebut.

Permohonan peguam Zambry, Cecil Abraham untuk menangguhkan penghakiman tersebut ditolak oleh mahkamah.

Mengulas kemenangannya, menteri besar Pakatan Rakyat itu berkata beliau akan menghadap Sultan Perak berhubung penghakiman mahkamah tersebut.

Sumber : MalaysiaKini

Thursday, May 7, 2009

Bila Dua Speaker Berebut Kuasa!

Ini adalah speaker yang sama kaum dan bangsa yang berebut kuasa

IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar dari Pakatan Rakyat yang tidak berganjak dari tempat duduknya lebih lima jam sejak pukul 10 pagi tadi diangkut keluar dari Dewan oleh polis.

Walaupun tindakan membawa beliau keluar telah dihalang oleh anggota DUN Pakatan kira-kira 30 minit tetapi Sivakumar telah diangkut keluar dari tempat duduknya kira-kira pukul 2.40 petang oleh tiga anggota polis.

Beliau kelihatan terjatuh semasa diangkut keluar di luar Dewan.

Kerusi yang didudukinya juga dibawa keluar.

Kira-kira 30 anggota memasuki DUN sebaik sahaja berlaku pergelutan antara anggota Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat.

Pergelutan dan pertikaman lidah tercetus apabila Speaker baru 'dilantik' BN, Datuk R. Ganesan mengambil tempatnya di barisan kedudukan BN, sebelah kiri tempat duduk Speaker untuk mempengerusikan 'sidang DUN'.

Pertikaman lidah itu yang antara lain mendesak Ganesan keluar Dewan atas alasan tidak sah, berubah dengan pergelutan sekali gus membawa kepada kemasukan anggota polis ke dalam Dewan.

Insiden tolak-menolak antara ADUN Pakatan dan polis juga berlaku.

Suasana ini berakhir dengan usaha memaksa membawa keluar Sivakumar yang bertegas tidak akan memulakan sidang DUN selagi 10 ADUN termasuk Menteri Besar dan tiga wakil rakyat Bebas keluar dari Dewan.

Sehingga berita ini ditulis keadaan Sivakumar masih tidak diketahui.

Beliau tidak kelihatan dalam Dewan apabila ia mula bersidang.

Sidang disambung kira-kira pukul 3.17 petang dengan titah diraja perasmian yang disampaikan oleh Raja Muda Raja Nazrin Sultan Azlan Shah.

Baginda sepatutnya menyampaikan titah diraja perasmian pukul 10 pagi tadi.


Amz CamPro Berkata :

Sampai ke sudahlah berebut kuasa dan harta benda. Yang lain tersenyum gembira. Apa susah,beli soket boleh cucuk 3 plug sekalu,3 speaker boleh pakai...kahkahkah

Tuesday, May 5, 2009

Dah Sampai Masanya Hukuman Muslim Minum Arak DISEBAT!

Pakai tudung kalau masuk mahkamah kan?

KUANTAN: Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam menetapkan kes model sambilan dari Singapura yang didakwa meminum minuman keras di sebuah pusat hiburan tahun lalu, disebut semula pada 20 Julai ini.

Hakim Datuk Abdul Rahman Yunus menetapkan tarikh itu bagi membolehkan Pendakwa Raya Syariah, Saiful Idham Sahimi menyediakan hujah balas selepas meneliti hujah bagi meringankan hukuman yang dikemukakan peguam responden, Mohd Zuki Che Muhamad Ghani .

Terdahulu, Saiful Adham meminta mahkamah memberi masa kepadanya untuk meneliti rayuan yang dikemukakan responden kerana beliau baru menerima salinan rayuan itu, semalam.

Abdul Rahman berkata, tempoh yang diberikan agak panjang itu juga untuk membolehkan pendakwa raya menyediakan hujah balas berhubung kes itu.

Pada 12 Januari lalu, responden, Kartika Sari Dewi Shukarno, 32, didakwa bersama seorang wanita kerana meminum minuman keras di sebuah pub di Jalan Gambut ketika ditahan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), kira-kira jam 1.20 pagi.

Wanita terbabit, Noorazah Baharuddin, 22, dari Selangor mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan rotan, Januari lalu.

Hukuman rotan terhadap umat Islam yang meminum minuman keras mendapat perhatian berikutan kes itu adalah yang kedua selepas Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dipinda pada 1987.

Amz CamPro berkata :

Aku memang dah tak sabar-sabar nak tunggu undang-undang supaya siapa yang meminum arak di tangkap dan ada bukti kukuh didakwa dan dijatuhi hukuman SEBAT. Nak tunggu Hudud dijalankan tak taulah bila tapi sekurang-kurangnya,undang-undang berkaitan kemaksiatan ini terus di KERAS kan dan di hukumkan dengan lebih BERAT lagi.

Seperti kisah diatas,seorang muslimah yang berasal dari Singapura katanya didapati bersalah meminum minuman keras di pub di Kuantan. Aku rasa jangan dibagi muka hal begini. Bila bukti dah ada sepatutnya mandotori sahaja hukumannya seperti jenayah dadah (39B) dan Akta senjata api. Guna ISA pun bagus jugak.

Macam mana nak dapat bukti? Aku tengok sekarang manusia bertopengkan agama seperti ini terang-terangan minum arak dan mengambil gambar. Cukup bangga mereka menogok air kencing itu. Tidakkah itu sebagai bukti kalau kita gunakan untuk mendakwa? Kita boleh buat kalau nak buat. Buat hukuman sebat pun dah cukup. Denda mereka mampu bayar tapi bila dah sebat,bebirat gak punggung sorang-sorang.SEkurang-kurang dapat mengingatkan mereka.

Ingatlah,minum arak atau memakan makanan dari sumber haram akan menjadi darah daging dan hanya satu tempat untuk menyucikannya iaitu NERAKA JAHANAM kalau tak sempat bertaubat.

Monday, May 4, 2009

MTV@VC BARU AKAN DATANG : MPire : Peringatan Dari Yang Satu (Amz & Amie Version)

TUNGGUKAN KEMUNCULAN MTV @ VC BARU DARI AMZ & AMIE VERSION YANG DIIRINGI LAGU OLEH BAND MPIRE BERJUDUL PERINGATAN DARI YANG SATU.

Hayati Dulu Lirik Lagu Ini
Peringatan Dari Yang Satu - Mpire


Dari Mana Semua
Masih Lagi Lupa
Kehadiranmu Kedunia
Bukanlah Untuk Suka-suka

Hidupnya Manusia
Diberikan Masa
Nafas Akan Diragut
Bila Tiba Saat Perjanjian
Antara Kau dan Tuhanmu

Tak Mungkin Dapat Kau Elakkan
Walau Sembunyi Dikayangan
Cubalah Jalanmu Sendiri
Andai Kau Fikir Kau Yang Berkuasa

Hidupnya Manusia
Diberikan Masa
Nafas Akan Diragut
Bila Tiba Saat Perjanjian
Antara Kau dan Tuhanmu

Kehidupan Kau Persiakan
Terimalah Akan Balasan
Tak Kira Siapakah Engkau
Jadi Terbakar Tetap NERAKA

Wednesday, April 22, 2009

Pusat/Institut Pengajian Tinggi (IPT) Yang Mula Digemari Orang Melayu Sekarang

Pelopor 'IPT'-Antara 'IPT ' tertua di negara ini

Masuk 'IPT' ini,dapat RM1juta.Pastu enjoy...

“PUSAT PENGAJIAN TINGGI” yang aku maksudkan disini adalah pusat-pusat melahirkan lagi lebih ramai tanda-tanda kiamat kelak. Semakin hari semakin banyak rancangan-rancangan seperti ini yang lebih dimonopoli oleh orang kita sendiri. Akademi Fantasia, Mentor, One In A Million, Gangstarz, My Starz LG, Bintang RTM, Malaysian Idol dan macam-macam lagi. Rancangan realiti dan tidak realiti ini hanya ingin lebih meramaikan lagi industri hiburan. ‘Pusat Pengajian Tinggi’ ini lebih untuk melahirkan ‘graduan’ yang berjaya dan handal dalam nyanyian. Vokal,tempo,pitching,vibrator,tone dan macam-macam lagi ‘teori-teori’ khayalan oleh ‘Profesor-profesor’ dan ‘Doktor-doktor falsafah’ yang pakar dalam hal melahirkan tanda-tanda kiamat ini. Nak tergelak pun ada bila pakar-pakar ini memarahi pelajarnya melebihi memarahi jika meninggalkan solat. Mungkin?

Pelajar yang dapat 1st Class Degree. 'Dekan'nya tersenyum bangga

Ia terlalu banyak sekarang. Itu baru sahaja ‘Pusat-pusat Pengajian Tinggi’ dalam bidang seni suara,bagaimana pulak dari segi lakonan? Zaman sekarang kita sering disogokkan dengan hiburan yang kadang-kadang rasanya sudah melampaui batasan peradaban agama dan budaya kita sendiri. Aku rasa kecewa juga dengan trend semasa sekarang seolah-olah, menggalakkan masyarakat muda kita supaya mengejar kemewahan dan kekayaan dengan cara mudah dari sumber hiburan yang boleh diragui halal haramnya. Silap-silap, mak bapak turut sama merestui anak-anaknya supaya menceburi bidang ini supaya cepat kaya raya dan glamer didunia dan tidak di akhirat.

'IPT' International,orang luar boleh masuk,kasi mereka kaya...

Kita disogokkan dengan hiburan sejak dari kecil lagi. Tak percaya? Rancangan seperti Tom Tombak misalnya dan Macam-macam Aznil dulunya, sebuah rancangan yang lebih menggalakkan anak-anak yang masih kecil dan belum cukup umur ini supaya menyanyi, berlakon dan kadang-kadang seperti biadap dengan orang yang lebih tua. Bila dari kecil sudah mula diajar dunia seperti ini,aku percaya mereka akan terus hanyut dengan dunia ini juga satu hari nanti jika tidak dibimbing dengan betul. Sedih bila melihat anak-anak kecil sudah pandai bergaya menyanyi depan TV. Mak bapak menangis-nangis gembira anaknya ‘berjaya’. Aku tidak jumut tapi risau ia semakin melampaui batas. Sebagai contoh, jemaah alim ulama negara telah mengharamkan Konsert SureHeboh tapi ia terus dijalankan. Mungkin kerana namanya sudah menjadi JomHeboh? Aku menonton semua rancangan seperti ini secara kasar, bagaimana nak mengulas atau memberi pandangan jika kita tidak melihat sendiri? Betul tak?

'IPT' ini menjadikan mentornya yang sudah bertanduk 2 sebgai Sifu Besar

Graduan menganggur semakin ramai, yang dah ada kerja diberhentikan dek kerana ekonomi, yang ada anak bersepah di rumah pun akhirnya mencari jalan dan alternatif mudah menuju kelembah hiburan yang telah jelas dan sahih lebih kearah kemaksiatan. Bila sudah glamer, semua lupa, air kencing setan pun seperti Teh O ais, berzina seperti bercucuk tanam di kawasan tanah-tanah yang luas terbentang, rambut dah hilang warna asalnya sehinggakan kucing dan anjing termenung sendirian melihatnya. Sumber kewangan hidup bila diperolehi dengan cara yang tidak halal, lambat laun kesannya menjelma jua, tidak didunia ia pasti di akhirat bila kiamat kelak. Renungkan antara secebis kisah di “Pusat Pengajian Tinggi’ dibawah ini yang sempat aku lihat:

'IPT' yang mendapat taraf Apex-semua boleh buat

Terjadi di rancangan Diari Akademi Fantasia 7 baru-baru ini dimana antara peserta ini namanya Qhaud. Mamat ini lebih dikatakan islamik dari peserta yang lain kononnya tapi….hampeh…tergamaknya dia merelakan / menyuruh seorang wanita yang bukan muhrimnya untuk tolong memotong kukunya? Lu bikin wa panasssss jee….Jangan gunakan agama disebalik sikap yang tidak betul tu. Aku lebih rela orang tu biasa-biasa sahaja tanpa menunjuk-nunjuk kealimannya. Peluk-peluk antara ‘pelajar’ dan ‘pakar-pakarnya’ (cikgu) sudah menjadi bebas antara lelaki dan perempuan. Gejala sosial melayu semakin jelas dan terus ditelanjangkan.

p/s : Memikirkan membesarkan anak-anak dizaman ini cukup memberi perasaan takut dan keinsafan di hati aku. Bagaimanakah kita akan lalui dalam membesarkan anak-anak dengan dunia yang penuh pancaroba ini? Hanya doa, didikan agama dan rohani yang sempurna serta berserah kepada-Nya sahaja menjadi perisai kita.

Thursday, April 16, 2009

Isu Pembelian Eurocopter Menggantikan Nuri : Beza Antara Eurocopter Malaysia Dengan Brazil


Ramai yang pertikaikan kenapa Malaysia beli EUROCOPTER dengan harga RM 193 juta, manakala Brazil pulak beli dengan harga RM 82 juta...

Aku pun heran gak. Apasal mahal sangat kita beli ni? Tapi bila tengok perbezaan spesifikasi Eurocopter Malaysia dan Brazil baru le aku tahu. Berikut adalah butirannnya:

Specifications (Cougar EC 725) MALAYSIA


General characteristics

* Crew: 2 (pilot + co-pilot)
* Capacity: 1 chief of stick + 28 troop seats
* Length: 19.50 m (63.98 ft)
* Rotor diameter: 16.20 m (53.14 ft)
* Height: 4.60 m (15.09 ft)
* Empty weight: 5,330 kg (11,750 lb)
* Loaded weight: 11,000 kg (24,250 lb)
* Useful load: 5,670 kg (12,500 lb)
* Max takeoff weight: 11,200 kg (24,700 lb)
* Powerplant: 2× Turbomeca Makila 1A4 turboshafts, 1,800 kW (2,413 shp) each


Performance

* Never exceed speed: 324 km/h, 201 mph (175 kts)
* Maximum speed: 324 km/h, 201 mph (175 kts)
* Cruise speed: 285 km/h, 177 mph (154 kts)
* Range: 857 km, 532 mi (463 nm)
* Service ceiling 6,095 m (20,000 ft)
* Rate of climb: 3.6 m/s (710 ft/min)


Specifications (Cougar EC 725) BRAZIL

General characteristics

* Crew: 1
* Capacity: 24 troop seats
* Length: 19.50 m (63.98 ft)
* Rotor diameter: 16.20 m (53.14 ft)
* Height: 4.60 m (15.09 ft)
* Empty weight: 5,330 kg (11,750 lb)
* Loaded weight: 10,000 kg (22,000 lb)
* Useful load: 5,670 kg (12,500 lb)
* Max takeoff weight: 10,500 kg (23, 100 lb)
* Powerplant: 2× Turbomeca Makila 1A4 turboshafts, 1,800 kW (2,413 shp) each

Performance

* Never exceed speed: 278 km/h (150 knots, 173 mph)
* Maximum speed: 249 km/h (134 knots, 154 mph)
* Cruise speed: 239 km/h (129 knots, 148 mph)
* Range: 573 km (310 nm, 357 mi)
* Service ceiling 3,450 m (11,319 ft)
* Rate of climb: 7.2 m/s (1,417 ft/min)


Untuk memendekkan cerita yang panjang, kisah Eurocopter Malaysia dan Brazil boleh kita gambarkan macam ni. Kita ada beli kereta. Dua Hari lepas tu jiran sebelah rumah kita tu pun beli kereta. Kereta dia pulak tu yang sama model dengan kereta baru kita ni. Dengan muka bangganya jiran kita tu kata, “Hahaha….aku beli kereta ni lagi murah daripada ko tau”.

Kita dengan terbakarnya pun jawab le, “Eleh, memang le kereta ko tu murah. Ko beli yang tak ada sport rim, tak ada tinted,tak ada spoiler, kusyen ko bukan kulit! Lainlah mcm kereta aku ni, semua tu ada tau. CD player aku siap boleh main MP3 lagi.Bleh main DVD,ada LCD...Bukan mcm kereta ko yang CD player boleh main CD biasa jek…Hahaha”.

Rujukan : Amie and Amz

Tuesday, April 14, 2009

Surat Terbuka AmzCamPro Kepada YAB Perdana Menteri Dato' Sri Najib

AmzCampro
Kuantan,
Pahang Darul Makmur
http://amzcampro.blogspot.com

Kepada,

Y.A.B Dato’ Sri Najib Bin Tun Hj Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia
Pejabat Perdana Menteri
Bangunan Perdana Putra
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya

14 APRIL 2009

Dato’ Sri,

Per: PANDANGAN DAN HARAPAN KEPADA DATO’ SRI BAGI PEMBANGUNAN PENDIDIKAN PAHANG

Di sini saya sebagai seorang rakyat biasa yang mewakili penduduk negeri Pahang khususnya dan rakyat Malaysia amnya ingin meminta jasa baik Dato’ Sri supaya dapat menimbangkan cadangan dan pandangan saya ini demi kebaikan rakyat negeri Pahang.

2. Terlebih dahulu,sekali lagu ucapan tahniah dari saya diatas perlantikan Dato’ Sri sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 yang merupakan anak jati Pekan,Pahang semoga Dato’ Sri dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan sekalian rakyat dan ini mendorong saya memberi surat terbuka ini kepada Dato’ Sri. Saya sebagai rakyat Pahang yang telah bermastautin selama 11 tahun disini ingin memberikan sedikit pandangan dan cadangan setelah sekian lama menetap di sini yang sebelum ini berasal dari negeri Johor, negeri kelahiran Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin.

3. Pembangunan prasarana di Pahang terutama sekali di Kuantan amat perlahan dan perlu diberikan perhatian terutama dalam bidang pembangunan sumber pendidikan rakyat Pahang sebelum ia tertinggal lebih jauh. Memandangkan saya sebahagian daripada pendidik yang berkhidmat untuk anak jati bangsa, ia menjadi sesuatu yang saya nampak perlu diberi perhatian. Sudilah apa kiranya Dato’ Sri menimbangkan pembangunan perpustakaan negeri yang agak daif dan menambahkan lagi perpustakaan mini di negeri ini. Ia amat mendukacitakan saya kerana kemudahan seperti ini sepatutnya tidak dilupakan. Sejak saya mula menjejakkan kaki ke negeri ini 11 tahun dahulu sehingga sekarang, perpustakaan negeri ini amat memalukan kita sebagai rakyat negeri Pahang. Kemanakah peruntukan kerajaan untuk pembangunan pendidikan negeri ini?

4. Pembangunan prasarana dan infrastruktur institusi-institusi pengajian tinggi di negeri Pahang juga amat mendukacitakan. Satu-satunya universiti awam yang berada di negeri Pahang iaitu Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah mendapat kritikan hebat dengan menduduki carta terendah IPTA di seluruh negara. Ini tidak termasuk Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) cawangan Pahang atau kolej-kolej bersekutu MARA seperti Kolej Poly-Tech Mara, Kolej Profesional Mara, UiTM cawangan Pahang dan sebagainya. Di cadangkan supaya institusi pengajian tinggi sedia ada yang lebih bercirikan negeri Pahang iaitu Universiti Malaysia Pahang (UMP), IKIP International College (IIC), Kolej PSDC (Pahang Skill Development Centre),Kolej Shahputra dan Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) terus dibangunkan dan dinaiktarafkan lagi demi kemajuan negeri Pahang teutama dalam sektor pendidikan.

5. Sebelum mengakhiri surat ini,sudilah juga apa kiranya Dato’ Sri memberi penjelasan yang lebih cepat dan jitu mengenai pemansuhan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) kerana ia akan menjadi isu yang agak besar jika ia terus didiam dirikan dan rakyat terus dihimpit dengan tanggapan buruk oleh pihak yang ingin menggunakan peluang ini sebagai memburukkan lagi kepimpinan kerajaan yang baru setahun jangung ini kerana kementerian itu berkait rapat dengan golongan bumiputera sendiri. Saya juga berharap, harga pasaran minyak dapat dikaji semula memandangkan rebat tunai sudah dimansuhkan atau sekurang-kurangnya ia dijelaskan kepada rakyat. Tidak lupa juga isu PTPTN tentang caj perkhidmatan 3% menjadi 1% yang masih mengelirukan sesetengah peminjam yang telah dahulu membuat peminjaman supaya diseragamkan.

Akhir kata,pandangan dan harapan saya ini mungkin menjadi harapan dan pandangan rakyat yang lain juga. Saya sudahi surat saya ini dengan jutaan terima kasih dan harapan menggunung rakyat negeri Pahang khususnya dan seluruh negara amnya.

Sekian,

Yang benar,

(AMZCAMPRO)
http://amzcampro.blogspot.com

Monday, April 13, 2009

Perbandingan Terakhir Sebelum Pelancaran 15 April


Terima kasih kepada isuhangat.blogspot untuk gambar perbandingan antara dari kiri Avanza, Lavina dan Exora yang dilihat dari pandangan sisi. Kapasiti enjin sahaja yang berbeza iaitu dari kiri 1.5 untuk Avanza,1.5 Lavina dan 1.6 CPS untuk exora. Kita tengok sendiri dan uji pandu sendiri selepas pelancaran.

Friday, April 10, 2009

Azilah dan Sirul Sudah Dihukum Mati,Inikah Wajah Mereka?

Inikah wajah mereka? Setelah sekian lama dibicarakan sehingga hukuman dah dijatuhkan,batang hidung mereka memang tak penah dilihat. Inilah yang menjadi kemusykilan dan menimbulkan curiga kepada rakyat. Hanya Allah yang tahu dan membalasnya siapa yang benar dan siapa yang salah.



Wednesday, April 8, 2009

Tahniah Kepada Pemenang PRK, Janji Manis Pak Anwar dan Penyokong Bola Sepak Kelantan

Kisah Pertama

Pemenang Batang Ai,bunyinya agak melucahkan...kah kah kah dan Bukit Segantang

Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang PRK di 2 bukit dan 1 batang semalam. Tahniah kepada calon BN yang menang dengan majoriti 1854 undi kepada calon PKR di DUN Batang Ai,tahniah kepada calon PAS yang menang dengan majoriti 2789 undi kepada calon BN di Parlimen Bukit Gantang dan tahniah kepada calon PKR yang yang menang dengan majoriti 2403 undi dengan calon BN di DUN Bukit Selambau. Tahniah sekali lagi. Apa kesimpulan yang dapat aku buat di sini adalah :
  • Penyokong pembangkang masih terus mempertahankan kubunya.
  • Kekeliruan rakyat masih nyata.
  • Jentera kerajaan masih menggunakan taktik dan strategi lama
  • Bukit Gantang : Nizar meraih undi simpati atau pun rakyat Perak memberi petanda DUN Perak wajar dibubarkan semula
  • Bukit Selambau : Masyarakat India memilih calon India yang lebih rendah profilenya dari calon BN yang merupakan seorang Datuk.
  • Batang Ai : Kubu kuat BN yang hampir jatuh ketangan pembangkang dan rakyat masih memberi peluang kepada kerajaan untuk mengotakan janjinya.
  • Dan antara sebab yang dikatakan kuat juga,janji Pak Anwar yang akan mendedahkan rahsia JIKA PR menang di ketiga-tiga PRK (kalau dedah sebelum PRK,tak best katanya)

Kisah Kedua

"Apakah lagi peraduan yang ingin aku buat?"bisiknya didalam hati

Masih ingat kah kita dengan janji Anwar kepada rakyat dan penduduk di PRK baru-baru ini. Dengan muka yang dan penuh tawaduknya dia telah berjanji kakan mendedahkan rahsia dan sentah apa-apa lagi kepada seluruh rakyat jika PR menang di ketiga-tiga PRK? Aduh,janji Pak Anwar seperti ini selalu didengari sampai ke tahap aku sendiri hampir menyayanginya.kah kah kah...Kesimpulan dari kisah kedua ini adalah :
  • Anwar sungguh bijak bermain kata-kata.
  • Adakah dia tidak yakin dengan PR sudah tentu dapat mengekalkan kerusi yang dipegang PR dahulu?
  • Atau pun dia dah tahu,Batang Ai susah nak rampas so timbullah janji barunya yang sure tak akan dedahkan sebab di Batang Ai,BN akan kekal dan syarat pendedahan rahsia itu mesti kena menang ketiga-tiga PRK?
  • So sekarang ini,Pak Anwar ada alasan kukuh tak akan mendedahkan rahsia yang ingin dibongkarkan kerana PR kalah di Batang Ai. Alahai,bak kata Dr.Badrul Amin (PAS) " ooooo mudoh sangattttttt.......!"
  • Rakyat terus dihimpit dengan peraduan Pak Anwar,gores di ketiga-tiga PRK,boleh menang kereta BMW 5 series.kah kah kah...apa punya turrr( bak kata Faridisme-dalam kenangan)

Kisah Ketiga

Katanya,kenderaan Polis diterbalikkan dan dibakar

Peminat bola sepak di Malaysia dikejutkan dengan rusuhan penyokong ala-ala penyokong bola di Argentina dan Colombia semalam di Stadium Sultan Mohamad ke -IV Kota Bharu semalam. Dari berita yang diketahui, dapat disimpulkan bahawa rusuhan berpunca daripada :
  • Kekalahan pasukan Kelantan 0-1 ditangan N.Sembilan pada saingan merebut Piala FA
  • Rusuhan terjadi juga berpunca dari Halim Napi (terkenal dengan gangsternya dan penah masuk berita pasal kedaifannya menjadi gembala lembu) bergaduh selepas perlawanan dengan pemain N.Sembilan iaitu Aidil Zafuan (laki Rita Rudaini) dan seterusnyaberkait dengan pemain lain.
  • Mungkin kerana Halim Napi jeles kat Aidil kot atau pun Halim Napi nak ajar budak tu supaya hormat orang tua? kah kah kah
  • Mungkin kerana tidak boleh menerima hakikat kekalahan pasukannya ditempat sendiri? (kalau kalah pilihanraya,ada KLCC dibakarnya)
  • Mungkin kerana pengadil yang berat sebelah mengadili perlawanan.
  • Emosi orang Kelantan memang gila babi,bukan sahaja bergaduh tak kira pemain dan penyokong,tapi ketahap membakar dan merosakkan kenderaan awam yang lain termasuk Presiden Bola Sepak Kelantan sendiri.
Itulah kisah semalam atau orang kata semalam dalam sejarah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...