Saturday, August 9, 2008

Bila Soal Agama diPolitikkan

Aku hairan dan rasa terhina dengan kata-kata dari Dr Syed Husin Ali.Siapa dia? Dia ni orang kedua dalam PKR,maksudnya Timbalan Presiden lah. Kenapa aku kata macam tu? Sebabnya,aku terbaca dari antara laman web formalnya iaitu KeadilanRakyat.Org yang bertajuk Syed Husin Ali : Keadilan Mengecam Tindakan Terhadap Seminar Majlis Agama. Antara ayatnya adalah...

"Parti Keadilan Rakyat (keADILan) sangat kesal bahawa pasukan polis gagal mengawal keadaan, bahkan kelihatan seperti bersekongkol dengan sesetengah penunjuk perasaan yang mencerobohi masuk ke tempat seminar dan cuba memaksa ia diberhentikan."

Cerita lebih lanjut boleh dibaca dengan klik pada KeadilanRakyat.Org dan aku sendiri rasa terkejut betapa berbezanya pandangan mereka bila hal politik dan agama hendak diperlekehkan dan kononnya mereka ni berfikiran lebih terbuka. Pada pandangan aku,forum yang di anjurkan Majlis Peguam ni (aku memang anti-peguam sekarang sejak peguam atok aku sanggup menipu atok aku dalam urusan tanah pusaka dan anak yatim dan mempermainkan agama dan yang lagi penting mereka orang PKR!) memang sepatutnya ditentang dan tidak dibenarkan sama sekali.Bila hal begini,agama diperdebatkan oleh orang yang kononnya tahu hal agama dan undang-undang sanggup untuk mempertikaikan lagi hal ini yang telah menjadi asas kepada kesejahteraan negara dan agama Islam sebagai agama rasmi dinegara ini. Protes atau demostrasi yang dilakukan jauh lebih baik dan aman dihadapan Bar Council pagi tadi (9/8/08) jika hendak di bandingkan dengan demostrasi nak membela mamat Anwar pun nak dihentam. Aku rasa protes ini tepat,perlu dan masih dalam kawalan cuma sedikit ketegangan berlaku bila didalam forum setelah wakil-wakil dibenarkan masuk. Ish,pelik tapi benar,dalam Majlis Peguam ini ada orang Islam tapi.......
Kita tak tahu,bila hal agama diperdebatkan,kita akan rasa lebih marah dan kadang-kadang rasa nak membela cuma cara yang tidak berapa betul tapi mereka yang mewakili pihak yang memprotes Majlis Peguam ini sepatutnya di hormati dan diberi sokongan. Hal agama lebih utama dan akhirnya mereka berjaya memberhentikan forum ini dari berterusan. Kerajaan kena sedar,hal seperti ini semakin menjadi-jadi,aku tak tau sama ada sejak kepimpinan Pak Lah sekarang atau kesilapan Pak Lah melepaskan Anwar bergerak bebas menyebarkan fahaman liberal nya yang sekarang jelas beliau dibela Amerika Syarikat.

Ini cuma pandangan aku. Terpulanglah pada yang lain. Yang penting aku tak tau apa nak jadi dengan negara kita sekarang ni. Tak kiralah,baik kerajaan,pembangkang,hard-core,fanatik,taksub,keliru,dendam dan macam-macam spesis manusia lagi. Dunia menuju pengakhirannya seperti di Rukun Iman Kelima,Beriman kepada hari kiamat.

3 comments:

Farid Abu Talib said...

anda terlalu prejudis terhadap seorang warga Malaysia yang bernama anwar ibrahim.kesemua tindak-tanduknya tampak busuk lagi menjijikkan.wow sungguh hebat sosok anwar ini sehingga dia seorang boleh mengharukan sebuah negara.fahaman liberalnya berjaya mempengaruhi makcik kg kerinchi walaupun kerajaan menguasai media cetak, siaran tv & radio.

didiey said...
This comment has been removed by the author.
didiey said...

bukan makcik kg kerinchi sahaja berjaya dipengaruhi tetapi saudara farid abu talib yang terdiri dari golongan berpendidikan tinggi juga berjaya ditundukkan sehingga terlalu menagung - agungkannya (tidakkah anda sedar?)..haha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...