Tuesday, August 26, 2008

Terima Dengan Hati Terbuka dan Penuh Keredhaan

Aku tulis blog ni tepat jam 9.15 mlm dan ketika ini keputusan undi parlimen P44 Permatang Pauh dengan keputusan tidak rasmi yang diterima adalah Anwar menang sebanyak 31,949 undi manakala calon BN mendapat 14,297 undi manakala calon bebas hanya 74 undi. Majoriti undi yang dimenangi Anwar adalah 17,652 undi. Mengikut kepada keadaan semasa ini,sukar bagi calon BN Datuk Arif untuk memintas pencabar yang memang susah untuk di tumbangkan di gelangangnya sendiri seolah-seolah perlawanan bola sepak yang dah ketinggalan 10-0 di stadium lawan pastu nak menang dengan masa tinggal 5minit nak tamat.

So,Anwar akan kembali semula ke parlimen dan kita ucapkan selamat datang kepada beliau. Betul kata orang yang taksub kepada Anwar,rakyat tidak bodoh dan taknak lagi diperbodohkan oleh kerajaan sekarang dan ini adalah titik permulaan 'mereka' untuk mengubah nasib rakyat terutama Melayu. Bangsa lain biar pi lah,dieorang tetap terbela dengan kekuatan dieorang tapi orang Melayu satu bangsa yang memang dari dulu sukar untuk di didik dan ditunjuk ajar dek kerana keegoaan.


Melayu atau agamanya Islam (entah berapa ramai dah Melayu tak Islam) sekarang dengan erti kata mudahnya tidak ada sifat yang menjadi tunjang segala-galanya. BERSYUKUR KEPADA PEMBERIAN DAN KETENTUAN ALLAH SWT.Itu sahaja yang perlu kita terima disamping usaha yang seiring dengan penuh keimanan dan bukan terlalu taksub sehingga mendoakan kehancuran dan kerosakan manusia lain sesama agama.
Betul orang cakap,apa yang ada sekarang buruk,hodoh,penuh dengan kezaliman dan kekotoran tetapi ia masih terkawal dan rakyat majoritinya mampu hidup selesa cuma sikap orang Melayu sendiri tidak mahu berusaha sehingga nak orang menyuapkan nasik ke mulut baru dapat hidup. Itu sikap orang melayu yang aku tengok sekarang. Aku hairan,kenapa perasaan bersyukur tak ada walaupun sekelumit dalam hati orang Melayu sekarang?

Sebagai contoh,kerja dengan kerajaan dah walaupun kerajaan kayu dan kotor tapi sikap bersyukur tu tak nampak? Apa lagi dieorang nak? Gaji? Bonus berbulan-bulan? Duit pencen macam Lim Chong Wei? Kemudahan yang tidak dapat diberi oleh syarikat swasta yang lain turut sama dinikmati? hmmm,aku yang kerja makan gaji dengan institusi bukan kerajaan sekarang pun Ya Allah,teramat bersyukur dan kadang-kadang terasa nak dapat apa kakitangan kerajaan dapat tapi ketentuan-Nya telah menentukan aku disini setelah pelbagai usaha aku cuba.


Kita tunggu dan lihatlah nanti,apakah yang akan Anwar berikan kepada rakyat ini.Ingat,Melayu kelak akan bersaing dengan kuasa ekonomi bangsa lain selepas ini dengan lebih sengit lagi. Agama Islam? sama-samalah kita pelihara dan Allah akan pelihara agama-Nya dari dirosakkan kelak.


MELAYU,BILA TERHANTUK BARU TERNGADAH...

4 comments:

Farid Abu Talib said...

kemenangan anwar bukan bermakna melayu sudah hilang maruah.kemenangan anwar bermakna rakyat sudah jelek dengan kezaliman rasuah kontrol media fitnah yang tidak habis-habis.Kita mahukan negara yg adil lebih telus bersih untuk kita menjadi satu keluarga besar hidup aman dan merdeka.Kemenangan anwar bukan kemenangan yahudi tetapi kemenangan seorang bekas banduan yg tidak bersalah untuk menebus maruah rakyat yg sudah lama tercemar.Kita bukan bawa politik permusuhan.kita bawa politik yg lebih telus.kita bukan nk ancam melayu bkn nk bunuh cina bukan nk tikam india.Kita nk bg makan semua rakyat malaysia supaya perut mereka terus mernrus disi nasi tanpa mencuit hak istimewa org melayu yg termaktub dlm perlembagaan.Saudara jgn khuatir, tiada siapa dlm negara ini ingin menjual malaysia kpd yahudi.tiada siapa dr kita inginkan negara porak peranda.kita mempunyai saudara kaum kerabat yg perlu kita pelihara dari diragut oleh dua tiga kerat pemimpin yg rakus mengadu domba merompak dan menjarah harta tanah dan saham rakyat.Masa untuk berubah.mari kita rapatkan barisan untyuk mendobrak malaysia yg baru.InsyaAllah

Amz CamPro said...
This comment has been removed by the author.
Amz CamPro said...

InsyaAllah...Terima Kasih kepada Mahathir kerana menyelamatkan Malaysia dari diperbodohkan IMF..."mengikut cerita bapak sedara aku yang melalui zaman getir Anwar ketika menjadi Menteri Kewangan"

Jangan lepas ni geng2 PKR ni berparti meraikan tak ingat dunia,buat bising,minum arak,bahang jubor orang sudahlah...

Farid Abu Talib said...

anda terlalu prejudis terhadap PKR.Jgn lupa siapa ahli PKR itu? rakyat malaysia dan saudara mara kita semua.kisah anwar dan punggung hanyalah mainan politik mahathir yg anda sgt kagumi.kisah anwar dan punggung sudah tidak relevan.sampai kini tiada bukti kukuh selain sumpah jadi mainan.mengapa bapa saudara anda tidak ke mahkamah untuk memberi keterangan bahawa anwar itu proksi yahudi?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...