Saturday, August 16, 2008

Sumpah Saiful Risiko Teramat Besar-Mufti Perlis

Friday, 15 August
Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin melahirkan rasa terkejut dengan keberanian Mohd Saiful Bukhari Azlan bermubahalah. Namun begitu, beliau menyifatkan sumpah yang dibuat oleh Saiful itu sebagai risiko yang teramat besar.

“Sekiranya dia benar, dia akan selamat tetapi jika dia berbohong lambat laun, kelaknatan Allah akan turun kepadanya dalam berbagai perkara yang tidak tergambar oleh dirinya sendiri,” tegas Dr Asri ketika dihubungi sebentar tadi.

Dr Asri yang kini berada di Kota Bharu menghadiri ‘Seminar Tajdid’ di USM, Kota Bharu berkata, “Keberanian Saiful melafazkan lafaz yang seperti itu menunjukkan sama ada dia meyakini apa yang dia dakwa ataupun dia tidak faham akan kesan terhadap lafaz berkenaan pada masa hadapan.”

Menurut tokoh agama yang lantang bersuara ini, tindakan Saiful itu juga boleh menimbulkan kesangsian dan keraguan terhadap pihak yang dicabar kerana bukan mudah seseorang untuk melafazkan apa yang dilafazkan oleh Saiful.

“Bukan mudah seseorang melafazkan sumpah mubahalah itu melainkan dia dalam keadaan tidak siuman ataupun dia sedar apa yang diyakini itu benar,” katanya lagi.

Tambahnya, “Oleh kerana akan timbul kesangsian pihak yang di cabar dan untuk menghilangkan keraguan masyarakat maka pihak yang didakwa iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim hendaklah melafazkan sumpah bermubahalah dengan bentuk yang sama. Maka jadilah mubahalah yang mana kita akan lihat hukuman Tuhan nanti.”

Ketika ditanya bagaimanakah pendirian beliau kini setelah Saiful bermubahalah, Dr Asri berkata, “Adapun saya tidak pernah menyatakan secara putus siapa yang benar, siapa yang salah.”


Sumber : pewarismelayu.blogspot.com

3 comments:

Hanggokan said...

ape yg aku bace...kalau ikut hukum dan syariat islam,cara saiful bersumpah adalah salah? kerana si tertuduh yang seharusnya bersumpah manakala si mangsa hanya bersumpah selepas tertuduh bersumpah dgn disertai bukti.

bagaimana pula agaknye terjadi kalau DSAI turut sama bersumpah walaupon tahu cara ini salah? Bagi yg tidak tahu hukum dan cara bersumpah, umum pasti goyang keyakinannye terhadap DSAI kerana sumpah saiful.

Amz CamPro said...

kita berserah saja lah. bila pikir-pikir boleh gila dibuatnya.elok-elok xpnah tahu n nak amik tahu hal sumpah-sumpah ni skrg dah tahu lah plak..hahaha..klu tak terjadi hal-hal gini,tak amik dah port hal agama ye dak? hahaha...biaq pi dia lah,nak sumpah ke,kena sumpah ke,sok2 acident mati gak...heheheh

Hanggokan said...

sesungguhnye menjadi sumpah-sumpah lebih bagus! hehehehe...sekurang2nye dpt le ilmu sumpah-menyumpah hasil dari insiden ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...