Monday, August 11, 2008

Manusia Yang Tidak Mengenang Budi

Kecewa bercampur sedih bila terbaca artikel dari Harian Kosmo semalam (10/8/2008) menceritakan mala'un yang sanggup menjadi lanun diesel subsidi yang telah diberikan kerajaan. Walaupun orang tak puas hati dengan subsidi yang dikatakan tidak mencukupi tapi ada lagi manusia yang buat kerja kotor dan manusia macam ni lah yang menjadi antara punca subsidi diesel bocor dan tidak mencukupi dek kerana mengejar keuntungan haram yang niat asalnya untuk memudahkan pelaut-pelaut dan nelayan-nelayan di Malaysia ni. Bayangkan,sesetengahnya sudah bergiat aktif dalam perusahaan haram ni sampi 5 tahun lebih dan telah di jual kepada bot-bot dari Thailand dan Singapura yang mendapat permintaan sangat tinggi.

Hari ini,di Harian Kosmo (11/8/2008) pula menceritakan bukana sahaja diesel,rokok,dadah malah senjata api turut diseludup. Berikut adalah artikel dari Harian Kosmo hari ini.

KERJA haram lanun diesel memunggahkan minyak ke bot lain untuk dijual ke pasaran gelap menutup periuk nasi ramai nelayan tulen.

MERSING - Di sebalik kegiatan menjual beli minyak diesel subsidi di perairan negara dengan nelayan asing dari Thailand dan Singapura, aktiviti penyeludupan seperti senjata api, dadah dan rokok turut dilakukan oleh segelintir nelayan tempatan.

Pendedahan yang dibuat oleh seorang nelayan dan bekas penyeludup, Ramli (bukan nama sebenar) menunjukkan kegiatan haram itu lebih giat di perairan Pantai Timur.

"Dulu saya seludup diesel subsidi kepada bot-bot Thailand dan Singapura selama lima tahun sebab minyak ini dapat permintaan tinggi.

"Tetapi selain minyak, saya juga diarahkan oleh tauke untuk bawa barang-barang lain seperti senjata api, dadah dan rokok,'' katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Semalam Kosmo! Ahad mendedahkan kegiatan menjual minyak diesel di pasaran gelap yang didalangi oleh segelintir nelayan yang ingin mendapatkan 'duit mudah' tanpa perlu berusaha keras.

Minyak diesel tersebut dijual pada harga RM1.50 seliter berbanding harga subsidi iaitu RM1 sahaja kepada 'peraih minyak' sebelum dijual semula kepada pihak-pihak tertentu pada harga RM2 berbanding harga pada pasaran sebenar iaitu RM2.58 sen seliter.

Ramli menjelaskan, senjata api yang dibawa masuk ke negara ini digunakan oleh tonto-tonto yang mengawasi kegiatan jual beli minyak diesel subsidi.

"Semua pergerakan orang luar termasuk penguat kuasa di perhatikan dengan teliti oleh tonto, mereka memang ganas,'' ujarnya


Sumber : KOSMO




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...