Monday, August 18, 2008

Hilang RM1juta Tapi Chong Wei Tetap Wira

BEIJING: Lee Chong Wei terlepas ganjaran RM 1 juta yang dijanjikan apabila tewas kepada pemain China Lin Dan 12-21, 8-21 dan perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki Olimpik 2008 sebentar tadi.

Kekalahan Chong Wei mungkin kerana gugup beraksi di hadapan penonton tuan rumah di samping aksi Lin Dan yang cemerlang di gelanggang sendiri.

Dari segi rekod pertemuan lalu antara Chong wei dan Lin Dan, Lin Dan memenangi 9 perlawanan manakala Chong Wei memenangi 5 perlawanan.

Walau bagaimana pun tahniah kepada Chong Wei kerana mendapat pingat pertama bagi negara pada kejohanan kali ini iaitu pingat perak.

Sebelum ini Razif and Jailani berjaya mendapat pingat gangsa pada Barcelona, Spain, tahun 1992 bagi acara badminton bergu lelaki dan merupakan pingat olimpik pertama bagi Malaysia.

Rashid Sidek pula berjaya mendapat pingat gangsa bagi perseorangan lelaki dan Cheah Soon Kit-Yap Kim berjaya mendapat pingat perak di Atlanta 1996.

Pada tahun ini di Beijing, Lee Chong Wei mendapat bimbingan dari anak sulung keluarga Hj Sidek, Misbun.

Tahniah kepada Chong Wei!

2 comments:

Hanggokan said...

Tahniah2...mmg sukar utk mengalahkan Lin Dan. bak kata hasbullah awang, Chong Wei bukan setakat berhadapan dgn Lin Dan seorang tetapi turut berhadapan dgn seluruh stadium. OH! cantik dari Lin Dan. Ditembak laju disitu..hanya kira2 1 inci di atas jaring. (ni mase tetibe Lin Dan smash taim hasbullah tak sempat abih cite beckground Chong Wei!)

Amz CamPro said...

hahaha...hanya 40min,semuanye abis..kesian hasbul tak dapat OT lebih..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...